25 September 2018

Majlis Pernikahan Syafiqa x Rasyid 1 September 2018

Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Baru nak jenguk blog sebab lately busy dengan kerja baru: a wife, new job as admin officer and life as a part time takaful agent. Alhamdulillah. So far, everything went well.

Harini adalah off day saya yang betul betul off day. So dapatlah saya update blog. Nak simpan memori majlis pernikahan saya dengan suami saya pada tarikh 20 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 1 September 2018 yang lalu di blog tersayang ni.


Bismillahirrahmanirrahim

Tema warna biru lembut. Kad kawen husband yang buat sendiri. Jemputan untuk majlis nikah tak ramai. Saya utamakan sedara mara Mama di Perak. Majlis pun buat kat kampung Mama: Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, Perak. Nikah jam 10.30am lebih macam tu lah seingat saya. Dah nervous sangat tak dan tengok jam. Haha.


Gambar sebelum dinikahkan. Make up by my second eldest sister, Kak Mira. Heee. Make up simple simple je sebab takut sangat kalau make up artist yang make up kan sebab tak dan nak carik yang sesuai haha. Cukup berpuas hati dengan make up kakak sebab tak tebal dan over sangat sampai mengubah muka.


My husband sebelum dinikahkan. Dinikahkan oleh ayah saya yang berbaju putih :) Alhamdulillah. One of my wishlist, dinikahkan oleh ayah kandung sendiri. Nervous dah tu husband kiteeee.


Hantaran dua dua belah pengantin. Yang kiri (biru) daripada pihak pengantin lelaki. Ibu mertua dan adik adik ipar buat sendiri. Yang belah kanan (pink) daripada pihak pengantin perempuan, kite sewa dulang hantaran dengan By Amalina Yusri (Bangi) je. Heee tak pandai la sis nak gubah sendiri. Sobs. Dulang 5 balas 5. Ya memang lain lah daripada yang biasa. Husband kata, takpe. Haha. Masa bertunang dulu lagi la. Dia bagi 7 kita balas 5. Aigoo asalnya, 3 balas 5. Last minute katanya. Takpe, sis terima <3

Pelamin by Mini Pelamin Perak (IG) & bunga telur by cousin Mama

Flower bouquet

Goodies by my younger brother (Bahulu Fresh Kuala Kangsar)

Alhamdulillah dengan sekali lafaz telah sah menjadi isteri kepada suami saya. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan kami. Let me show you more picture of us :)



We don't hire any official photographer. Gambar semua ihsan daripada family and friend. Thank you sangat sangat yang tolong edit bagi cantik. You guys awesome. Kita tak pandai edit haha.

With Bapak & Mama dan 7 ketoi anak sedara dan juga baby cousin (baju biru)

Family husband, tak cukup sorang adik husband

My family. Tak cukup sorang, abang saya.

Girls only, include adik ipar (2 from left)

Our university friends


My husband and I were classmate in university. Classmate turns into soulmate. Majlis ni tak dapat nak jemput ramai tetamu. InsyaAllah 25 November 2018 nanti akan kami sampaikan jemputan ya :)

Saya tak pandai mengarang ayat appreciation, namun jauh disudut hati amatlah berterima kasih pada semua pihak yang terlibat dengan majlis yang serba sederhana ni. Gambar yang ada ni je lah haha. Outdoor photoshoot bagai takde buat pun. Kihkih.

*puteri lilin mode on*

*********************************************************

Honeymoon kami bertemakan FOOD HUNTING!


Siapa dapat teka kami honeymoon kat mana? <3




4 comments:

wsakinah said...

kat penang..roti canai dgn roti bakar kat transfer road kannnn

Nurul Syafiqa said...

wsakinah: Yeay betolll <3

Etuza Etuza said...

done follow yg ke 285 ya

Hana said...

First time saya datang sini. congrats yaaa^^ semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu :)

jemput singgah kalau sudi :)

https://hanaintown.blogspot.com/