Blog Hits

January 4, 2017

Book Review: Diagnosis Apokalips

Assalamualaikum :)
Hai!

Harini saya nak bercerita tentang satu buku yang saya dah habis baca ni. Buku dia nipis je. Namun, bahasa dan istilah yang digunakan membuatkan saya mengambil masa yang sedikit lama untuk menyudahkannya.



Ditulis oleh doktor doktor kita yang berjiwa halus dan sangat pandai menulis. I like it! Tak sangka ya seorang doktor pun boleh menulis dengan menggunakan baris baris ayat yang indah.

Diagnosis Apokalips ni berlatarbelakangkan kisah kisah dan pengalaman menempuhi dugaan ketika banjir pada hujung tahun 2014 yang melibatkan kawasan pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Adik saya pun pernah terkandas dekat kampus UMK Jeli masa tu. Memang takde line, tak boleh nak keluar cari makan. Adik bernasib baik sebab kawasan kampus tu terletak di kawasan yang lebih tinggi. Cuma, nak escape dari tempat tu tak boleh sebab jalan tutup.

Cerita yang paling saya suka and terkesan dekat hati saya ni ialah cerita yang ditulis oleh Dr. Mahyudin dan Dr. Beni Rusani. Sedih baca sampai sebak nak nangis. Menjadi seorang doktor tu bukan mudah ya. Menjadi hero pun bukan setakat selamatkan orang and diberi tepukan gemuruh je. Mesti disusuli dengan keikhlasan tulus dari hati. Yelah, syurga itu mahal harganya :)

Dengar cerita, ada buku Diagnosis baru nak keluar 11 Jan ni. Genre sedikit berbeza. Haaa saya taknak la beli. Tengok video dah takut hahaha. Nanti tak boleh nak tido pulak.

Sekian sahaja untuk hari ini :)

Till then,
Wassalam.


2 comments:

Siqah Hussin said...

Siqah nak baca buku ni. Dalam to-read :) Menarik baca kisah doktor. ramai suggest buku ni best..

Nurul Syafiqa said...

Best! ada cerita yang menginsafkan jugak. Yang buat kita sedar contribution kita terhadap agama dan negara tu takat mana. Sikit je berbanding doktor2 ni.

Followers