26 July 2018

RESEPI: Spicy Olio Aglio Tekak Melayu

Assalamualaikum :)

Biasanya kalau order Spicy Olio Aglio kat kedai, saya tak berkenan sangat dengan rasanya yang tasteless, kata spicy tapi tak spicy pun, dan kering.

Jadi, kalau teringin nak makan Spicy Olio Aglio yang menepati citarasa tekak Melayu saya ni, saya masak sendiri kat rumah. Bahan bahan dia senang je :)

Resepi yang saya buat ni resepi yang bolehlah dikatakan campak campak je masa mula mula buat dulu. Lama lama terbitlah satu resepi yang setiap kali buat kena guna bahan yang sama. Yang penting mesti pedas. Barulah sedapppp!

Okay, jom kita start!



BAHAN BAHAN:

1/2 daripada sebungkus spaghetti
4 ulas bawang putih
5 biji cili merah (kalau ni dah cukup pedas bagi saya, nak pedas lagi? Boleh tambah)
1/2 kiub pati ayam
1 biji tomato (potong 8)
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
3 ketul sosej (Boleh jugak tukar kepada isi ayam atau udang atau sotong)
Minyak masak
Brokoli (potong kecil)
Air
Rempah omputeh: Basil/Oregano/Parsley


CARA CARA:

1. Lembutkan spaghetti dalam air panas yang menggelegak. Masukkan 1 sudu minyak masak supaya spaghetti tak melekat antara satu sama lain. Bila spaghetti dah lembut, tuskan airnya dan letak tepi.

2. Tumbuk bawang putih + cili merah tadi sampai lumat.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau. (Tumis sekali dengan oregano kalau nak pakai rempah omputeh yg satu ni ya)

4. Masukkan tomato + sos cili + sos tiram + kiub pati ayam dan tumis sampai tomato hancur menjadi kuah. Tambah sedikit air jika perlu. Tujuan tambah air ni supaya tumisan tak terlalu kering.

5. Bila tomato dah hancur, boleh la masukkan sosej dan brokoli. Gaul mesra.

6. Kemudian, masukkan spaghetti. Gaul sampai spaghetti sebati dengan bahan tumisan. Renjis sikit rempah omputeh (basil/parsley) kalau nak ada sentuhan western sikit.

8. Rasa sikit sedap ke tidak, cukup garam ke tak. Dah cukup rasa, siaplah Spicy Olio Aglio Tekak Melayu kita :)




Cara saya, saya jadikan tomato sebagai perencah tambahan dia. Sebab tu saya goreng sampai hancur. Tujuannya supaya aglio ni tak rasa kering sangat. Macam ala ala basah sikit gitu. Hmm memang sukalah masak macam ni. Lagi lagi harini tak terasa macam nak makan nasi :)

Selamat mencuba!

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

comel je tulis.. 'rempah omputih' ehehe.. buat sendiri lebih puas kan sebab kita tahu tekak kita suka apa =D

Nurul Syafiqa said...

Kan... Buat sendir g puas makan haha