19 July 2018

Dating: Skyscrapper and 4 Fingers

Assalamualaikum :)

Housemate pernah tanya, akak jarang dating kan? Tak rindu ke?

Haha rindu lah. Mestilah rindu. Cuma dah terbiasa jarang dating sebab kami dulu long distance relationship type. Dulu kerja jauh. Baru tahun ni duduk 1 negeri. Kalau dating pun tak lah sampai malam. Waktu asar dah sampai rumah :)

So td request tunang membelanja saya tengok movie Skyscrapper. Sangatlah suspen tengok cerita Skyscrapper ni. You guys dah tengok belum?




First time makan 4 Fingers. Sedap jugak. Ayam goreng rangup dengan sos berperisa. Nasi sticky sticky Korea. Dengan hirisan seaweed. Yummy!

Boleh cuba buat kt rumah ni. Makanan macam ni tak boleh makan selalu. Tak boleh dijadikan makanan harian sebab cara masakan yang bergoreng, kandungan garam yang tinggi dan takde nutrisi daripada sayur sayuran :)

Sekali sekala takpe guys. Balik dari makan macam ni tadi terus bancuh Green Tea :) Hikhik biar metabolism sis meningkat lalu bisa menguraikan makanan ini dengan lebih efektif kihkih.

Rindu la nak baking baking :) Entah apa khabar oven ku yang terperuk di dapur.


2 comments:

sofie adie said...

dah tengok!!!!! debaran dia hampir nak tercabut kaki jugaklah rasanya...phewww sib baik tak luruh jantung...
sedapnya 4 fingers!!! next time jenjalan nak lepak situlah. tapi kalau dah nampak Shihlin, memang tak nampak da yang lain...

Nurul Syafiqa said...

Ya Allah awakk Shihlin pun sedapp!! Suka jugak!