20 April 2019

Murung kucing hilang

Assalamualaikum and hi.

Hai bloggers. Semalam adalah hari yang sedih sebab kucing saya hilang :( Saya duduk tingkat 4. Kucing saya escape dari beranda bilik. Sliding door tu memang biar bukak malam malam sebab panas. Huhu.

Dah sebulan duduk rumah sewa ni. Tak pernah lagi dia hilang macam ni walaupun sliding door tu hari hari terbukak. I am so sad. Risau dia makan apa, tidur kat mana. Huhu.

Saya jaga dia sejak dia sebesar tapak tangan. Bangun pukul 2 3 pagi sebab dia nak menyusu botol. Masa tu dia kecik lagi mana pandai makan. Jadi bila dia hilang, saya rasa sedih sangat and murung.

Dah 5 tahun jaga dia. Dialah peneman masa saya sedih menangis, dialah gang menghiburkan masa saya down, dialah yang saya layan masa dia tengah excited nak main kejar kejar kaki, dialah peneman kalau saya tinggal sorang sorang kat rumah, dialah bestfriend saya.

Sedihnya hati bila dia tak balik. Saya yakin sangat dia turun ke tingkat bawah dari beranda bilik dengan cara selamat. Sebab saya tahu dia pandai jaga diri. Masa duduk kampung dulu pun dia memang sejenis kucing yang gemar explore tempat baru. Cuma kat kampung dia tak pernah tak balik.

Disebabkan baru duduk sini sebulan, saya tak tahu dia pandai balik ikut pintu depan ke tak. Mana 1 tangga dia nak naik untuk sampai ke rumah ni. Huhu. Sampai hati Gebu tinggalkan kita :( Dah janji kan nak jaga adik baby sama sama

Harini hari kedua tanpa Gebu. Dah la sejenis kucing takut hujan and guruh. Kalau hujan guruh kat luar, selalunya dia menyorok kat tempat tertutup. Ni dia hilang, entah mana dia sembunyi kalau hujan :(

I really worried about him. Doakan kucing saya balik.


I really miss you my sunshine :(


1 comment:

Sha Mohamed said...

Allah.. semoga bertemu semula dengan kucing kesayangan ye..