15 May 2019

Tempat tempat menarik di Hong Kong

Assalamualaikum and hi! :) 

Harini kita nak cerita la tentang tempat menarik kat Hong Kong 😍 Ada yang dah pernah sampai Hong Kong? 

TERBANG KE SANA SINI

Best kalau nak pergi bercuti naik kapal terbang je kan? Korang boleh check it out kat Traveloka dan find out pasal cheap Pacific Cathay booking sebab airline ni agak selesa dan rate pun boleh tahan juga dan kita boleh buat comparison sebenarnya. Contohnya kalau korang nak pergi Beijing ke, nak ke Thailand ke atau nak ke Hong Kong ke.

Haa sebut pasal Hong Kong kali ni saya nak cerita sikit pasal Hong Kong. Hong Kong sebenarnya berada di dalam senarai top 20 antara destinasi pelancongan yang mesra Muslim di dunia! Dah penat berjalan dan meneroka 1001 tarikan yang ada di sini, cukup mudah untuk korang mencari restoran yang memiliki sijil halal, bukan itu sahaja, masjid dan surau juga tak sukar untuk ditemui.

Di samping itu, yang menjadikan wilayah ini destinasi percutian yang terkenal bukanlah semata-mata kerana kemajuannya, tapi juga kerana keunikannya yang menggabungkan dua dunia berbeza, moden dan klasik, inilah satu suasana yang sukar ditemui di destinasi lain.

Pada suatu ketika dahulu, sejak zaman penjajahan British dari tahun 1841 ke 1997, Victoria Peak merupakan sebuah kawasan penempatan yang eksklusif, reputasinya sebagai kawasan elit masih kekal sehingga kini  di mana rumah-rumah agam dengan nilai mencecah jutaan dolar berdiri dengan megah.


Victoria Peak yang merupakan kemuncak yang tertinggi di Hong Kong memiliki ketinggian sehingga 1,811 kaki dari paras laut. Dengan ketinggian sebegini, keindahan lanskap yang dapat disaksikan sangat memuaskan pandangan mata, di sinilah korang dapat melihat segala yang terdapat di Hong Kong dalam 360 darjah.

Beroperasi seawal 7 pagi sehinggalah lewat malam pada pukul 12 tengah malam, Peak Tram merupakan sebuah pengangkutan penting yang mula diwujudkan oleh pihak British pada tahun 1888 untuk kemudahan mereka serta yang tinggal di kawasan sekitar.


Namun kini, Peak Tram boleh digunakan oleh orang ramai untuk menuju ke puncak bukit Victoria Peak. Waktu yang diambil untuk sampai ke puncak hanyalah 7 minit  dengan waktu bertolak pada setiap 10 ke 15 minit. Sesudah sampai ke puncak, korang boleh mendapatkan tiket Tram Sky Pass untuk melihat pemandangan Hong Kong dari  Sky Terrace 428 yang merupakan platform pemerhatian yang tertinggi di Hong Kong.



Siapa tak kenal Museum Madam Tussaud? Muzium patung lilin yang realistik ni selalu terdapat di bandar-bandar besar kerana ianya sering menjadi tumpuan para pelancong yang datang dari pelbagai pelusuk dunia.




Wahh nampak real gilerrr Taylor Swift 😍Untuk Museum Madam Tussaud yang terletak di Hong Kong ni, korang boleh bergambar dengan banyak wax figures selebriti terkenal dunia seperti Bruce Lee, Taylor Swift, Jackie Chan dan ramai lagi! Bergantung kepada cara korang posing, lagi power, lagi ‘real’ lah situasi ‘perjumpaan’ korang dengan selebriti atau tokoh terkenal tu. Pastikan bateri kamera atau phone full ya?

Sky 100 adalah sebuah dek pemerhatian yang terletak pada tingkat yang ke-100 struktur tertinggi di Hong Kong, the International Commerce Centre (ICC). Terletak pada ketinggian 393 meter dari paras laut, menjadikan Sky 100 sebagai dek pemerhatian indoor yang tertinggi di bandaraya ni. Dari dek ini, korang sekeluarga dapat menikmati pemandangan sekitar Hong Kong dari segenap pelusuk.




Terfikir berapa lamalah agaknya naik lif untuk sampai ke tingkat 100 tu? Tak lebih 60 saat pun sebenarnya! Sebabnya, mereka menggunakan lif yang berkelajuan tinggi. Tak cukup dengan itu, korang juga boleh menikmati keindahan Hong Kong melalui aplikasi interaktif mobile Sky100 dan Sky-High Tech Zone yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dan juga Virtual Reality (VR).

Sambil-sambil korang berjalan kat Hong Kong tu actually dekat jugak dengan Taipei. Sambung cuti ehee. Korang try la book flights to Taipei. Taipei sekarang ni pun ada banyak tempat yang korang boleh visit dan tempat-tempat tu muslim friendly. Dunia semakin lama semakin best kalau korang dapat pusing-pusing tengok tempat dan budaya orang lain. Akan buatkan pengalaman hidup korang satu benda yang boleh cerita dekat keturunan cucu cicit korang satu hari nanti.

Sekian sahaja cerita saya tentang Hong Kong. Rugi kalau tak pergi especially Sky 100 tu. Bukan selalu dapat nikmati pemandangan indah dari tempat tinggi macam tu. Yang dah pernah sampai Hong Kong dan Taipei tu, apakata share pengalaman korang dekat comment. So that nanti orang lain yang baca post ni boleh ambil info info penting or tips dari korang jugak sebelum nak kesana 😘

Till then,
Wassalam ♥️


3 comments:

Rodong Koi Belaka said...

Bilanla dpt pergi ya huhu...jom follo sy

Siti Awadah said...

menarik... nice sharing... nak follow blog each other tak? Jika nak jemput singgah n follow blog saya then saya akan terus followback. Terima kasih :)

Rina Zul said...

cantik nya.. tringin sgt nk ke sana. bw sini dan follow. Jemput singgah blog dan followback. Salam kenal awak :P