29 December 2017

How Important is Takaful (coverage) to you?

Assalamualaikum wbt :)

Ada benda baik punya kita nak share pada semua harini. Kita copy & paste daripada laman Facebook milik seorang wanita yang sangat saya kagumi. Seorang anak muda yang pandai menguruskan kewangannya, Syafieqah A'lya.

Pilih lah yang mana terbaik
1. Jika korang jenis tak suka dengan simpanan yang kena buat loan (asbf) ni maka tukarkan pada cara yang lain. Simpan biasa kat TH pun okay, zakat siap di tolak, cuma jangan culas simpan bulan-bulan, baru lah simpanan tu berjaya dibuat
2. Jika korang company dah cover medical siap-siap, jangan selesa sangat. Persiapkan diri dengan back up tambahan. Ambil plan yang cover medical dan life takaful. Keduanya sama penting. Umur muda dan sihat masa ni lah ambil.
3. Kalau korang jenis yang suka melabur, jangan pandang sebelah mata dengan simpanan kecemasan korang. Kelak duit tu jugak korang nak korek semula di saat genting. Asingkan duit ni setiap bulan.
4. Jika korang tak tahu nak mula macam mana. Mulakan lah dengan bismillah.
Duit gaji, asingkan ke akaun kecemasan enam bulan gaji. Waktu tu jangan happy sangat sebab korang kena asingkan buat takaful (medical + life takaful) untuk diri. Dah cover untuk diri barulah melabur ke asbf, unit trust, hartanah, saham dan banyak lagi. Last sekali dah ada harta, buat wasiat untuk diri. Harta kita tanggungjawab kita. Uruskan sampai kita pergi.
5. Last sekali ambil lah income protection . Tak pernah dengar ? Ianya sama macam life takaful korang. Jika berlaku kematian, cacat kekal ataupun sakit kritikal maka korang atau waris dapat pampasan dan ada cash value untuk korang boleh guna masa pencen nanti
Tak kan nak korek duit simpanan untuk bayar kos rawatan jika kita ada sakit, ambil peluang takaful nak beri offer ni.
Korang dah tak muda lagi? Jangan malu-malu untuk perbaiki kewangan. Masih sempat lagi jika punya kesempatan masa

Disini kita nak highlight kan betapa kita perlukan takaful perlindungan. Simpanlah banyak duit sekalipun, melaburlah sampai dapat pulangan tinggi sekalipun, jika kita tak uruskan dengan betul duit tu takkan dapat kita wariskan pada orang yang akan kita tinggalkan.

Salah satu cara untuk kita pastikan diri kita dilindungi dan juga harta kita dilindungi adalah dengan menyediakan takaful untuk diri sendiri. Jika ada yang nakkan penerangan lanjut tentang bagaimana takaful boleh melindungi diri anda, ada income protection dan simpanan hari tua, jangan malu malu untuk contact kita ya :) InsyaAllah kita sedia membantu. Nanti kita set appointment untuk berjumpa. Yang mana jauh, kita akan usahakan jugak untuk berjumpa.

Yang mengambil berat,
-SYAFIQAHATTA-
014-8429745
Your comitted Prudential Takaful Advisor.


No comments: