14 February 2019

Bitter

Assalamualaikum and hi :)

Zaman sekarang ni MasyaAllah sistur bukak je lah mana mana media sosial kecuali blog, ramai betul jenis manusia bitter, tak boleh tengok orang lain senang, semua benda dari sekecil kecil zarah pun nak kutuk, leave comment yg menyakitkan hati. Tak cukup dengan itu, screenshot negative comment from other people and share lagi dekat orang lain.

Benda baik pun kena kecam, apetah lagi benda buruk. Orang yg share tips kewangan pun kena kecam, yang berniaga pun kena kecam, yang duduk diam tak buat pun apa kena kecam. Ya Allah I just cant. Cukuplah tu. Bila asyik terbaca benda benda negatif, rasanya hati saya pun jadi kotor dan busuk lama lama nanti.

Mujurlah ada blog. Blogger takde perangai macam ni. Terlalu keras dan negative komen orang. Takde pun nak jatuhkan orang. Baik sis lepak sini je :)

Orang orang sini positif belaka. Blogger hanya cerita tentang diri sendiri, bukan cerita pasal orang. Harap kekal macam ni.


4 comments:

Shahida Dzulkafli said...

makin teruk media sosial sekarang..

yeaslmn said...

Skrg ramai keyboard warrior. Nak2 lg di FB, Ig dan Twitter. Huhu

Eeca Shyaa said...

kan. society is getting sick. tak semua tapi kebanyakan. tak boleh ke komen murni sikit. or kalau takde benda baik nak cakap tu diam kan bagus. tak suka boleh je block. ni nak jadi batu api pulak laga2kan orang, kecam2 orang. aduhai.

Norazlina Md Nor said...

betul tu :).. saya dulu pun aktif social media lagi2 fb dan insta.. tapi bila byk yg negatif je.. saya bertukar ke blog pulak, masih newbie... sekeliling kita ni mmg akan ada yg negatif, itu lumrah.. kita tak dapat nak ubah orang sgt, tapi apa yg kita dapat ubah, diri kita dan macam mana nak react jika sesuatu berlaku, dan sekarang sy tgh belajar dan belajar untuk kekal positif.. doakan saya! ^^ inshaaAllah, sy akan lebih fokus pd blog dan sharing sesuatu yg bermanfaat.. jemputlah singgah blog saya nanti :) nrzlnamdnor.blogspot.com