10 December 2019

My First Born Journey : 5 months

Assalamualaikum and hi! :)

Alhamdulillah 24/11 haritu Dini dah menjangkau usia 5 bulan. Lagi sebulan je dah boleh makan dah. Omg!

Orang kata baby kalau nak tukar bulan, memang meragam lain macam. Haritu menangis jugaklah layan si Dini ni semua benda tak kena. I am exhausted giler that time. And being an angry mom also. Pastu bila tengok dia tido, timbul rasa menyesal.

Haritu attend wedding classmate dekat Uni dulu. Kebetulan ibu mertua ada trip sekolah ke Langkawi. So dapatlah pinjam kereta ibu untuk ke wedding tu yg diadakan di Bangi. Haa.. Sempena tahun 2020 yang akan wajibkan penggunaan child carseat, kitorang pun try praktis pakai carseat untuk Dini.


Olooo tertido anak Ummi dalam carseat. Anyway, ni first time pakai and nampaknya Dini bagi kerjasama yang baik. Tak menangis, tak meraung sibuk nak lepas dari carseat. Lepas menyusu dah mamai mamai, terus duduk diam je dalam carseat dan tertido sendiri.

Tapi na-ah jangan puji dulu sebab mungkin masa tu mood dia baik 😂😝 So dia behave. Taktau la mungkin lepas lepas ni taktau la pulak macam mana ragam dia sebab akan semakin banyak akal dan dah pandai berfikir.


So far Dini kalau bawak keluar memang behave, asalkan menyusu pada waktunya and cukup rehat antara waktunya. Kalau tak dia akan mengamuk dan meragam. Dekat wedding haritu so far dia baik je. Tapi mungkin sebab faktor dewan yang berhawa dingin and ada tempat selesa untuk direct feed kan dia so Dini okay je. Mood pun baik.

Dini sekarang dah pandai terlentang balik dari meniarap. Haritu jatuh tilam pulak 😅 Menangis dia tak berlagu. Ciann anak Ummi. Masa tu tengah cuci pinggan, tetiba dengar dia nangis. Hokaloh dh kat lantai perginya.

5 Disember haritu appointment Dini dengan KK. So Dini dah naik berat dari 6kg ke 6.18 kg. Sikit je naik nya. Heran jugak sebab bila dukung dah rasa semakin berat je anak bujang I tu. Nurse kata tak berapa nak cantik sangat lah berat dia. Panjang badan and ukur lilit kepala pun tak naik sangat.

Tapi menyusu bukan main kuat. It’s okay. Kita try sebulan ni tengok macam mana naik berat dia. And yang paling best, 24/12 nanti Dini dah boleh makan 😍 Can’t wait nak try puree recipes yang best best untuk Dini!


1 comment:

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. alhamdulillah tahniah. sungguh comey bam bam ^_^