26 January 2019

My First Pregnancy Journey : My 28th birthday

Assalamualaikum and Hi! :)

Actually birthday dah 10 hari yang lepas. Hikhik. I was born on 17th January 1991 in Kuching, Sarawak. Haritu masa birthday, husband datang ke kampung. Spending time with his beloved wife ni. Masa tu masih lagi mabuk mabuk. Ekekeke. Tak tahulah bila nak betul betul sihat.

Husband tanya nak hadiah apa. Kita jawab entahlah, tak boleh nak berfikir dengan waras pulak masa tengah mabuk mabuk. Haha. Lastnya I hanya mintak belikan Faraalipbutter Cherry Velvet je as birthday gift. Hihi tu pun entah bila la HQ Faraalipbutter ni nak announce lipbutter tu dah release and nak post pada orang orang yang dah preorder. Jenuh menunggu.

Disebabkan mabuk, tak kemana sangat pun berjalan. Kesian husband kita. Dia bawak kita makan makan and tengok wayang masa birthday haritu. Saya masa pregnant ni memang selera tak tentu. Tapi kalau pergi mall tanya nak makan apa, saya pilih Sushi King. Masa pregnant ni, Sushi King je yang berkenan di perut.

Lepas makan, rasa mengah

Acne scars masih lagi bermaharajalela di muka. Haritu kan skin baru je nak ok setelah apply Airishe Serum. Lepas tu tiba tiba kulit muka diserang kegatalan macam ada hama yang gigit. Huhuhu maka bertambah lagi parut sis. Takpelah. Redha je. Sekarang baru ok sikit and start balik pakai Airishe Serum untuk hilangkan parut lepas kegatalan tu reda.



Nampaklah jugak perubahan badan tu. Esok dah nak masuk 16 weeks. Dah nak 4 bulan dah baby ni. Due bulan 7 nanti. Moga baik baik je semuanya. Umi harap awak keluar 11/7/19 sebab Umi punya tarikh 17/1/91. Kalau nanti awak keluar jadi geng Ayah takpe, janji tarikh sama dengan Umi. Hikhik. Keesokan harinya, lusa dan tulat saya tetap diserang kemabukan. Dah 16 weeks ni mabuk lagi sis. Siapa macam saya? Haha. Untungnyalah ada yang berpengalaman tak mabuk teruk kan.

Hari Ahad lepas, husband saya pun pulanglah ke KL naik ETS. Menangis kita peluk dia sebelum masuk train. Masa tu anak sedara dua orang tu ikut. Balik dari hantar Pakteh diorang, Rifqah pergi report kat Opah dia Makteh dia nangis. Ish ish pereport betul. Lepas tu, Mama Ayah si Rifqah ni balik kampung Isnin lepas, dia pergi report pulak kat parents dia. Habislah semua orang tau. Bertuah betul budak Rifqah ni.

Doakan saya sihat dan bertenaga semula.
Amiin.


6 comments:

Mommy Cici said...

hii

I pun sama dok mabuk sampai 4 bulan lebih. bukan takat mabuk, makan minum seteguk pun keluar balik . sabauuu je lah ye

btw salam perkenalan :)

Husniey Husain said...

Semoga Allah permudahkan urusan sis.. Husniey datang follow sini 🙂

iam. fuzy said...

semoga dipermudahkan sepanjang tempoh pregnancy..tempoh yang sangat meletihkan tapi indah dan memorable

Jannah Ramli said...

Semoga semuanya dipermudahkan, Kak Syafiqa😊

Shahida Dzulkafli said...

Happy belated birthday.. Semoga alahan akan semakin okay..

Rodiah Amir said...

Happy belated birthday dik. jaga kesihatan. akak dulu nanges juga bila pjj dengan husband