10 January 2020

GL Baby Client Belum Approved

Assalamualaikum.

Sungguh bingung rasa hati bila GL client belum lagi lulus. Baby client saya warded di hospital disebabkan pneumonia.

Seawal tahun 2019, client saya pregnant dan dia ambil takaful untuk baby sewaktu baby masih dalam kandungan. Masa tu memang banyak requirement iaitu borang borang, report doctor untuk disiapkan sebelum lulusnya proposal takaful client saya ni. Ambil masa 2 bulan juga nak siapkan.

Akhirnya, awal bulan 3 tahun 2019, proposal pun approve.

Seawal tahun 2020 ni, baby client saya warded dan nak guna medical card untuk bil hospital. Tapi ada issue berkenaan tarikh lahir baby dan tarikh approve.

Untuk pengetahuan semua, baby client saya lahir pramatang pada 16 Februari 2019. Masa tu polisi takaful baby client belum lagi approve disebabkan requirements belum lengkap.

Dah 3 hari saya bingung macam ni. Tahun lepas, saya tak tau pun baby client saya lahir premature. After polisi dah approve baru saya tau. Itupun orang lain yang bagitau.

Jadinya issue nya disini, GL belum approve dan masih dalam siasatan kerana katanya polisi client ni bukan polisi prebirth. Ini disebabkan tarikh lahir lebih awal dari tarikh polisi approve. Jadi masih dalam siasatan, sama ada client boleh guna medical card atau tak 😭

Saya risaukan client saya. Huhu. If kita ambil polisi prebirth, cover je kalau lahir premature. Tapi disebabkan polisi client saya ni approve after baby lahir, dia jadi issue disitu. Hmmm.

Saya harap pihak company dapat pertimbangkan issue ni sebab baby lahir premature kan tak boleh dijangka. Dan nak apply takaful haritu memang baby masih dalam kandungan lagi.

Doakan ya semua, moga kes baby client ni dapat approval 😔 Saya bingung sangat ni.


No comments: