Blog Hits

January 7, 2017

Resepi: Kerang Masak Kicap, Halia dan Serai

Assalamualaikum wbt
Hai :)

So, semalam saya masak resepi ni. Budak budak rumah terkejut dan tanya saya "Akak masak macam mana kerang ni? :D Saya tahu rebus je selama ni". Actually, saya pun terkejut bila tengok diorang terkejut. Ahaha.



Mama saya selalu masak macam ni kot. Jadi, tiada apalah yang menghairankan bagi saya. I pun mesej la Mama, "Ma, budak rumah semua pelik Piqa masak macam ni >.<", seraya menghantar gambar masakan kerang I pada beliau.

Mama pun reply, "Orang Sarawak je kot yang masak macam ni". FYI, my Mom is Perakian and kami adik beradik and Ayah semua IC Sarawak. Justeru, pertembungan budaya antara Semenanjung & Sarawak antara kami tidaklah menyebabkan kami rasa masakan ni pelik. Hikhik.

So, nak bagitau yang rugi sangat kalau tak cuba resepi ni. Yang berani mencuba, cubalah. Sedaplaaaa. Love sangat!

Let me begin,

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih (hiris halus)
2 batang serai (hiris)
1 inchi halia (hiris ikut suka)
Cili padi (hiris - ikut kesukaan nak letak banyak mana)
Kicap (kicap masin Jalen la sedap)
Sekilo kerang
Air

Cara memasak

1. Bersihkan kerang secukup bersih
2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak
3. Tumis bawang putih, serai, halia dan cili padi hingga naik bau wangi
4. Masukkan kerang, gaul dengan tumisan tadi hingga kesemua kerang tersalut dengan aroma sedap wangi tumisan. Biarkan kerang masak hingga kita nampak air kerang tu keluar. Aaa manisnyaa!
5. Bila nampak kerang dah terbuka tu, masukkan kicap masin secukup rasa. Kalau suka berkuah, tambahla air ikut suka.
6. Saya tak bubuh garam sebab kicap dah masin :)

Siap dan sedia dihidang dengan nasi panas dan sayuran! Ya Allah, sedap giler. Syukur Alhamdulillah.

Sebab saya suka pedas, saya letak cili padi. Bagi yg tak tahan pedas, janganla letak. Cili merah yang biasa tu dah cukup dah.

Okay, happy trying ladiesss!

Till then,
Wassalam


No comments:

Followers