3 October 2020

Share My Win

Assalamualaikum and morning ❤️

Harini nak share la my biggest win so far sepanjang buat bisnes tudung ni. 

Last week, berjaya sponsor husband beli rak untuk pasang box kat motor dia. So that boleh letak lebih banyak barang. Especially kalau banyak postage tudung hahahaha.

Box tu dah lama husband beli. Sampaikan bila orang tanya dia kenapa tak pasang pasang, dia jawab nantilah kalau dah ada duitnya. Sebab, rak dia harga lain. Upah pasang lagi kan.

Rak sahaja dah RM135, upah pasang semua jadilah hampir RM200. Husband lebih utamakan keperluan keluarga dulu berbanding kemahuan. Kita ni tengok kesian, tak sampai hati. So, gigih jugak nak kumpul bajet untuk sponsor dia. 

Alhamdulillah, lepas pasang, muka ada banyak happy haha 😆 Senyum je dia bila motor dah ada bonet. 

Ini win yang agak besar setakat ni.

Before ni pernah list target kat blog ni, belikan hadiah bermakna for husband adalah salah satunya. Belum dapat hadiahkan yang special, kita bagi yg dia sangat perlukan dulu. 

Win kedua, before ni ada pasang target nak reach 5 kodi dan keatas before masuk tahun 2021. Yes, alhamdulillah tercapai. Oktober edition Fareha ni dah naik to 6 kodi. Untuk November edition dah naik 10 kodi. Semuanya kerana tunjuk ajar dari stokis saya. 

Agent Silver bawah saya dah bertambah ke 3 orang bulan Oktober ni, Dropship 5 orang. Makin hari makin banyak leadership skills yang telah saya belajar from stokis dan amalkan ilmu tu. 

Win ketiga, dah register company sendiri dekat SSM alhamdulillah, melangkah dengan lebih serius!

SO NI NAK LIST BALIK TARGET TARGET YANG NAK CAPAI:

1. Nak simpan 100% nafkah yang husband bagi tiap bulan. Taknak guna untuk belanja or bayar komitmen

2. Nak beli printer, nak set up Shopee

3. Nak belikan Garmin for my husband

4. Nak buat medical card Dini (dah dalam proses)

5. Nak tambah coverage takaful diri sendiri

6. Nak sponsor Mama peti ais dua pintu untuk rumah dia

7. Nak beli kereta untuk keluarga kecil kami

8. Nak beli carseat untuk Dini

======================================================

Btw, haritu pernah post kat blog pasal 1 brand printed bawal yang saya nak masukkan dalam Shopee. Mulai bulan Oktober ni, saya dah mula aktif jadi Dropship dulu hihi. Tunggu ada printer and Shopee, baru saya ambik stok. 

Nak tau tak brand apa? Cantik jugak tauuuuuuu! Meh tekan link TEKAN LINK NI 

Tekan link tu, pastu scroll ke bawah sekali. Tekan link yang bawah sekali tu. Jom join Telegram Shop saya untuk new bawal printed yang saya jual hihihi. Takde Shopee lagi, so guna Telegram Channel hikhik. 

Untuk brand baru ni saya tak buat Instagram, taknak ada team. Sebab jaga satu team pun dah pening haha. Fokus je dulu dengan team sedia ada .

Okayy, till then.

Nanti menulis lagi bila ada kelapangan.

Stay safe everyone!




No comments: