27 July 2019

My First Born Journey : 1 month old

Assalamualaikum and hi! :)

Alhamdulillah harini dah hari ke 34 saga berpantang. Dini Zulqarnain pun dah mencecah usia sebulan 24/7 haritu. Dah dapat 2nd injection for Hepatitis. Nangis sikit je. Dini kan strong boy.

Daripada berat masa lahir 2.51kg, dah naik to 3.4kg. Alhamdulillah membesar dgn baik especially di bahagian pipi tu nampak gayanya haha. Rambut dah dibotakkan masa hari ke 15 dan tali pusat pun tanggal pada hari yang sama.

Dini semakin kuat menyusu and malam dia akan terjaga 2 kali utk menyusu and tukar pampers. Kadang kadang dia tidur lena lepas menyusu tapi kadang kadang dia a lil bit cranky. Nak kita dukung dia baru dia lena dalam pelukan.

Ummi rasa bersyukur sebab segala urusan Ummi dirasakan sangat dipermudahkan oleh Allah sepanjang tempoh berpantang. Tinggal lagi 10 hari je :) Lepas tu Ummi nak mintak Ayah Dini belanja makan mee kolok, laksa sarawak, manok bakar and aiskrim gula apong kat Dayang Sarawak Corner. Hikhik. Will blog about that later ❤️

Ummi rasa bersyukur sangat Allah murahkan rezeki Ayah Dini and permudahkan urusan keluarga kecil kita walaupun ada a lil hiccups along the way. Itsokay. We have each others back. Hopefully we will getting better day by day.

Ummi also rasa bersyukur sebab walaupun dalam tempoh pantang, Ummi masih boleh buat online business Ummi dan dapatkan bakal klien untuk nak sign up takaful bila Ummi dah kuat semula untuk bekerja nanti. Moga Allah mudahkan urusan Ummi dan usaha Ummi untuk tingkatkan taraf ekonomi Ummi and improve myself to be better me.

Having you as my son, is such a big blessing from Allah. Ummi masih tak percaya lagi dah ada anak. Ummi rasa Ummi seolah olah dapat task baru dalam hidup bila Dini dah lahir. Bila lapar, susukan. Bila berak, cebokkan. Bila nangis, pujukkan. Every 'parameter' kena make sure ditahap hijau supaya Dini always feel comfortable haha. Dah macam main The Sims pulak.

Ummi tak sabar nak ambik gambar bertiga masa Raya Haji nanti ❤️ Our first family photo. Masa tu pun dah habis pantang.

Saja Ummi share cerita Dini kat blog Ummi, mana tahu nanti dah besar Dini sempat baca kisah Dini masa kecil.

I love you 3000!

Till then,
Wassalam


6 comments:

Jannah Ramli said...

Semoga membesar dengan sihat Dini. Mudah-mudahan Dini menjadi anak yang baik dan taat kepada ibu bapa. Mesti Kak Syafiqa tak sabarkan nak ambil first family photo masa raya.

IYASEO.ID said...

Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..

Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

Miszlinda said...

Tahniah utk 1st born. semoga Dini membesar dengan sihat.

Syafiqa Hatta said...

Terima kasih Jannah Ramli and Miszlinda 😘 InsyaAllah aminn

Fid"s said...

👍

Fid"s said...

👍