Blog Hits

December 1, 2016

Dugaan phone rosak

Assalamualaikum 😊

Setelah 2 tahun guna phone ASUS Zenfone 4.5, akhirnya dia mati juga. Itupun memang dah selalu sangat hang dan terpadam sendiri baru baru ni 😣

Banyak benda/kerja penting dalam phone tu. Whatsapp/Telegram untuk kerja. Instagram pun guna untuk kerja. Hmmm. Lama dah bersabar dengan karenah dia 😪

Saya ada satu lagi phone yang kecik. Samsung Galaxy Neo Pocket. Phone ni sesuai untuk guna Whatsapp/Telegram je. Bila install apps lain, for sure dia akan crash dan slow. Memang tak boleh la nak buat kerja 😟 Tambah pulak dengan screen dia yang dah tak sensitif. Stresss dibuatnya!

Sekarang memang saya kesempitan. So untuk dapatkan phone baru, saya terpaksa pinjam duit kawan dan family. Memang perlu sangat memandangkan esok nak balik kampung. Huhu.

Mulanya, phone ASUS tu saya tanya kat amoi tu apa yang rosak. Katanya motherboard 😭 Hmm memang rugi la kalau repair. Baik beli baru je.

Bajet saya ada RM500 je. Memang nak beli yang biasa biasa tapi boleh guna untuk kerja kerja kat IG dan WhatsApp. Atas nasihat lelaki kecintaan, dia syorkan ambik SAMSUNG Galaxy J2 Prime tu sebab spec dia better than lain yang harga sama 😊

Thanks to kawan kawan yang tolong aku harini 😓 Rasa sangat terharu bila diorang tolong. Family and lelaki kecintaan pun, thanks! Huuu. ❤

Lots of love 💕
Wassalam.


No comments:

Followers