Blog Hits

December 18, 2016

Movie Review: The Prestige (2006)

Assalamualaikum :)

It has been a while I didn't watch a movie, So, today I want to review about this interesting movie that can leaves you a lot of "Oh tak sangkanya!". I like this kind of Oh-tak-sangkanya-ending-dia-macam-ni movies because it is unpredictable. Yang susah diteka. Yang banyak tanda tanya. Yang "tak fahamlah ending dia" lepas tu tak sibuk nak pening fikir biar je lah ending dia macam tu.



Dibintangi oleh pelakon kesukaan saya iaitu Hugh Jackman membawa watak seorang lelaki bernama Robert Angier, seorang ahli silap mata yang bersungguh sungguh compete dengan seorang lelaki bernama Alfred Borden (Christian Bale), yang juga seorang ahli silap mata terkenal. Pada mulanya 2 orang lelaki ni bekerja bersama sama as an assistant kepada ahli silap mata yang lebih senior. Isteri Robert Angier juga salah seorang assitant ketika tu. Sambil bekerja, diorang belajar ilmu silap mata/timba pengalaman from that magician sehinggalah sesuatu tragedi berlaku.

Semasa pertunjukan, Robert and Alfred ni akan berpura pura menjadi penonton. Then, bila magician tu minta volunteer, diorang dua ni lah yang akan dipilih. Setiap kali pun macam tu. Isteri Robert, Julia dah memang ada kat atas pentas dengan magician tu. So, magician ni akan minta Robert ikat tali kat kaki Julia, manakala Alfred akan ikat tangan. Julia akan diangkat tinggi and dijatuhkan dalam kotak kaca yang ada air tu dan diberi masa 1minit kot untuk escape. Tapi, malangnya malam tu Julia meninggal dunia sebab tak dapat bukak tali yang diikat pada tangan Julia.

Robert tanya kat Alfred

"Which tie you knot?", asked Robert to Alfred.

"I don't know", jawab Alfred.

Masa ni lah Robert simpan dendam dekat Alfred atas kematian isteri dia. Lepas tu, Alfred dah tak kerja dengan diorang sampailah Alfred ni menjadi seorang ahli silap mata yang terkenal. Bila Robert dapat tahu, mulalah dia rasa tercabar. Nak jugak jadi macam Alfred. Diorang pun compete la sampai cerita dia Alfred masuk penjara sebab dituduh bunuh Robert, tapi Robert sebenarnya hidup lagi.

Masa hukuman gantung Alfred, Robert yang orang sangka dah mati muncul masa hukuman gantung tengah dijalankan. Robert masuk bilik bawah tanah bangunan tu mungkin disebabkan dia nak pastikan Alfred tu mati (tak faham jugak sebenarnya part ni). Sekali cuba teka siapa muncul?

Alfred yang muncul! Goshhh. Kat sini barulah faham kenapa Alfred jawab "I don't know" masa Robert tanya "Which tie you knot?". Rupanya Alfred ada twins yang sama sama buat shows dengan dia selama ni cuma kita langsung tak perasannnn. Sepanjang show, Alfred ada assistant, nama dia Fallon. Rupanya Fallon ni menyamar pakai beards janggut spectacles ape semua. And yang paling pentingnya, diorang dua akan sentiasa bertukar watak. Sekejap Alfred jadi Fallon, kejap Fallon jadi Alfred.

Even isteri Alfred, Sarah pun tak tau dia ada twins sampaikan Sarah selalu rasa yang Alfred ni betul betul sayang dia, kejap dia rasa tak. Pastu ingatkan Alfred ni curang, tapi rupanya satu lagi tu yang bercinta dengan Olivia. Even Olivia pun tak tau pasal ni. Aduhai, sia-sia Sarah pergi bunuh diri.

Complicated sangat cerita ni sampai aku confuse mana satu jahat ni sebenarnya. Sebab mula mula ingatkan Alfred tu yang jahat. Tapi Robert jahat jugak sebab dia bukan nak tuntut bela sangat kematian isteri dia. Diorang ni masing masing nak "Prestige" tu. Prestige ni ialah perasaan WOW bila semua audience tepuk tangan sambil berdiri tanda suka dengan tricks yang ditunjukkan.

Macam tu lah cerita dia. Cerita ni berlatarbelakangkan awal tahun 1900an dan ditayangkan 10 tahun lepas. Masa ni Hugh Jackman and Scarlett Johanson (Olivia) muda lagi kan. Masa tu umur saya 15 tahun mana ada tengok movie sangat. Kenal pelakon pelakon ni masa tengok Wolverine and Avengers je. Tak rugi tengok cerita ni sebab tricks magic dia macam tak masuk akal and sedikit ngeri.

Okay, dah tu je. Selamat menonton :)




No comments:

Followers