30 September 2019

My First Born Journey : 3 months old

Assalamualaikum wbt and hi! :)

Kembali pada rutin bulanan blog ini iaitu update pasal anak. Haha. Alah bukan hari hari I update pasal anak I kat sini or socmed lain. Bukan hari hari I show off anak I. Blog I sukati I la nak update apa kan :) I tak pernah persoalkan apa yang orang update kat blog/socmed orang lain. Kalau I tak suka, I mute/unfollow. Benda boleh settle, kenapa nak kena buat teruk?

Kalau you tak happy dengan life you, kenapa nak kena condemn orang lain yang happy dengan life diorang? Kenapa orang lain nak kena unhappy if you are unhappy? Jaga jaga dengan penyakit hati. Some people secretly want to see us fall.

Okayy back to the topic I want to share today. Update pasal anak.

So, pada 24 September 2019 yang lalu, anak Ummi, Dini Zulqarnain telah mencapai umur 3 bulan. Alhamdulillah. Allah swt telah mengurniakan kesihatan yang baik buat anak Ummi. Berat terkini telah mencapai 5.18kg. Badan pun dah panjang. Alhamdulillah syukur pada Allah swt, growth anak Ummi normal semuanya :)


Dini sekarang dah semangat badannya. Ada baju baju newborn yang dah tak muat. Alhamdulillah Mak Uda Dini banyak sangat kasi baju baju terpakai Zhafran and Afzan (cousin Dini). So Ummi Ayah dah tak perlu beli baju lagi. Jimat duit :)

Dini dah pandai gelak, dah pandai tengok tv. Ummi tak ajar pun. Mungkin baby mudah tertarik dengan bunyi and moving objects. However, memang Ayah Ummi taknak biasakan dengan tv and gadget sejak baby lagi sebab nak Dini membesar dengan menikmati keseronokan menjadi budak kecil yang suka mengembara, the lil explorer. Lihat, sentuh, dengar dan rasa ❤️

Makin lama, makin nampak muka macam siapa. 99% kata sebijik Ayah dia. Mata je mata Ummi haha. Kening ambik kening arwah Atok Dini. Kening tinggi. Yang lain semua ikut Ayah. Cara tido pun ikut Ayah. Tak tahan sejuk ikut Ayah. Anak Ayah sangat!

Btw, bila Ummi pergi kerja, Ayah Dini yg akan jaga. Dini kalau dengan Ayah dia, sangat behave. Jaranglah nak meragam sangat. Nasib baiklah kerja Ummi ni sejenis kerja flexible time. Boleh arrange masa sendiri. Sabtu lepas Ummi ada takaful appointment.


Appointment dengan staff kakak Ummi, Shad. Mommy to be ni. Baru je lagi kandungannya. Moga sihat walafiat selalu. Shad prepare Medical Card Unlimited plan untuk emergency fund dia. Alhamdulillah one life insured under PruBSN takaful.

Sekian saja kisah anak Ummi. Cerita lebih lebih kang ada pulak yang tak suka. Ahah! Apa apa je la labu. Bukan anda yang bayar bil saya tiap bulan :)

Till then,
Wassalam


No comments: