Blog Hits

February 22, 2017

Tentu aku dianggap jahat

Selalunya aku lah yang paling suka komplen pasal dapur bersepah rumah tak kemas kat group rumah sewa. Sebab memang aku patut tegur kan. Kalau tak sampai bila bila pun akan macam tu.

Tapi lepas aku tegur aku layan macam biasa je. Takdelah tak bertegur sapa. Itu tak matang namanya. Lagipun, semuanya memang budak baik. Just part kebersihan rumah je tak jaga sangat.


Tapi dah tentu aku dianggap jahat sebab asyik aku je yang berbunyi. Aku takde lah nak kata aku pembersih sangat, pengemas sangat. Tapi kalau barang tu diguna bersama, ada baiknya kita terus bersihkan lepas guna. Tu je.

Takpela dianggap jahat pun. Huhu. Takpela. Maybe cara aku menegur tu yang salah. Maybe lepas ni aku tutup sebelah mata je. Aku tak perlu kata apa apa. Sebab last nya aku yang rasa bersalah sebab menegur. Sobs.

2 comments:

Siqah Hussin said...

Tegur tak salah. Lain orang lain penerimaanya. Hope orang tak terasa kalau ditegur jela. Huhu.

Duk ramai-ramai serumah, memang begitulah kan. Macam2 perangai ada :)

Nurul Syafiqa said...

Hmm saya dah tegur baik baik dah mulanya. Tapi memang lepas ni saya malas nak cakap apa apa dah :)

Klik Tabung Saya

Followers