19 November 2018

My First Pregnancy Journey : Morning Sickness

Assalamualaikum and hi.

I am not feeling well today. After few days tahu diri ini pregnant, dengan tak semena morning sickness menyerang saya. Bagi saya, morning sickness ni sangat mengganggu kerja saya. Susah bangun pagi sakit badan, tak lalu makan, rasa nak muntah, tak boleh cium bau makanan, tak larat ni tak larat tu.

Saya tahu dan faham morning sickness ni sangat mencabar untuk ibu mengandung seperti yang saya pernah tengok macam mana kakak kakak dan orang terdekat yang pernah alami. Sebelum ni memang tak faham kenapa morning sickness ni buat orang cepat marah dan takde mood selalu.

Sekarang ni dah faham dah. And dah tahu dah kenapa certain ibu mengandung yang mudah terasa hati bila tengah pregnant. Kalau saya, memang mudah terasa lah bila orang duk kata morning sickness ni jangan dilayan, kena ada mindset, kena tahan and etc.

Kalau saya ni melayan morning sickness, saya tak pergi kerja drive sendiri selama 30-45 minit perjalanan plus traffic jem. Kalau saya ni melayan morning sickness, saya tak paksa diri saya makan masa tengah mual. Kalau saya ni melayan morning sickness, saya tak paksa diri saya buat kerja kat office.

Saya dah pasang mindset supaya morning sickness ni tak lama. Sekejap je. Saya sekarang tengah bertahan.

Don't throw bad words to me. Because some of you are never have ever been in my shoes. I hope one day you will experience it way worser than me. No one understand you, no one care and no one support you.

Today, I am resting at home. Taking my emergency leave sebab dah tak mampu nak tahan lagi. Thanks to those who understand my situation right now.

Writing this just to express my feeling of disappointment. And remain as my bittersweet moment during my pregnancy.

Till then.


9 November 2018

My First Pregnancy Journey: Alhamdulillah

Assalamualaikum and hi :)

Rasa bersyukur tak terhingga bila dapat tahu diri ini mengandung :') Tak sangka akan secepat ni. Sejak seminggu lepas dah mula rasa perubahan pada diri. And baru semalam saya berani untuk pergi dapatkan pregnancy test.

Alhamdulillah result positive. Saya sangat sangat sangat tak sangka seawal ni akan pregnant. Thank you, Allah. Moga baik baik saja kandungan saya ❤️ Saya taknak fikirkan yang buruk buruk. Nak fikir yang baik baik saja. Tapi dalam masa yang sama saya cuba didik diri seawal mungkin untuk hadapi segala kemungkinan yg berlaku dengan baik. InsyaAllah.

Not yet jumpa doktor lagi. InsyaAllah malam ni dengan husband sekali. Husband happy tak terkata and nervous. Kami sama sama nervous.


Nervous betul masa nak tengok result. Alhamdulillah. Disebabkan tak sabar nak tahu kandungan dah berapa minggu, saya install apps pregnancy hihi.


Apps ni minta tarikh period yg paling latest. Jadi dia kirakan automatically dah week yg keberapa. MasyaAllah tak sangka sangat. Patutla seluar bootcut kita tak muat dah nak pakai. Dah jadi team palazo je lah kita. Siap kena shopping lagi palazo sebab lagi selesa kan nak pakai masa pregnant ni.

Moga Allah lindungi saya dan baby sentiasa ❤️ Thank you Allah untuk pengalaman ni.

Nanti saya cerita cerita lagi ya :)

Till then,
Wassalam.


2 November 2018

Dah 2 bulan

Assalamualaikum :)

Dah masuk bulan November. Tak sangka secepat ni tahun 2018 berlalu. 2 bulan je lagi nak habis tahun 2018 ni. I am not really sure kalau awal tahun dulu saya ada set azam baru tak hihihi. Cuma, banyak la yang berlaku dalam tahun ni. Susah senang dia memang mencabar sangat.

Sesuaikan diri kat tempat kerja baru

Sejak 5 September 2018 haritu, saya dah start kerja baru as Administration Officer cum Marketing Assistant kat satu company ni. Alhamdulillah so far bolehlah nak ikut cara company ni.

Walaupun hanya company kecik, tetap ada caruman KWSP dan SOCSO. Ada offer letter yang sangat proper. Agreement yang tak berat sebelah. Ada Human Resource management yang cekap. Tak macam company lain yang saya pernah bekerja yang acah acah famous tapi management hancur.

Satu benda baru yang saya dapat pelajari dan boleh saya apply bila ada company sendiri nanti. Waktu bekerja saya dari 9am hingga 6pm. My off day is on Tuesday. Weekend bekerja. Satu perkara yang tak semua orang sanggup buat. Kalau boleh memang nak cuti weekend kan?

But I have too. Company sekarang offer service. Yang memang perlu buka weekend :) Ini satu pengorbanan yang saya perlu fahamilah. Yang bestnya, gaji memang masuk on time 28hb. Kalau lambat masuk pun akan dibagitahu. Takdelah sampai nak mengemis gaji macam kat company lain before ni. Lunch provided. Memang rasa jimat sangat!

So far dapatlah menyesuaikan diri. Cuma kena improve kecekapan bekerja sebab saya ni kalau mula mula memang slow. Lagi satu selalu salah kira hmm.

Dah 2 bulan berkahwin

Satu lagi perkara yang saya perlu sesuaikan diri ialah dengan family baru. Kadang kadang once a week akan balik rumah mertua tido kat sana. Tak jauh. Masih dalam negeri yang sama. Masib belum dapat duduk serumah dengan husband lagi sebab kami nak kena focus dengan majlis bertandang hujung bulan ni :)

So far masih lagi belum well-blending dengan family baru sebab saya ni pemalu hikhik. Ibu mertua saya bangun aaaaaawal pagi setiap hari prepare breakfast. Saya ni je la 5.30am barulah bangun, tu pun dah siap breakfast huhu. Segan tapi nak buat macam mana. Saya kat rumah orang memang segan nak masak ke apa. Saya lagi prefer tolong mengemas. Haa that is my passion. So kalau off day tu saya tolong la ibu kemas dapur dia hihihi

My husband and I pun masing masing tengah sesuaikan diri. But I find that my husband is sweeter bila dah lepas kawen ni. Sweet yang kadang kadang tak dijangka. Love sangat!

Husband pun kerja weekend that's why saya terima je kerja saya sekarang. Off day pun tak sama hee. Nak buat macam mana kan. Inilah kehidupan. Tapi saya memang okay je off day masa week days. Senang kalau ada urusan bank ke apa ke yang tak bukak masa weekend kan. Nak pergi jalan jalan pun tenang tak ramai orang.

Persistency kerja part time hancur

Haa yang ni buat pening ni. Persistency ni adalah KPI kerja part time saya. Bila persistency below 85% tahun depan kena terminate la I. Omg omg! Saya dah tak reti dah. Bukak Raise serabut dah tengok client punya rekod contribution tak cukup 12 kali tahun lepas. Ada 2 client yang memang dah tak boleh sambung. Takpe I faham.

2 bulan lagi nak habis tahun 2018. I don't know if I could make it. Saya masuk dalam bidang ni as part time sebab nak tambah income tau. Tapi saya rasa tak menambah pun. Menyedut duit saya lagi ada kahkah.

Saya tak nafikan pekerjaan as ejen takaful is very mulia and very flexible. Satu je, jangan cemari kemuliaannya dengan kerakusan kita nak kejar target dan requirement dan reward. Tengok balik niat asal nak tolong orang, bukan nak gunakan orang nak capai dreams.

Saya masih nak job ni tapi kalau kena terminate nanti, saya akan rejoin under someone else je la :)

.....

Conclusion untuk tahun ni. Rasanya tahun ni banyak buat silap. Awal awal tahun lagi dah buat silap. So jangan ulangi lagi kesilapan dulu.

Kerja macam mana pun, simpanan kena mantap lepas ni. Saya berazam nak dalami ilmu kewangan, harta pusaka dan hibah melalui takaful. Supaya nanti dapat jadi bekalan untuk bantu orang lain.

Taknak ulangi kesilapan yang sama :)

.....

Till then,
Nanti saya cerita cerita lagi :)