24 August 2015

Prinsip Yang Perlu Ada Jika Mahu Menjadi Seorang Usahawan

Assalamualaikum :)

Ramai yang nak jadi usahawan. Berjuta juta online shop yang ada sekarang. Tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Macam penyanyi. Ramai yang nak jadi penyanyi, berebut nak masuk program realiti tv. Berebut dengan populariti

Namun, jika dalam hati hanya mahu bersaing dan menjatuhkan sesama sendiri. Lupakanlah


Perniagaan itu membuka 9/10 pintu rezeki. Perniagaan itu adalah kerjasama, bukan persaingan. We need to help each other. Bukan menjatuhkan sesama kita. 

Kenapa peningkan kepala fikir bagaimana nak jadi lebih dari orang lain? Kenapa tak sama sama bangun dan berjaya? Dan kenapa perlu bersaing? Can't you just be yourself?

Kedekut.

Kalau kita tak bekerjasama dan asyik memikirkan tentang persaingan, maka kita akan mudah jatuh tersungkur.

Sebagai contoh, Embun jual ABC Mango Lolo dan Kiwi Lolo di gerainya di tepi jalan. Ramai yang suka hingga tak cukup tangan nak layan customer. Di sebelahnya terdapat gerai menjual ABC yang dimiliki oleh Mawar, juga menjual menu yang sama.

Apa salahnya?

Jika kita yakin bahawa kita mempunyai identiti tersendiri, keistimewaan tersendiri, apa perlu kita risau dengan rezeki. Remember, rezeki Allah itu luas.

Daripada asyik memikirkan tentang persaingan, apa kata bekerjasama.

Si Embun boleh mencadangkan pada customernya untuk order Mango Lolo dan Kiwi Lolo pada Si Mawar dek kerana tak cukup tangan untuk melayan customer nya yang ramai, ataupun stok buah kiwi nya telah habis, contohnya.

Si Mawar pula jangan berdengki, buatlah sebaiknya agar Kiwi Lolo dan Mango Lolo nya juga disukai ramai. Si Mawar juga boleh mempelbagaikan resepi ABC nya supaya boleh menarik lebih ramai pelanggan.

Jangan tamak dan cantas rezeki orang. Jadikanlah perniagaan itu satu kerjasama, ukhuwah fillah (katanya), dan juga misi hidup untuk sama sama masuk syurga, sama sama berjaya.

Akhir kata, bekerjasamalah. Maka, hidupmu akan lebih tenang. Lebih tenang kerana sama sama membantu.



18 August 2015

Toyyiban Sushi, Bangi Gateway

Assalamualaikum :)

Bila kakak bagitau yang dekat Bangi Gateway ada sushi, terus aku pergi sebab dah lama mengidam nak makan sushi! Dan lebih excited nak try bila kakak bagitau yang kiosk sushi ni orang Melayu yang buat

Maka, bergigihlah aku ke Bangi Gateway bertemankan adik aku untuk mencuba :D Dekat dengan rumah. Kalau tak, sebelum ni nak makan sushi kena pergi jauh hukhuk.

Halal wa Toyyiban

Korang boleh usha Toyyiban Sushi dengan lebih lanjut di blog , facebook  dan juga instagram mereka ya! 

Honestly, my craving for sushi is satisfied here at Toyyiban Sushi. Memang takde kurangnya dengan sushi jenama lain.

Mix Sushi
For appetizer, kami order Mix Sushi. Ahai! Sedapnya cicah kicap masin and tabur sikit serbuk cili dia :3 

Sushi jagung, sushi udang, sushi seaweed, sushi tuna, sushi telur ikan dan juga sushi ketam. Every sushi is just nice. Sedap!

Salmon Teriyaki Bento
Yay my dinner! Lengkap semua nutrient cukup. Ada buah buahan, sayuran digoreng dengan tepung tempura, nasi and salmon teriyaki :D Yummy! Paling suka daun bayam goreng!

Korean Noodle
My bro's Korean Noodle. Sedap jugak! Macam maggie tapi sihat!

Fried Sushi
Fried Sushi for dessert haha. Banyaknya makan :3 Tuna fried sushi & cucumber fried sushi. 

Ini memang betul betul mengidam punya cerita. Konklusinya, memang berpuas hati dengan rasa Toyyiban Sushi. Harga pun berbaloi dan takla terlalu mahal. Next time nak pergi lagi kalau mengidam sushi.

Till then,
Wassalam.

17 August 2015

Penjagaan Dalaman & Luaran, Prevention dan Treatment untuk Tumit Merekah

Assalamualaikum :)

Aku ada masalah tumit merekah yang agak teruk. Dan aku perasan rekahan jadi makin teruk bila berdiri lama sebab kita dah bagi tekanan pada tumit dengan berat badan kita. Eheh

And tumit yang merekah tu bertukar menjadi kehitaman kesan kotoran yang kita pijak. Buruk sangat rupa dia. So, aku pun google some tips yang boleh dibuat untuk mengelakkan masalah ni jadi makin teruk. 

Banyak je tips yang boleh dicuba. 

1. Inner: Drink enough water

Tumit merekah petanda kulit kering. Ini disebabkan badan tak cukup air. So, solution nya kenalah minum air yang cukup. Mengikut kata kata Prof Dr Muhaya, tips minum air yang cukup adalah, drink one sip of water in every 15 minutes. Satu teguk setiap 15 minit. Kalau minum sikit sikit macam ni tak perlu bersusah payah nak paksa diri minum 18 gelas air sehari kan?

Minum air putih secukupnya ibarat menyiram organ organ kita dengan air supaya organ sentiasa segar dan sihat. Macam pokok, nampak segar dan hijau bila disiram dengan air. Hee macam tu lah organ kita. And skin is our largest organ :)

Dan satu benda yang aku perasan bila consume Eskayvie Ammarawhite. Tumit kaki tak merekah dan rasa lembut je. Mungkin khasiat yang ada dalam produk ni menggalakkan aku minum lebih banyak air dan membantu restore kandungan air dalam badan. Great!





2. Prevention: Pakai selipar/stokin sentiasa

Kenapa tempat rekahan tu bertukar jadi hitam? Sebab kita dah pijak banyak kotoran, Dekat lantai, selipar/kasut yang kita pakai. And lantai simen yang sejuk menerukkan lagi keadaan tumit kita. Ohoi!



Maka, gunakanlah selipar tido or stokin dalam rumah. Boleh melindungi kaki daripada kotoran dari luar mahupun dari dalam rumah. Prevention is better than cure.

3. Treatment: Soak, scrub & massage

Indahnya rasa jika dapat buat foot spa! Boleh je buat sendiri kat rumah. Rendam kaki dalam air suam. Titikkan sedikit minyak zaitun or essential oil dalam air suam tu. Aku takde essential oil so gunakan je apa yang ada kat rumah ni, iaitu serum Eskayvie Hydralisse (lol pakai serum muka kat kaki pun boleh) and also minyak zaitun Safi untuk rambut. Haha Wangi~



Then, urutlah tapak kaki biar khasiat yang terdapat dalam essential oil kita tu meresap masuk ke dalam kulit. Berendamlah kakimu dengan air suam bersama essential oil selama 10-15 minit sambil membaca buku fixi bertajuk SUSPEK by Inawza Yusof. Best cerita ni, aku memang suka baca cerita misteri dan penyiasatan.



Lepas tu, bila daki dah kembang bolehlah menggosok kaki dengan scrub susu kambing Puteri Binari. Gitu! Haha macam tadi jugak, gunakan apa sahaja yang ada dirumah. Dengan mengscrubbing, maka tanggallah kotoran kehitaman di kaki. Kalau buat sekali memang akan ada lagi yang tak tanggal, formulanya kena buat selalu. Hehe.



Keringkan kaki, then bolehlah sapu losyen khas untuk tumit merekah Ellgy! Urut tumit dengan losyen hingga losyen tu meresap dalam kulit. Pakai stokin dan tido!



Bendanya kena rajin buat. Kalau dah balik kerja tengah malam kau fikir aku bergigih lagi nak foot spa bagai haha. The key is your time management ;) wink! Kita cerita pasal tu di lain hari pula sebab aku memang ada masalah dengan my own time management. Sigh.

Till then,
Wassalam.