11 July 2018

JOBS

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama tak cerita cerita sini. Hee. Actually, 2 3 tahun ni banyak belajar tentang kehidupan dalam pekerjaan. Cabaran. Impian yang kita nak capai. Memang saya akui kehidupan saya sejak tahun 2016 memang sangat teruk. Dari segi pekerjaan, macam macam dah tempuh. Macam macam saya cuba. Macam macam dah saya usaha. Kadang kadang tanya kat tunang, kenapa semua benda yang saya nak buat takde yang menjadi? Tunang kata, tak baik cakap macam tu. Setiap yang berlaku mesti ada hikmah dari Allah.

Tahun 2016, saya mula bekerja di butik dengan gaji yang sederhana. What do we expect kan. Kerja butik je pun. Before kerja butik, kerja dengan kakak. Disebabkan beberapa isu yang tak dapat diselesaikan, saya pun carik kerja lain. Dapat kerja butik. Masa tu tanggungan banyak. Lepas bayar semua tinggal RM400 je utk survive sampai next gaji. Mula mula kerja seronok. Lama lama macam ditindas. Entahlah.. Mungkin bagi kita, kita ditindas. Mungkin bagi pihak sana, kita jenis tak bersyukur. Apa apa je lah kan :) Allah lebih mengetahui.

Dalam pada itu, saya cuba carik kerja lain jugak. Maka, terjumpalah saya dengan pekerjaan as ejen takaful. Suka kerja ni :) Kerja mulia tolong orang sediakan perlindungan takaful. So bermulalah kerja as part time dulu. Sambil kerja butik, kerja part time ejen. I expect income akan bertambah seperti yang diperkenalkan. Namun, tiada apa yang mudah di dunia ni. Still you have to prepare modal la kan untuk dapatkan prospect dan client. Bukan semudah yang diperkatakan. Saya faham. Saya tak pernah salahkan sesiapa :) Cuma selalu kesal dengan diri sendiri je. Buat apa pun asyik tak menjadi. Bila nak stabil kewangan diri ni?

Disebabkan kerja butik hanya cuti one day a week and bukan weekend yg cuti. So takde la masa sangat nak active dalam bidang takaful tadi. Dipendekkan cerita, penghujung tahun 2017, saya berhenti kerja di butik dan decide nak full time as ejen takaful sedangkan masa tu komisyen tak sampai pun sama macam gaji butik. Tulah, buat keputusan ikut kata hati :) Bulan Januari & Februari cuba full time as ejen takaful. Makin lama duit simpanan makin kering. Yang janji nak guide kita, tak guide pun. Terkontang kanting seorang diri. Lama lama duit makin habis. Spend ke modal je banyak. Hasil takde. Yelah masa tu masih zaman kerajaan lama. Tol, minyak semua tinggi. Bukan macam sekarang. Menyesal dah masa tu.

Mac 2018, decide carik kerja lain. Dapat kerja as sales admin kat satu tempat ni. Jual skincare. Masa interview kata dapat basic + komisyen. Bila dah permanent kat situ tiba tiba kata capai target baru dapat komisyen. Masuk bulan baru ada je perubahan dalam agreement. Aneh betul ya perangai so-called usahawan Melayu ni. Hmm inilah natijah berguru dengan doktor tipu kehkeh. Sampai masuk bulan July 2018. Dia ubah lagi agreement dapat komisyen je. Wow. Mungkin dia ingat kita ni kerja suka suka disitu. Kata nak bantu kita capai impian. Macam ni pula kesudahannya. Hmmm takpela. Kita akur. Dia kan berguru dengan orang hebat. Seminar yang kena bayar sampai berbelas ribu tu. Hikhik. Gapo ever!

Saya masih lagi menjalankan tugas sebagai ejen takaful separuh masa sehingga kini :) Membantu kenalan yang nak sign up takaful, sediakan perlindungan. InsyaAllah, dengan ilmu yang saya ada, saya consult dengan knowledge dan trust. Kerja ni kan memang nak bantu orang, bukannya closed orang semata mata nak capai target je ye dak? :) Percayalah, bila kita selfish nak capai target sendiri je, kesudahannya mesti ada masalah lain yang datang. Ya benar sekali. Ada. Bila ada client yang tak bayar takaful mengikut masa ditetapkan, persistency tak cantiklah. KPI sebagai ejen takaful tu tak tercapai. Jika dibiarkan berlarutan, maka saya akan diterminate.  Padan muka :)

Jadi sekarang I jobless. Dah tak tahu nak betulkan yang mana satu dalam kehidupan ni. Hidupku menjadi agak terumbang ambing. Mujurlah family dan tunang sentiasa ada membantu. Allah swt tak pernah biarkan saya mati kebuluran. Nasib ni bukanlah nasib malang yang perlu saya gebangkan. Masih ada sinar harapan untuk perbaiki diri. Dalam dunia ni, siapa je yang takde masalah? :) Semua orang ada. Kena matured la selesaikan masalah tu. 

Cuma nak menulis disini sebagai simpanan. Lepas ni boleh baca balik. Pengajaran apa yang telah saya lalui sebelum ni. Pasti ada hikmah dari Allah. Sekarang sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain. Takpe. Mulalah semula dari bawah. Jangan biar diri mundur tak maju kedepan. Sedangkan Tun M yang dah berusia 90-an masih bekerja. Kenapa saya yang baru 27 tahun taknak bangkit bekerja? Mesti ada penyelesaiannya. Yang saya doa, moga saya tetap menjadi seorang ejen takaful sampai bila bila, sampai saya mati. Saya nak bantu orang. Buat masa ni saya cubalah bangkit semula carik kerja untuk bayar komitmen saya.

Tak sampai 2 bulan lagi dah nak bernikah. Sekarang ada kat kampung uruskan hal nikah. Tok kadi settled. Borang nikah settled. Khemah, pelamin, catering, baju nikah, tempat stay alhamdulillah dah setel. Tinggal goodies, hantaran dan benda kecik2 yg lain je. Moga Allah mudahkan urusan kami. Moga lepas ni dapat pekerjaan yang sesuai dan dalam suasana gembira :) Dalam pada itu, saya buat online business. Jual baju kurung dan lipbalm di instagram. Alhamdulillah ada duit poket sikit. Dropship baju kurung. Agent MyKish lipbalm. Memang suka berbisnes dan jual barang. Satu kepuasan bagi saya kalau dapat jual sesuatu :)

InsyaAllah things will get better. Aku tak pernah putus asa dengan nikmatMu Ya Allah.

Till then,
Wassalam :) 

1 comment:

ejulz said...

Semoga dipermudahkan segala urusan..

Jemput singgah entry terkini ejulz :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/pengalaman-pertama.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/halamak-x-sempat-nak-wefie.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/entry-yang-menyumbang-pageviews-paling.html

Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html