Blog Hits

August 4, 2016

LiteFM stesen radio pilihan

Assalamualaikum :)

You know how much I love music. Dari kecik memang suka dengar radio, download lagu lagu hits dalam mp4. Dulu masuk sekolah berasrama sampai masuk U, memang tabiat sumbat telinga dengan earphone masa tengah study, buat assignment and masa nak tidur. Sekarang masa tengah menaip pun tengah sumbat telinga dengan earphone.

Music yang aku suka tak kira genre. Music yang aku suka selalunya ikut mood. Especially kalau lirik dia ada kena mengena dengan kata hati kita masa tu. Lagu Linkin Park pun aku layan kalau kena dengan mood masa tu. Eheeee. 

Nevertheless, time kecik kecik dulu memang layan stesen radio popular je. Haha. Sebab masa dulu dulu penyampai radio tak bingit macam sekarang. I feel very uneasy sebab diorang ni suka sangat gelak besar seolah takde malunya. Seolah olah gelak tu diorang letak mic dalam anak tekak diorang. 

I thought stesen radio berbahasa Melayu popular je macam tu, tapi tak. Ada jugak certain English punya radio stesen pun suka bingit bingit. Well, kita on radio purposedly memang nak dengar lagu kan. Bukan iklan and panggilan hangit, bingit, crappy call bagai. Gitu.

Meh nak bagitau kenapa perlu pilih radio LiteFM dan jenis orang yang macam mana yang akan suka radio ni macam saya! :D

Google image


LiteFM has all time relaxing favourite

Bagi jenis orang yang tak suka lagu lagu jerit jerit, haa LiteFM lah pilihan terbaik. Sebab hanya lagu lagu yang jenis slow and relax je dia mainkan. LiteFM memang station radio English dan hanya mainkan lagu English. Tapi lagu English yang lama lama. Contohnya macam lagu lagu Whitney Houston, Lionel Richie, Celine Dion, Richard Marx and banyak lagi relaxing punya lagu. 

Lagu lagu baru ada jugak contohnya lagu lagu Sam Smith, lagu lagu Taylor Swift yang berentak perlahan, Ariana Grande and Lukas Graham. Pokoknya, lagu lagu yang LiteFM putarkan takde yang rancak sangat.

Bagi saya memang relax la bila dengar radio ni :) Tak serabut. Soothing je telinga and hati dengar.

LiteFM suka putarkan lagu lagu fall in love

Bagi jenis orang yang sukakan kepositifan atau yang jenis tak suka dengar lagu pasal kecurangan/putus cinta/kecewa elok sangat lah bertukar kepada LiteFM. Lagu lagu lama ni memang banyaknya jenis lagu fall in love, lagu lagu appreciate one another, lagu hati bunga bunga, lagu lagu yang macam tu la.

Dah sedia tahu kan, bahawasanya kalau kita nak benda baik baik datang pada kita, kata kata kita pun kena baik. Apa yang kita dengar pun kena baik. Kerana kata kata itu seperti doa yang melantun (Keknis, 2015).

Dia samalah macam relationship goal bagai tu. Ramai yang kata orang yang ada relationship goal ni orang yang suka berangan. Tapi apa salahnya, doakan yang baik baik untuk diri sendiri kan :) 

Bak kata Prof Dr Muhaya, bila kita selalu tengok cerita/cerita tentang kisah kisah rumahtangga yang tak bahagia, itulah yang akan datang pada kita. Sedangkan banyak kisah kisah rumahtangga yang harmoni yang boleh kita contohi sebenarnya. Kita pilih apa yang kita nak dengar dan baca. 

Google image
Yang jenis orang macam ni, lets tuned to LiteFM (105.7) or nak dengar online pun boleh kat SINI.

Till then,
Wassalam
:)




6 comments:

Ahmad Hasif said...

Klasik nasional pilihan saya.. :D :D :D iklan kurang lagu lagi bez bnyk juga pengajarannya.. sempoi.. muzik tak bingit relax je dgr..

Nurul Syafiqa said...

Wow, seriously dengar klasikfm? :D

Myra Azraff said...

saya suka dengar hitz fm dan fly fm. kalau malam suka tukar red.fm tenang la sikit. hitz dan fly kalau malam bingit ! remix lebih. but sekarang pebih prefer spotify je. boleh choose lagu sendiri :D

Nurul Syafiqa said...

OO Spotify. Tu Apps kat phone kan. Huhu malas nak installl haha

Hasnul Adin said...

Lite.fm is preferable bila drive sorang2 di malam hari. Haha!

Nurul Syafiqa said...

Haha kalau malam memang sesuai sgt la :D

Followers