Blog Hits

August 21, 2017

Seharian Baca Buku Ni

Assalamualaikum wbt :)

Harini off day. Takde apa apa plan keluar rumah kecuali keluar pergi Mydin beli bahan untuk memasak. Lipat baju yang banyak umpama seperti ada anak 10 (laundry seminggu), sapu bilik yang dah berdebu tebal, tukar cadar katil dan juga makan. Eheee. Today is my rest day.

Harini saya mengisi masa saya dengan membaca buku BAJET POWER ni. Ditulis oleh Harith Faisal. Dia ni saya kenal dari boyfriend saya. Seorang yang celik kewangan.

Almaklumlah saya ni bergaji kecik je berbanding kawan kawan seusia saya. Nevertheless, tak semestinya gaji kecil kita tak boleh menyimpan dengan banyak untuk masa depan kan?

Saya pun nak lah belajar cara mengurus kewangan dengan bijak. Dah tahu gaji tak berapa nak besar, lagilah kena pandai menyimpan. Lagilah kena mencari pendapatan tambahan. Dalam buku ni ada ditunjukkan cara caranya.



Buku ni sangat bermanfaat untuk setiap lapisan umur, kerana masih belum terlambat untuk mengubah cara hidup kita. Saya pun rasa macam dah terlambat pada mulanya, tapi takpe. It is better than nothing, kan?

Buku ni boleh mengubah cara kita berfikir jugak :)

Anak anak muda, elok sangatlah baca buku ni. By the way, ini buku roommate saya. Saya pinjam. Syukurnya, dikekelilingi orang orang yang sama macam apa yang kita nak jadi. Ingat tak lagi haritu saya post tentang LAW OF ATTRACTION?

It's happen! :D

Till then,
Syafiqa Hatta



5 comments:

Munirah Mansor said...

Wah teringin nak baca buku ni. Still available kat mana-mana bookstore lagi tak?

Ayuni Sara said...

Assalamualaikum. hai...
nice! nanti nak baca juga. sy pun kiranya ada masalah dlm mengurus kewangan. huhu..nanti nak cari buku ni. tq

Nurul Syafiqa said...

Munirah Mansor:

Saya rasa ada je. Tapi lagi senang kalau dapatkan daripada owner buku tu sendiri. Fb dia Harith Faisal. Boleh direct contact beliau untuk beli buku ni sebab roommate pun mmg beli daripada dia sendiri.

Nurul Syafiqa said...

Ayuni Sara:

Waalaikumussalam :) Sangat bermanfaat tau buku ni. Baca jangan tak baca! :D

Daddy KK said...

Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

https://tipsrawateczema.blogspot.my/

Followers