14 February 2019

My First Pregnancy Journey : Minum air gula

Assalamualaikum and hi! :)

Harini tadi ada appointment di klinik kesihatan. Ambik darah and minum air gula. Sebelum ni bila baca pengalaman orang lain, saya bayangkan macam ngeri je minum air gula ni hahahahaha.

Tapi ternyata iyaaaaaaaa!

Mungkin bagi saya ianya satu pengalaman ngeri. Mungkin bagi sesetengah orang lain, alaaa beshe beshe jeeee tuuu. Kenapa ngeri bagi saya, sebab masa minum air gula tu separuh cawan tetiba muntah. Haha. Pastu kuatkan semangat habiskan jugak air gula tu sikit demi sikit sebab takut muntah lagi. Lama jugak ambik masa sampai nurse tegur "eh awak baru habis minum rupanya". I hanya mampu sengih haha. Nurse tu baik, lemah lembut and bersopan santun. Cantik pulak tu.

Dah la kena puasa daripada pukul 12 malam semalam sampai ke pagi ni. Memang perut kosong. Kepala pun dah start pening lepas minum air gula tu. So after minum air gula kena tunggu 2 jam. Masa menunggu ya Allah seksanya rasa hahaha. Mabuk, pening, klinik agak panas sikit sebab takde air conditioner and ramai juga ibu ibu mengandung yg check up harini.

Saya tahan je mabuk tu. Saya distract rasa mabuk tu dengan layan animasi nopal jap kat instagram. Nasib ada Mama teman harini and tolong drive. Borak borak dengan Mama sampai 2 jam.

After 2 jam nama saya pun dipanggil untuk ambik darah lagi sekali. Hee. Masa tu rasa lega dah yeeeihhh boleh makan japgi. After settle ambik darah berjalanlah sis keluar ke pintu utama. Haaaa ambik kau masa tu tetiba nak muntah dah tak sempat pergi toilet sauk je plastik kecik dalam beg. Nahhh tu semua air gula tu keluar balik. Haha. Seksanya daku rasakan ketika itu.

Setelkan jap drama muntah muntah ditepi parking. Keluarkan semua baru rasa lega ye tak. Ok dah setel drama tu barulah cuci muka semua, ambik nafas kejap then terus ajak mama beli air buah kat gerai tepi jalan. Nurse pesan minum air dulu baru makan.

Fuhh besar dugaan dalam perjalanan menjadi seorang ibu ni kan? Ish ish moga anak menjadi anak yang soleh/solehah. Seriously sejak mula mengandung sampai sekarang dah 19 weeks, selera makan saya masih lagi tak normal. Kurang makan nasi, tak lalu. Serious tak lalu. Rasa nak muntah balik je tengok nasi berlauk.

I only eat makanan ringan macam pisang goreng, keropok lekor, kuih, roti. Tu je boleh masuk. Nasik ni kadang2 je boleh masuk. Disebabkan itu, nurse suruh datang balik 26hb untuk timbang berat. Mungkin sebab berat tak naik secara normal kot huhuhuhuhuhuhu.

Doakan saya semua.
I am literally dying bila morning sickness menyerang. Hukhuk.

Saya doakan baby ni sihat je and sempurna sifatnya. Aamiin.

5 comments:

Mrs Pip said...

my 3rd baby last year mengandung, morning sickness saya macam dah tak morning sickness dah..
ianya mcm all time sickness coz rasa loya dan muntah tu tak kenal masa dan tempat, lagi2 selalu menyerang pada tengahh malam dan sekitar 2 - 3 pagi ...

bertabahlah ... jaga kesihatan... tak makan nasi tak pa, asalkan makan sesuatu yang boleh bagi tenaga pada badan dan tak jejaskan pertumbuhan baby.

take care ya.

lollika moza said...

sy kena minum air gula dua kali sebab family ada history kencing manis.. masa 1st mnum, not bad la.. separuh cawan.. okay je.. second time minum, perghhh boleh pula nurse bagi satu cawan pnuh.. nak menangis habis kan.. tapi gigihkan gak diri.. semoga dipermudahkan urusan dan baby sihat.. jemput blogwalking blog saya ye..

lollika moza said...

I dah klik iklan.. smoga bertambah kaching kaching di tabung huhu

yeaslmn said...

Semoga dipermudahkan urusan untuk menjadi seorang ibu ya :)

nanad said...

Hai. Blogwalking here. Semoga dipermudahkan segala urusan ye :) https://fiqadira.blogspot.com