27 December 2016

Movie Review: Assassin's Creed (2016)

Assalamualaikum

Today, I'm gonna write about this new movie! Assassin's Creed ialah satu kumpulan yang diupah oleh Sultan Muhammad untuk melindungi Apple of Eden katanya. Templar, satu organisasi yang memperjuangkan hak manusia kononnya nak membasmi keganasan. Kiranya Templar sedang cuba untuk merampas Apple of Eden, yang dipercayai dapat digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.



Watak utama dibawa oleh pelakon yang memegang watak Magneto dalam cerita X Men, Michael Fassbender. Tapi Magneto yg muda tu. Nama watak utama ialah Callum Lynch.

Assassin ni dah wujud zaman nenek moyang Cal. Kiranya Cal ni adalah susur galur keturunan assassin. Nenek moyang dia dah bersumpah akan melindungi Apple of Eden tu dengan darah. Jadi, darah yang mengalir dalam tubuh Cal tu juga turut bersumpah secara automatiknya (pun boleh).

Cal ni masa kecik dulu dia nampak sendiri Ayah dia bunuh Mak dia. Ayah dia pun Assassin. Masa tu bila orang orang Templar ni sampai kat rumah Cal, Ayah Cal suruh dia lari. "Run, son! Lives in the shadow!". Masa tu Cal simpan dendam kat Ayah dia sampai la dia besar. Dia hidup sebatang kara.

Selepas 30 tahun, cerita ni terus bawak kita ke babak dimana Cal dah ada dalam penjara. Menunggu hukuman mati sebab dah bunuh orang secara sengaja. Masa tu la Dr Sophia Rikkin selamatkan Cal and bawak Cal ke tempat penyelidikannya.

Sebenarnya Dr Sophia ni ada agenda tersembunyi dengan Ayah dia. Diorang sebenarnya nak gunakan Cal untuk dapatkan Apple of Eden tu. Sebab nenek moyang Cal je yang tahu kat mana dia simpan. Macam mana dia gunakan Cal? Haa korang kena tengoklah :p

Dipendekkan cerita, Dr Sophia dan Ayahnya ni rupanya orang orang Templar jugak. Akhirnya diorang dapat tahu dah kat mana Apple of Edden to berada sekarang. Nenek moyang Cal serahkan pada seseorang yang kita biasa sangat dengar nama dia. Kenalah tengok kalau nak tahu. Haha.

Bagi saya, cerita ni part lawan lawan dia tak bosan. Best! Siapa yang suka main game tu mungkin akan excited la nak tengok cerita ni kot. Macam Warcraft, movie ni adaptasi daripada Game yang korang main kat komputer tu. Apa orang panggil? DOTA (kot). Seperti Warcraft, cerita ni memuaskan hati. Bila compare dengan Doctor Strange, Assassin's Creed lagi best kot.

This movie is predictable. Boleh agak la Dr Sophia, Ayah dia dan orang orang kat pusat penyelidikan tu Templar sebab muka ada yang sama. Lagi part predictable dia ialah cerita ini pastinya ada sambungan. Haha. Sebab ending dia tak habis cerita and banyak cerita dia belum ceritakan.

That's all. Till we meet again.
Wassalam.


20 December 2016

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Books Review: Imaginasi by Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum :)

Saya memang peminat novel novel thriller Ramlee Awang Murshid. Paling suka baca kisah Laksamana Sunan, Tombirou dan semualah. Love sangat ending ending cerita yang ditulis oleh penulis berbakat besar ni.

But, ending cerita ni saya tak suka. Perasaan tak suka tu sama macam tak suka ending novel Raudhah oleh penulis yang sama. Why? Because rasa macam tengok drama Indonesia Bawang Putih Bawang Merah cerita panjang kemain rupanya last last mimpi.

What? I is kecewa.


Dalam novel ni, ada banyak watak. Suhaila, anak tunggal Alang Kassim yang dipercayai membela saka harimau. Kamil, banduan yang jatuh cinta pada Suhaila dan nak tolong Suhaila buang saka tu. Hafiz, anak kepada Suhaila, terpisah dari ibunya sebab ibunya dituduh tak siuman dan membunuh ayahnya. Citra, gadis Indonesia yg dicintai oleh Hafiz. Abam, lelaki lurus bendul yang bekerja dengan Pak Budin. Juita, anak Pak Budin yang sangat disukai oleh Abam. Mandur Sarip, orang kepercayaan Alang Kassim yang diberi amanah untuk menjaga Suhaila.

Actually, that harimau is not saka. Itu mak kepada Suhaila, isteri Alang Kassim yang telah menerima akibat menderhakai kedua orang tua nya disumpah menjadi harimau selepas melahirkan Suhaila. Suhaila, Hafiz, Mandur Sarip, Abam dan Kamil berlayar ke pulau tempat asalnya ibu Suhaila, Dang Chanden untuk meleraikan sumpahan tu supaya dia boleh jadi manusia semula. Pelayaran tu berbaloi kerana orang tua Dang Chanden akhirnya mengampunkan Dang Chanden dan bertukarlah dia kepada manusia semula.

Ok, that is the happy ending. Buttt, yang I tak suka ini hanya cerita novel je. Means, cerita dalam cerita. Kecewa kite :(

Mungkin review lain kata novel ni sangat best. Ya, memang best. Tapi bila ending dia rupanya cerita dalam cerita, I cannot accept :(

Rupanya Abam ni tak lurus bendul. Dia sebenarnya novelis, berpura pura jadi lurus bendul sebab nak menjiwai watak dalam novel terbaru dia dan novel tu hadiah untuk Juita.

Ok, I kecewa sangat. Cause I tought that cat people in this story is real. I mean it is real in this story.

Done review,
Till we meet again on my next book review.
Wassalam.


18 December 2016

Movie Review: The Prestige (2006)

Assalamualaikum :)

It has been a while I didn't watch a movie, So, today I want to review about this interesting movie that can leaves you a lot of "Oh tak sangkanya!". I like this kind of Oh-tak-sangkanya-ending-dia-macam-ni movies because it is unpredictable. Yang susah diteka. Yang banyak tanda tanya. Yang "tak fahamlah ending dia" lepas tu tak sibuk nak pening fikir biar je lah ending dia macam tu.



Dibintangi oleh pelakon kesukaan saya iaitu Hugh Jackman membawa watak seorang lelaki bernama Robert Angier, seorang ahli silap mata yang bersungguh sungguh compete dengan seorang lelaki bernama Alfred Borden (Christian Bale), yang juga seorang ahli silap mata terkenal. Pada mulanya 2 orang lelaki ni bekerja bersama sama as an assistant kepada ahli silap mata yang lebih senior. Isteri Robert Angier juga salah seorang assitant ketika tu. Sambil bekerja, diorang belajar ilmu silap mata/timba pengalaman from that magician sehinggalah sesuatu tragedi berlaku.

Semasa pertunjukan, Robert and Alfred ni akan berpura pura menjadi penonton. Then, bila magician tu minta volunteer, diorang dua ni lah yang akan dipilih. Setiap kali pun macam tu. Isteri Robert, Julia dah memang ada kat atas pentas dengan magician tu. So, magician ni akan minta Robert ikat tali kat kaki Julia, manakala Alfred akan ikat tangan. Julia akan diangkat tinggi and dijatuhkan dalam kotak kaca yang ada air tu dan diberi masa 1minit kot untuk escape. Tapi, malangnya malam tu Julia meninggal dunia sebab tak dapat bukak tali yang diikat pada tangan Julia.

Robert tanya kat Alfred

"Which tie you knot?", asked Robert to Alfred.

"I don't know", jawab Alfred.

Masa ni lah Robert simpan dendam dekat Alfred atas kematian isteri dia. Lepas tu, Alfred dah tak kerja dengan diorang sampailah Alfred ni menjadi seorang ahli silap mata yang terkenal. Bila Robert dapat tahu, mulalah dia rasa tercabar. Nak jugak jadi macam Alfred. Diorang pun compete la sampai cerita dia Alfred masuk penjara sebab dituduh bunuh Robert, tapi Robert sebenarnya hidup lagi.

Masa hukuman gantung Alfred, Robert yang orang sangka dah mati muncul masa hukuman gantung tengah dijalankan. Robert masuk bilik bawah tanah bangunan tu mungkin disebabkan dia nak pastikan Alfred tu mati (tak faham jugak sebenarnya part ni). Sekali cuba teka siapa muncul?

Alfred yang muncul! Goshhh. Kat sini barulah faham kenapa Alfred jawab "I don't know" masa Robert tanya "Which tie you knot?". Rupanya Alfred ada twins yang sama sama buat shows dengan dia selama ni cuma kita langsung tak perasannnn. Sepanjang show, Alfred ada assistant, nama dia Fallon. Rupanya Fallon ni menyamar pakai beards janggut spectacles ape semua. And yang paling pentingnya, diorang dua akan sentiasa bertukar watak. Sekejap Alfred jadi Fallon, kejap Fallon jadi Alfred.

Even isteri Alfred, Sarah pun tak tau dia ada twins sampaikan Sarah selalu rasa yang Alfred ni betul betul sayang dia, kejap dia rasa tak. Pastu ingatkan Alfred ni curang, tapi rupanya satu lagi tu yang bercinta dengan Olivia. Even Olivia pun tak tau pasal ni. Aduhai, sia-sia Sarah pergi bunuh diri.

Complicated sangat cerita ni sampai aku confuse mana satu jahat ni sebenarnya. Sebab mula mula ingatkan Alfred tu yang jahat. Tapi Robert jahat jugak sebab dia bukan nak tuntut bela sangat kematian isteri dia. Diorang ni masing masing nak "Prestige" tu. Prestige ni ialah perasaan WOW bila semua audience tepuk tangan sambil berdiri tanda suka dengan tricks yang ditunjukkan.

Macam tu lah cerita dia. Cerita ni berlatarbelakangkan awal tahun 1900an dan ditayangkan 10 tahun lepas. Masa ni Hugh Jackman and Scarlett Johanson (Olivia) muda lagi kan. Masa tu umur saya 15 tahun mana ada tengok movie sangat. Kenal pelakon pelakon ni masa tengok Wolverine and Avengers je. Tak rugi tengok cerita ni sebab tricks magic dia macam tak masuk akal and sedikit ngeri.

Okay, dah tu je. Selamat menonton :)




17 December 2016

9 Sebab Hati Tak Bahagia

1. Pendendam
2. Hasad dengki
3. Bakhil
4. Pemarah
5. Tidak sabar
6. Ego
7. Tamak
8. Riak
9. Cintakan dunia


15 December 2016

Hard Time

2016 taught me a lot of lessons.
2016 is the worst year I have ever had.
15 days until a new year and I pray that I'll do something to make a change.
1001 better changes.

InsyaAllah.

11 December 2016

Cara Menjimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

Assalamualaikum :)

Hai, seperti kita tahu minyak masak dah naik harga. Haaa siapa yang suka sangat masak guna minyak banyak tu mesti terkesan dan kecewa kan? Jadi, harini saya nak karangkan sedikit tips untuk menjimatkan minyak masak di rumah.



1. Tumis dengan menggunakan minyak yang sedikit

Disiplinkan diri anda supaya hanya menggunakan 2 sudu besar minyak masak untuk menumis bahan seperti bawang, halia, serai dan lain lain. Gunakan api yang perlahan untuk mengelakkan cepat hangus. Kalau dirumah, tak mungkin kita selalu sangat masak dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, 2 sudu saya rasa dah mencukupi untuk menumis. Menurut pemerhatian, orang yang suka tumis menggunakan minyak masak banyak ni memang susah nak kurus.

Di samping menjimatkan minyak masak, kita juga boleh mengawal pengambilan makanan berlemak. Bagi sesetengah individu, 2 sudu minyak tu terlalu sedikit dan menyebabkan makanan tu tak sedap nanti. Hmmm makanan sihat memang kurang sedap.

Pililah, nak gemuk ke nak sihat?



2. Menggoreng dengan menggunakan frying pan yang tak perlu guna minyak

Housemate saya ada frying pan yang jenis tak melekat. Gift dari COWAY. Memang best pan tu. Sebab, saya goreng french fries sikit pun tak guna minyak. Nugget tempura dan burger patty pun sikit pun saya tak letak minyak semasa menggoreng. Sebab lemak daripada nugget and burger tu yang mencair menjadi minyak. So, tak perlu dah nak letak minyak lagi.



Yang paling best, tak melekat langsung. Frying pan jenis ini memang terbaik! Jimat minyak sangat sangat. Bukan setakat jimat, memang tak guna langsung pun minyak. Oleh itu, masakan anda menjadi lebih sihat dengannya.



3. Kurangkan memasak makanan bergoreng

Haaa ini tips paling mudah untuk jimatkan minyak masak. Tukar cara pemakanan. Kurangkan makanan bergoreng.

Kalau kita search resipi kat internet memang banyak sangat resepi makanan yang dimasak secara mengukus (steam) dan bakar/grill. Cara masakan begini kurang menggunakan minyak masak atau memang tak guna minyak langsung pun. Begitu mudahnya untuk jimat minyak. Sedap pun sedap!

Done share 3 cara menjimatkan penggunaan minyak masak di rumah. Kalau di kedai, saya kurang tahu sebab takde pengalaman berniaga menggunakan minyak masak yang banyak. Tapi kalau makan di kedai memanglah berminyak minyak makanannya.

Kesimpulannya, pilihlah cara yang lebih sihat dan baik untuk kita dan poket kita.

Sesiapa yang ada cara tersendiri bolehlah share diruangan komen. Mana tahu saya pun boleh cuba ;)

Till then,
Wassalam ❤



10 December 2016

365 Days Daily Planners Giveaway by Luqman Zakaria

Assalamualaikum :)

Hi, saya memang sukakan planners! Ternampak pulak Giveaway ni, apa lagi jom join!


Klik banner untuk join :)

Till then,
Wassalam❤



9 December 2016

Cantiknya warna beads baru PULSERA MY!

Assalamualaikum :)

Dengan adanya sedikit modal, dapatlah saya menambah warna warna baru manik untuk bracelet saya. Gembira tak terkata dan tak sabar nak tunggu parcel sampai!

Memang dah lama cari manik warna pastel dan lembut. Kalini saya pilih material daripada pearl. Saya pilih tiga warna iaitu Ivory, Chrysolline dan Purple.




Cantik kan warna warna ni. Saya baru nak cuba tiga warna ni untuk PULSERA next collections! Tak sabar rasanya sebab kena tunggu 4 hari. Public holiday kat Selangor sampai Selasa tau. Siapa tinggal kat Selangor? Sep sikit!

Selamat bercuti saya ucapkan pada yang bercuti. Dengar kata, TBS penuh sangat. Dah macam pasar. Mesti student semua berebut nak balik kan?

Apepun, saya cuti hari Isnin je sebab Isnin dah memang off day saya. Takpela tak cuti panjang macam orang lain. Hihi.

Bagi yang sukakan bracelet, follow IG @pulsera.my tau! Nanti jangan pulak terlepas update. Kalau saya nak buat CONTEST Komen & Menang agak agak ada tak yang nak join? Nak buat dekat blog ke dekat Instagram eh?

Bagi pandangan sikit ;)

Till then,
Salam Jumaat ❤


7 December 2016

Saya Jual Top Cantik Cantik

Assalamualaikum 😊

Hai ☺ Jom usha IG saya @syeqa.my. Saya jual banyak top top lawa yang tengah trending sekarang. Ramai saya tengok orang pakai top especially fashion tangan besar besar macam Saloma tu kan. Ehee.


Printed top dan plain palazo ni antara baju yang saya jual di @syeqa.my. Sepasang ni hanya RM60 je. Murah kan? Tapi yang ni dah SOLD OUT.

Jom jom usha baju yang saya jual di IG saya 😙 Don't forget to follow. Terlepas update baju baju baru nanti jangan menyesal 😁

Till then,
Wassalam ❤


2 December 2016

Cuti 2 hari

Assalamualaikum :)

Hai, saya kini berada rumah parents. Saya ambik cuti 2 hari to spend my time with my family 😙😚 Pagi nak ikut pergi hantar adik bongsu register new semester di UiTM Raub dan lepas tu terus balik kampung di Batu Gajah, Perak. Tak sabar rasanya sebab nak jumpa Chigebu gedik saya tuu.

Hari Sabtu pulak Mama nak bawak jenjalan. Tak sure la kemana tapi yang penting nak makan! Haha. Batu Gajah is 30 minutes from Ipoh. Mungkin juga nak pergi Sri Iskandar. So, apa yang menarik di Ipoh dan Sri Islandar, kome?

Adik yang seorang lagi plan nak ke MAHA tapi saya dengan Mama tak ikut. Siapa dah pergi MAHA? Semalam first day kan? Mesti ada banyak makanan 😗


Nak bagitahu, ini first gambar yang saya snap guna phone Samsung Galaxy J2 Prime yang saya baru je beli. Front camera dia bisa membuatkan wajahku flawless. Ini tidak patut sebab tengok cermin muka tak flawless. Jangan mudah terpedaya ya dengan sekeping gambar. 😥

And I'm wearing bracelet by @pulsera.my (instagram) 😉

Till then,
Wassalam 💕


1 December 2016

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

Assalamualaikum :)


Klik banner kalau nak join.

Good luck!

Dugaan phone rosak

Assalamualaikum 😊

Setelah 2 tahun guna phone ASUS Zenfone 4.5, akhirnya dia mati juga. Itupun memang dah selalu sangat hang dan terpadam sendiri baru baru ni 😣

Banyak benda/kerja penting dalam phone tu. Whatsapp/Telegram untuk kerja. Instagram pun guna untuk kerja. Hmmm. Lama dah bersabar dengan karenah dia 😪

Saya ada satu lagi phone yang kecik. Samsung Galaxy Neo Pocket. Phone ni sesuai untuk guna Whatsapp/Telegram je. Bila install apps lain, for sure dia akan crash dan slow. Memang tak boleh la nak buat kerja 😟 Tambah pulak dengan screen dia yang dah tak sensitif. Stresss dibuatnya!

Sekarang memang saya kesempitan. So untuk dapatkan phone baru, saya terpaksa pinjam duit kawan dan family. Memang perlu sangat memandangkan esok nak balik kampung. Huhu.

Mulanya, phone ASUS tu saya tanya kat amoi tu apa yang rosak. Katanya motherboard 😭 Hmm memang rugi la kalau repair. Baik beli baru je.

Bajet saya ada RM500 je. Memang nak beli yang biasa biasa tapi boleh guna untuk kerja kerja kat IG dan WhatsApp. Atas nasihat lelaki kecintaan, dia syorkan ambik SAMSUNG Galaxy J2 Prime tu sebab spec dia better than lain yang harga sama 😊

Thanks to kawan kawan yang tolong aku harini 😓 Rasa sangat terharu bila diorang tolong. Family and lelaki kecintaan pun, thanks! Huuu. ❤

Lots of love 💕
Wassalam.