25 April 2019

Wanita Kini Perlu Ada

Assalamualaikum and hi! :)

Saya rasa semua wanita perlu tahu perkara perkara ni :)

WANITA KINI PERLU:

1. Ada saving

2. Protection medical dan life takaful

3. Bijak urus wang

4. Berdikari dan tidak bergantung harap sepenuhnya pada suami

5. Ada rumah sendiri

6. Ada pendapatan sampingan

7. Ambil tahu tentang komitmen dan kewangan keluarga

8. Memahami financial suami

9. Boleh memandu kenderaan sendiri

10. Bijak kawal emosi

11. Wujudkan tabung simpanan untuk anak-anak

12. Ingatkan suami untuk lakukan wasiat bersama

13. Declare harta sepencarian bersama

14. Tidak berbelanja lebih dari kemampuan

15. Daftar khairat kematian

16. Pastikan penama untuk life dan simpanan dah update terbaru untuk suami dan anak-anak

17. Jaga tingkah laku dan nama baik suami

18. Fikir yang baik-baik dan bercakap perkara yang baik-baik

19. Upgrade ilmu agama, keluarga, parenting, memasak dan kewangan

20. Ikhlaskan hati kita lakukan ini semua bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk kebaikan keluarga, anak-anak dan keluarga tercinta. InshaaAllah

Wanita zaman sekarang kena jadi lebih berani, sikap ambil tahu tentang kewangan dan persediaan sekiranya ditimpa musibah

Moga bermanfaat untuk para isteri dan wanita diluar sana☺️

Copy and paste daripada Telegram Channel Syafieqah Alya

=========

Saya suka sharing daripada Syafieqah Alya ni. Ada tak para bloggers yang kenal dengan adik manis ni? Lebih muda daripada saya, tapi ilmu kewangan yang dia ada cukup meluas.

Beliau juga perunding takaful seperti saya :) I adore women like this. Wanita yang memperkasa wanita lain disekelilingnya ❤️ Wanita berkerjaya, wanita yang ada pendirian, wanita berdikari, wanita yang luas ilmu pengetahuan.

Jadi wanita biar bermaruah, menjaga tingkah laku selayaknya wanita, membantu dan memperkasa wanita lain. Elakkan diri daripada menjadi asbab kepada kehancuran hidup wanita lain. Elakkan diri daripada menjadi asbab penderitaan wanita lain.

Moga bermanfaat untuk rakan rakan blogger saya disini.

Till then ♥️


1 comment:

iyaseo.id said...

Jom follow blog and Visit https://www.iyaseo.id/