Blog Hits

May 31, 2017

Apa bendanya TAKAFUL ni?

Assalamualaikum :)

Harini nak cerita tentang TAKAFUL la kat rakan blogger saya semua ni. Sebab apa? Sebab saya rasa penting sangat untuk semua orang tahu kebaikan memiliki pelan TAKAFUL ni.

Disebabkan saya baru lagi dalam bidang, saya baru tahu basic sahaja. Jadi, harini nak cerita tentang KONSEP TAKAFUL dulu.


Mudah kata, TAKAFUL ni berkonsepkan derma dan saling bantu membantu diantara penyumbang penyumbang. Siapa penyumbang? Anda lah, yang decide untuk menyumbang sebahagian wang kepada tabung takaful setiap bulan

Penyumbang ni nama lain dia pemegang polisi. Setiap pemegang polisi membuat sumbangan setiap bulan dalam jumlah tertentu kepada tabung takaful, Jika salah seorang daripada pemegang polisi terlibat dengan kemalangan, atau disahkan menghidap penyakit kritikal dan memerlukan rawatan hospital, atau cacat kekal disebabkan kemalangan, tabung takaful inilah yang akan membantu pemegang polisi itu membayar bil hospital.

Seperti yang kita ketahui, bil hospital amatlah berkos tinggi. Cukupkah duit simpanan kita untuk membiayai bil hospital yang tinggi tu? Bagaimana dengan kelangsungan hidup selepas itu?


Baca headline pun dah berkerut dahi. Yang lebih meruntunkan hati, bagaimana nak sara orang orang yang berada di bawah tanggungan kita. Yang masih bujang tu, jika ditakdirkan bertemu ajal dulu, bagaimana dengan hutang hutang kereta, rumah, PTPTN, ASB yang belum terlangsai tu?

Bagaimana?

Tepuk dada, tanya selera.

Till then. I will be continuously write about TAKAFUL here. Till we meet again on my next entry.

Syafiqa Hatta
+60148429745
Prudential BSN Takaful Agent


No comments:

Followers