23 April 2019

Asam Pedas Untuk Saya

Assalamualaikum and hi! :)

Masa mula mula baru nak berkawan dengan husband dulu, dia pikat perut saya dengan asam pedas ikan kembung ehee. Asam pedas ni bila orang Johor/Melaka yg buat mesti sedap teruk!

Dulu masa kakak saya yang kedua kawen, adik ipar dia buat asam pedas ayam untuk family kitorang makan. MasyaAllah kesedapan dia buat saya terbayang bayang sampai sekarang.

Kebetulan menantu lelaki mama saya ketiga tiganya orang Johor or related dengan Johor. Saya memang suka asam pedas orang Johor buat. Pekat, pedas, sedap sampai menjilat jari.

Jadi semalam, husband masakkan asam pedas ikan cencaru. Berseleranya makan sampai menjilat jari. Ahaha. Ibu mertua saya pun pernah masakkan asam pedas ayam. Sedap gils!



Last week husband saya tanya ada apa apa nak request tak. Kita apalagi cakapla teringin nak asam pedas dia masak. Kalau saya yg masak mesti tak jadi. Tak kena rasa dia haha. Failed! Masak lemak pun failed! Aduhh. Saya bukan apa, dah sekali failed tu rasa tak nak try dah sebab bahan bahan dia kan banyak. Macam membazir je kalau masak tak sedap. Huuu.

Jadi kita mintak orang yang pandai masak, masakkan eheee. Mesti ada yang tertanya, Mama saya tak ajar ke masak asam pedas and masak lemak? Ada je. Cuma resepi dia tak sepekat macam yang Johorean buat.

Mama saya jenis menjaga kesihatan. Dia jarang buat masakan berlemak pekat. Kalau masak asam pedas jenis yang cair tu. Kalau masak lemak pun jenis yang cair tu. Arwah opah saya pun dulu masak macam tu. Jadi kami dah terbiasa dengan yang biasa biasa je.

Mama expert masak rendang tok. Almaklum, orang Perak. Kalau Mama yg buat rendang tok masa raya, tak pernahnya tak habis licin. Heeee. Kitorang anak cucu la yang habiskan. And Mama pandai buat ketupat pulut Sarawak. Mama belajar dengan arwah Nek Puan saya dulu. Ayah saya orang Sarawak. Saya memang sukaaa sangat makan pulut.

Raya tahun ni beraya dengan suami di Johor. Tak merasalah rendang tok and ketupat pulut mama. Huwaaaa.

Yang penting, lepas raya keluarlah baby saya yang pertama :) Moga dipermudahkan pengeluaran baby nanti ahaha. Nasib baik Umi dapat raya dulu. Hihihihik.




1 comment:

ray said...

i love reading people's post on food cuz it reminds me of the time when i eat all the foods.