9 November 2018

My First Pregnancy Journey: Alhamdulillah

Assalamualaikum and hi :)

Rasa bersyukur tak terhingga bila dapat tahu diri ini mengandung :') Tak sangka akan secepat ni. Sejak seminggu lepas dah mula rasa perubahan pada diri. And baru semalam saya berani untuk pergi dapatkan pregnancy test.

Alhamdulillah result positive. Saya sangat sangat sangat tak sangka seawal ni akan pregnant. Thank you, Allah. Moga baik baik saja kandungan saya ❤️ Saya taknak fikirkan yang buruk buruk. Nak fikir yang baik baik saja. Tapi dalam masa yang sama saya cuba didik diri seawal mungkin untuk hadapi segala kemungkinan yg berlaku dengan baik. InsyaAllah.

Not yet jumpa doktor lagi. InsyaAllah malam ni dengan husband sekali. Husband happy tak terkata and nervous. Kami sama sama nervous.


Nervous betul masa nak tengok result. Alhamdulillah. Disebabkan tak sabar nak tahu kandungan dah berapa minggu, saya install apps pregnancy hihi.


Apps ni minta tarikh period yg paling latest. Jadi dia kirakan automatically dah week yg keberapa. MasyaAllah tak sangka sangat. Patutla seluar bootcut kita tak muat dah nak pakai. Dah jadi team palazo je lah kita. Siap kena shopping lagi palazo sebab lagi selesa kan nak pakai masa pregnant ni.

Moga Allah lindungi saya dan baby sentiasa ❤️ Thank you Allah untuk pengalaman ni.

Nanti saya cerita cerita lagi ya :)

Till then,
Wassalam.


1 comment:

Cik Puan Rrai said...

Alhamdulillah. Tahniah.. Jaga diri dan kandungan baik2.. Semoga dipermudahkan segalanya...