Blog Hits

December 27, 2016

Movie Review: Assassin's Creed (2016)

Assalamualaikum

Today, I'm gonna write about this new movie! Assassin's Creed ialah satu kumpulan yang diupah oleh Sultan Muhammad untuk melindungi Apple of Eden katanya. Templar, satu organisasi yang memperjuangkan hak manusia kononnya nak membasmi keganasan. Kiranya Templar sedang cuba untuk merampas Apple of Eden, yang dipercayai dapat digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.



Watak utama dibawa oleh pelakon yang memegang watak Magneto dalam cerita X Men, Michael Fassbender. Tapi Magneto yg muda tu. Nama watak utama ialah Callum Lynch.

Assassin ni dah wujud zaman nenek moyang Cal. Kiranya Cal ni adalah susur galur keturunan assassin. Nenek moyang dia dah bersumpah akan melindungi Apple of Eden tu dengan darah. Jadi, darah yang mengalir dalam tubuh Cal tu juga turut bersumpah secara automatiknya (pun boleh).

Cal ni masa kecik dulu dia nampak sendiri Ayah dia bunuh Mak dia. Ayah dia pun Assassin. Masa tu bila orang orang Templar ni sampai kat rumah Cal, Ayah Cal suruh dia lari. "Run, son! Lives in the shadow!". Masa tu Cal simpan dendam kat Ayah dia sampai la dia besar. Dia hidup sebatang kara.

Selepas 30 tahun, cerita ni terus bawak kita ke babak dimana Cal dah ada dalam penjara. Menunggu hukuman mati sebab dah bunuh orang secara sengaja. Masa tu la Dr Sophia Rikkin selamatkan Cal and bawak Cal ke tempat penyelidikannya.

Sebenarnya Dr Sophia ni ada agenda tersembunyi dengan Ayah dia. Diorang sebenarnya nak gunakan Cal untuk dapatkan Apple of Eden tu. Sebab nenek moyang Cal je yang tahu kat mana dia simpan. Macam mana dia gunakan Cal? Haa korang kena tengoklah :p

Dipendekkan cerita, Dr Sophia dan Ayahnya ni rupanya orang orang Templar jugak. Akhirnya diorang dapat tahu dah kat mana Apple of Edden to berada sekarang. Nenek moyang Cal serahkan pada seseorang yang kita biasa sangat dengar nama dia. Kenalah tengok kalau nak tahu. Haha.

Bagi saya, cerita ni part lawan lawan dia tak bosan. Best! Siapa yang suka main game tu mungkin akan excited la nak tengok cerita ni kot. Macam Warcraft, movie ni adaptasi daripada Game yang korang main kat komputer tu. Apa orang panggil? DOTA (kot). Seperti Warcraft, cerita ni memuaskan hati. Bila compare dengan Doctor Strange, Assassin's Creed lagi best kot.

This movie is predictable. Boleh agak la Dr Sophia, Ayah dia dan orang orang kat pusat penyelidikan tu Templar sebab muka ada yang sama. Lagi part predictable dia ialah cerita ini pastinya ada sambungan. Haha. Sebab ending dia tak habis cerita and banyak cerita dia belum ceritakan.

That's all. Till we meet again.
Wassalam.


No comments:

Followers