30 March 2014

Pesan Seorang Ulama

Assalamualaikum

Kita semakin hampir dengan hari kiamat
Sudahkah kita bertaubat?
Sudahkah kita menghias hari hari kita dengan amal soleh?
Untuk dibawa bekal ke hari pembalasan?

Dunia masih belum kiamat
Masih ada keberkatan waktu untuk bertaubat dan beramal soleh

Pesan seorang ulama

Bacalah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi setiap hari
Pada bila bila masa
Perisai diri daripada fitnah dajal

Lakukanlah puasa sunat sebanyak banyak yang mungkin
Untuk persediaan
Pada waktu kelaparan nanti

Kata seorang ulama

Pada waktu dajal menguasai dunia
Orang orang beriman akan berzikir untuk menggantikan makanan

Berdoalah
Kerana doa itu senjata orang orang mukminin

Kita terpilih sebagai umat akhir zaman
Bersangka baik
Kerana setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya

Didoakan kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang teguh imannya
Tidak goyah walau disogok dengan keindahan dunia

Ingatlah
Dunia sementara
Syurga selamanya

Dunia adalah neraka bagi orang orang beriman
Syurga bagi orang yang lalai

Gerun

Persiapkanlah diri
Wahai saudara saudara Islam ku yang dikasihi Allah selalu

:')



Wassalam

22 March 2014

Dunia Tak Kekal

Salam sejahtera ke atas kamu

Aku hairan tengok sesetengah manusia
Sibuk kejar harta
Kejar bagai nak apa
Kekal ke harta dunia?
Alasan untuk jadi harta pusaka
Untuk keturunan

Keturunan itu akan kekal hidup kat dunia ni?
Tak jugak

Jadi untuk apa?

Untung nak berlipat ganda
Masa diguna habis untuk mengejar keuntungan dunia
Alasan kau untuk kebaikan semua
Amal jariah

Tapi kadang kadang aku tengok niatnya macam terpesong

Jadi untuk apa?

Mula mula aku kagum
Tengok kejayaan yang korang ada
Tetapi bosan juga
Asyik show off apa yang ada
Untuk apa?

Alasan salah satu cara melariskan barang

Apakah?

13 March 2014

Girl Dress dan Halfmoon Chiffon Shawl by Liza Couture

Assalamualaikum :)

Have you ever heard about Liza Couture?

Girl dress: 2-3 years old
Liza Couture ni nama aku saja saja bagi untuk mak aku. Hihi. My Mama's passion is menjahit. Puan Mama suka sangat buat dress budak budak. Dia just guna kain kain lebih daripada upah buat baju orang je. Untungla Cikpuan Muda Raudhah ni jadi cucu dia kan. Ada banyak lagi dress yang dia buat untuk Cik Raudhah. Puan Kakak pun tak perlu susah susah beli baju haha. Comel comel ja. Cuma yang ni je aku sempat tangkap gambar.

Halfmoon Chiffon Shawl: Purple

Selain Girl Dress, Puan Mama buat shawl untuk Cik Jenn, anak perempuan bongsu dia ni haa. Eheh. Tetiba aku dapat shawl comel dari Puan Mama. Mama beli kain chiffon ni kat KL, then dia potong ikut panjang and bentuk yang dia nak. Hantar kedai jahit tepi. Potongan panjang sampai boleh tarik jadi macam ala Arab kunun heh.

Material chiffon ni jenis yang jatuh terletak, senang bentuk and tak perlu iron selalu. Memang sesuai untuk orang yang tak rajin iron baju macam aku. Hehe.

Sincerely,
Jenn

Wassalam.