Blog Hits

December 11, 2016

Cara Menjimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

Assalamualaikum :)

Hai, seperti kita tahu minyak masak dah naik harga. Haaa siapa yang suka sangat masak guna minyak banyak tu mesti terkesan dan kecewa kan? Jadi, harini saya nak karangkan sedikit tips untuk menjimatkan minyak masak di rumah.



1. Tumis dengan menggunakan minyak yang sedikit

Disiplinkan diri anda supaya hanya menggunakan 2 sudu besar minyak masak untuk menumis bahan seperti bawang, halia, serai dan lain lain. Gunakan api yang perlahan untuk mengelakkan cepat hangus. Kalau dirumah, tak mungkin kita selalu sangat masak dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, 2 sudu saya rasa dah mencukupi untuk menumis. Menurut pemerhatian, orang yang suka tumis menggunakan minyak masak banyak ni memang susah nak kurus.

Di samping menjimatkan minyak masak, kita juga boleh mengawal pengambilan makanan berlemak. Bagi sesetengah individu, 2 sudu minyak tu terlalu sedikit dan menyebabkan makanan tu tak sedap nanti. Hmmm makanan sihat memang kurang sedap.

Pililah, nak gemuk ke nak sihat?



2. Menggoreng dengan menggunakan frying pan yang tak perlu guna minyak

Housemate saya ada frying pan yang jenis tak melekat. Gift dari COWAY. Memang best pan tu. Sebab, saya goreng french fries sikit pun tak guna minyak. Nugget tempura dan burger patty pun sikit pun saya tak letak minyak semasa menggoreng. Sebab lemak daripada nugget and burger tu yang mencair menjadi minyak. So, tak perlu dah nak letak minyak lagi.



Yang paling best, tak melekat langsung. Frying pan jenis ini memang terbaik! Jimat minyak sangat sangat. Bukan setakat jimat, memang tak guna langsung pun minyak. Oleh itu, masakan anda menjadi lebih sihat dengannya.



3. Kurangkan memasak makanan bergoreng

Haaa ini tips paling mudah untuk jimatkan minyak masak. Tukar cara pemakanan. Kurangkan makanan bergoreng.

Kalau kita search resipi kat internet memang banyak sangat resepi makanan yang dimasak secara mengukus (steam) dan bakar/grill. Cara masakan begini kurang menggunakan minyak masak atau memang tak guna minyak langsung pun. Begitu mudahnya untuk jimat minyak. Sedap pun sedap!

Done share 3 cara menjimatkan penggunaan minyak masak di rumah. Kalau di kedai, saya kurang tahu sebab takde pengalaman berniaga menggunakan minyak masak yang banyak. Tapi kalau makan di kedai memanglah berminyak minyak makanannya.

Kesimpulannya, pilihlah cara yang lebih sihat dan baik untuk kita dan poket kita.

Sesiapa yang ada cara tersendiri bolehlah share diruangan komen. Mana tahu saya pun boleh cuba ;)

Till then,
Wassalam ❤



No comments:

Followers