27 December 2016

Movie Review: Assassin's Creed (2016)

Assalamualaikum

Today, I'm gonna write about this new movie! Assassin's Creed ialah satu kumpulan yang diupah oleh Sultan Muhammad untuk melindungi Apple of Eden katanya. Templar, satu organisasi yang memperjuangkan hak manusia kononnya nak membasmi keganasan. Kiranya Templar sedang cuba untuk merampas Apple of Eden, yang dipercayai dapat digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.



Watak utama dibawa oleh pelakon yang memegang watak Magneto dalam cerita X Men, Michael Fassbender. Tapi Magneto yg muda tu. Nama watak utama ialah Callum Lynch.

Assassin ni dah wujud zaman nenek moyang Cal. Kiranya Cal ni adalah susur galur keturunan assassin. Nenek moyang dia dah bersumpah akan melindungi Apple of Eden tu dengan darah. Jadi, darah yang mengalir dalam tubuh Cal tu juga turut bersumpah secara automatiknya (pun boleh).

Cal ni masa kecik dulu dia nampak sendiri Ayah dia bunuh Mak dia. Ayah dia pun Assassin. Masa tu bila orang orang Templar ni sampai kat rumah Cal, Ayah Cal suruh dia lari. "Run, son! Lives in the shadow!". Masa tu Cal simpan dendam kat Ayah dia sampai la dia besar. Dia hidup sebatang kara.

Selepas 30 tahun, cerita ni terus bawak kita ke babak dimana Cal dah ada dalam penjara. Menunggu hukuman mati sebab dah bunuh orang secara sengaja. Masa tu la Dr Sophia Rikkin selamatkan Cal and bawak Cal ke tempat penyelidikannya.

Sebenarnya Dr Sophia ni ada agenda tersembunyi dengan Ayah dia. Diorang sebenarnya nak gunakan Cal untuk dapatkan Apple of Eden tu. Sebab nenek moyang Cal je yang tahu kat mana dia simpan. Macam mana dia gunakan Cal? Haa korang kena tengoklah :p

Dipendekkan cerita, Dr Sophia dan Ayahnya ni rupanya orang orang Templar jugak. Akhirnya diorang dapat tahu dah kat mana Apple of Edden to berada sekarang. Nenek moyang Cal serahkan pada seseorang yang kita biasa sangat dengar nama dia. Kenalah tengok kalau nak tahu. Haha.

Bagi saya, cerita ni part lawan lawan dia tak bosan. Best! Siapa yang suka main game tu mungkin akan excited la nak tengok cerita ni kot. Macam Warcraft, movie ni adaptasi daripada Game yang korang main kat komputer tu. Apa orang panggil? DOTA (kot). Seperti Warcraft, cerita ni memuaskan hati. Bila compare dengan Doctor Strange, Assassin's Creed lagi best kot.

This movie is predictable. Boleh agak la Dr Sophia, Ayah dia dan orang orang kat pusat penyelidikan tu Templar sebab muka ada yang sama. Lagi part predictable dia ialah cerita ini pastinya ada sambungan. Haha. Sebab ending dia tak habis cerita and banyak cerita dia belum ceritakan.

That's all. Till we meet again.
Wassalam.


20 December 2016

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Books Review: Imaginasi by Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum :)

Saya memang peminat novel novel thriller Ramlee Awang Murshid. Paling suka baca kisah Laksamana Sunan, Tombirou dan semualah. Love sangat ending ending cerita yang ditulis oleh penulis berbakat besar ni.

But, ending cerita ni saya tak suka. Perasaan tak suka tu sama macam tak suka ending novel Raudhah oleh penulis yang sama. Why? Because rasa macam tengok drama Indonesia Bawang Putih Bawang Merah cerita panjang kemain rupanya last last mimpi.

What? I is kecewa.


Dalam novel ni, ada banyak watak. Suhaila, anak tunggal Alang Kassim yang dipercayai membela saka harimau. Kamil, banduan yang jatuh cinta pada Suhaila dan nak tolong Suhaila buang saka tu. Hafiz, anak kepada Suhaila, terpisah dari ibunya sebab ibunya dituduh tak siuman dan membunuh ayahnya. Citra, gadis Indonesia yg dicintai oleh Hafiz. Abam, lelaki lurus bendul yang bekerja dengan Pak Budin. Juita, anak Pak Budin yang sangat disukai oleh Abam. Mandur Sarip, orang kepercayaan Alang Kassim yang diberi amanah untuk menjaga Suhaila.

Actually, that harimau is not saka. Itu mak kepada Suhaila, isteri Alang Kassim yang telah menerima akibat menderhakai kedua orang tua nya disumpah menjadi harimau selepas melahirkan Suhaila. Suhaila, Hafiz, Mandur Sarip, Abam dan Kamil berlayar ke pulau tempat asalnya ibu Suhaila, Dang Chanden untuk meleraikan sumpahan tu supaya dia boleh jadi manusia semula. Pelayaran tu berbaloi kerana orang tua Dang Chanden akhirnya mengampunkan Dang Chanden dan bertukarlah dia kepada manusia semula.

Ok, that is the happy ending. Buttt, yang I tak suka ini hanya cerita novel je. Means, cerita dalam cerita. Kecewa kite :(

Mungkin review lain kata novel ni sangat best. Ya, memang best. Tapi bila ending dia rupanya cerita dalam cerita, I cannot accept :(

Rupanya Abam ni tak lurus bendul. Dia sebenarnya novelis, berpura pura jadi lurus bendul sebab nak menjiwai watak dalam novel terbaru dia dan novel tu hadiah untuk Juita.

Ok, I kecewa sangat. Cause I tought that cat people in this story is real. I mean it is real in this story.

Done review,
Till we meet again on my next book review.
Wassalam.


18 December 2016

Movie Review: The Prestige (2006)

Assalamualaikum :)

It has been a while I didn't watch a movie, So, today I want to review about this interesting movie that can leaves you a lot of "Oh tak sangkanya!". I like this kind of Oh-tak-sangkanya-ending-dia-macam-ni movies because it is unpredictable. Yang susah diteka. Yang banyak tanda tanya. Yang "tak fahamlah ending dia" lepas tu tak sibuk nak pening fikir biar je lah ending dia macam tu.



Dibintangi oleh pelakon kesukaan saya iaitu Hugh Jackman membawa watak seorang lelaki bernama Robert Angier, seorang ahli silap mata yang bersungguh sungguh compete dengan seorang lelaki bernama Alfred Borden (Christian Bale), yang juga seorang ahli silap mata terkenal. Pada mulanya 2 orang lelaki ni bekerja bersama sama as an assistant kepada ahli silap mata yang lebih senior. Isteri Robert Angier juga salah seorang assitant ketika tu. Sambil bekerja, diorang belajar ilmu silap mata/timba pengalaman from that magician sehinggalah sesuatu tragedi berlaku.

Semasa pertunjukan, Robert and Alfred ni akan berpura pura menjadi penonton. Then, bila magician tu minta volunteer, diorang dua ni lah yang akan dipilih. Setiap kali pun macam tu. Isteri Robert, Julia dah memang ada kat atas pentas dengan magician tu. So, magician ni akan minta Robert ikat tali kat kaki Julia, manakala Alfred akan ikat tangan. Julia akan diangkat tinggi and dijatuhkan dalam kotak kaca yang ada air tu dan diberi masa 1minit kot untuk escape. Tapi, malangnya malam tu Julia meninggal dunia sebab tak dapat bukak tali yang diikat pada tangan Julia.

Robert tanya kat Alfred

"Which tie you knot?", asked Robert to Alfred.

"I don't know", jawab Alfred.

Masa ni lah Robert simpan dendam dekat Alfred atas kematian isteri dia. Lepas tu, Alfred dah tak kerja dengan diorang sampailah Alfred ni menjadi seorang ahli silap mata yang terkenal. Bila Robert dapat tahu, mulalah dia rasa tercabar. Nak jugak jadi macam Alfred. Diorang pun compete la sampai cerita dia Alfred masuk penjara sebab dituduh bunuh Robert, tapi Robert sebenarnya hidup lagi.

Masa hukuman gantung Alfred, Robert yang orang sangka dah mati muncul masa hukuman gantung tengah dijalankan. Robert masuk bilik bawah tanah bangunan tu mungkin disebabkan dia nak pastikan Alfred tu mati (tak faham jugak sebenarnya part ni). Sekali cuba teka siapa muncul?

Alfred yang muncul! Goshhh. Kat sini barulah faham kenapa Alfred jawab "I don't know" masa Robert tanya "Which tie you knot?". Rupanya Alfred ada twins yang sama sama buat shows dengan dia selama ni cuma kita langsung tak perasannnn. Sepanjang show, Alfred ada assistant, nama dia Fallon. Rupanya Fallon ni menyamar pakai beards janggut spectacles ape semua. And yang paling pentingnya, diorang dua akan sentiasa bertukar watak. Sekejap Alfred jadi Fallon, kejap Fallon jadi Alfred.

Even isteri Alfred, Sarah pun tak tau dia ada twins sampaikan Sarah selalu rasa yang Alfred ni betul betul sayang dia, kejap dia rasa tak. Pastu ingatkan Alfred ni curang, tapi rupanya satu lagi tu yang bercinta dengan Olivia. Even Olivia pun tak tau pasal ni. Aduhai, sia-sia Sarah pergi bunuh diri.

Complicated sangat cerita ni sampai aku confuse mana satu jahat ni sebenarnya. Sebab mula mula ingatkan Alfred tu yang jahat. Tapi Robert jahat jugak sebab dia bukan nak tuntut bela sangat kematian isteri dia. Diorang ni masing masing nak "Prestige" tu. Prestige ni ialah perasaan WOW bila semua audience tepuk tangan sambil berdiri tanda suka dengan tricks yang ditunjukkan.

Macam tu lah cerita dia. Cerita ni berlatarbelakangkan awal tahun 1900an dan ditayangkan 10 tahun lepas. Masa ni Hugh Jackman and Scarlett Johanson (Olivia) muda lagi kan. Masa tu umur saya 15 tahun mana ada tengok movie sangat. Kenal pelakon pelakon ni masa tengok Wolverine and Avengers je. Tak rugi tengok cerita ni sebab tricks magic dia macam tak masuk akal and sedikit ngeri.

Okay, dah tu je. Selamat menonton :)




17 December 2016

9 Sebab Hati Tak Bahagia

1. Pendendam
2. Hasad dengki
3. Bakhil
4. Pemarah
5. Tidak sabar
6. Ego
7. Tamak
8. Riak
9. Cintakan dunia


15 December 2016

Hard Time

2016 taught me a lot of lessons.
2016 is the worst year I have ever had.
15 days until a new year and I pray that I'll do something to make a change.
1001 better changes.

InsyaAllah.

11 December 2016

Cara Menjimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

Assalamualaikum :)

Hai, seperti kita tahu minyak masak dah naik harga. Haaa siapa yang suka sangat masak guna minyak banyak tu mesti terkesan dan kecewa kan? Jadi, harini saya nak karangkan sedikit tips untuk menjimatkan minyak masak di rumah.



1. Tumis dengan menggunakan minyak yang sedikit

Disiplinkan diri anda supaya hanya menggunakan 2 sudu besar minyak masak untuk menumis bahan seperti bawang, halia, serai dan lain lain. Gunakan api yang perlahan untuk mengelakkan cepat hangus. Kalau dirumah, tak mungkin kita selalu sangat masak dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, 2 sudu saya rasa dah mencukupi untuk menumis. Menurut pemerhatian, orang yang suka tumis menggunakan minyak masak banyak ni memang susah nak kurus.

Di samping menjimatkan minyak masak, kita juga boleh mengawal pengambilan makanan berlemak. Bagi sesetengah individu, 2 sudu minyak tu terlalu sedikit dan menyebabkan makanan tu tak sedap nanti. Hmmm makanan sihat memang kurang sedap.

Pililah, nak gemuk ke nak sihat?



2. Menggoreng dengan menggunakan frying pan yang tak perlu guna minyak

Housemate saya ada frying pan yang jenis tak melekat. Gift dari COWAY. Memang best pan tu. Sebab, saya goreng french fries sikit pun tak guna minyak. Nugget tempura dan burger patty pun sikit pun saya tak letak minyak semasa menggoreng. Sebab lemak daripada nugget and burger tu yang mencair menjadi minyak. So, tak perlu dah nak letak minyak lagi.



Yang paling best, tak melekat langsung. Frying pan jenis ini memang terbaik! Jimat minyak sangat sangat. Bukan setakat jimat, memang tak guna langsung pun minyak. Oleh itu, masakan anda menjadi lebih sihat dengannya.



3. Kurangkan memasak makanan bergoreng

Haaa ini tips paling mudah untuk jimatkan minyak masak. Tukar cara pemakanan. Kurangkan makanan bergoreng.

Kalau kita search resipi kat internet memang banyak sangat resepi makanan yang dimasak secara mengukus (steam) dan bakar/grill. Cara masakan begini kurang menggunakan minyak masak atau memang tak guna minyak langsung pun. Begitu mudahnya untuk jimat minyak. Sedap pun sedap!

Done share 3 cara menjimatkan penggunaan minyak masak di rumah. Kalau di kedai, saya kurang tahu sebab takde pengalaman berniaga menggunakan minyak masak yang banyak. Tapi kalau makan di kedai memanglah berminyak minyak makanannya.

Kesimpulannya, pilihlah cara yang lebih sihat dan baik untuk kita dan poket kita.

Sesiapa yang ada cara tersendiri bolehlah share diruangan komen. Mana tahu saya pun boleh cuba ;)

Till then,
Wassalam ❤



10 December 2016

365 Days Daily Planners Giveaway by Luqman Zakaria

Assalamualaikum :)

Hi, saya memang sukakan planners! Ternampak pulak Giveaway ni, apa lagi jom join!


Klik banner untuk join :)

Till then,
Wassalam❤



9 December 2016

Cantiknya warna beads baru PULSERA MY!

Assalamualaikum :)

Dengan adanya sedikit modal, dapatlah saya menambah warna warna baru manik untuk bracelet saya. Gembira tak terkata dan tak sabar nak tunggu parcel sampai!

Memang dah lama cari manik warna pastel dan lembut. Kalini saya pilih material daripada pearl. Saya pilih tiga warna iaitu Ivory, Chrysolline dan Purple.




Cantik kan warna warna ni. Saya baru nak cuba tiga warna ni untuk PULSERA next collections! Tak sabar rasanya sebab kena tunggu 4 hari. Public holiday kat Selangor sampai Selasa tau. Siapa tinggal kat Selangor? Sep sikit!

Selamat bercuti saya ucapkan pada yang bercuti. Dengar kata, TBS penuh sangat. Dah macam pasar. Mesti student semua berebut nak balik kan?

Apepun, saya cuti hari Isnin je sebab Isnin dah memang off day saya. Takpela tak cuti panjang macam orang lain. Hihi.

Bagi yang sukakan bracelet, follow IG @pulsera.my tau! Nanti jangan pulak terlepas update. Kalau saya nak buat CONTEST Komen & Menang agak agak ada tak yang nak join? Nak buat dekat blog ke dekat Instagram eh?

Bagi pandangan sikit ;)

Till then,
Salam Jumaat ❤


7 December 2016

Saya Jual Top Cantik Cantik

Assalamualaikum 😊

Hai ☺ Jom usha IG saya @syeqa.my. Saya jual banyak top top lawa yang tengah trending sekarang. Ramai saya tengok orang pakai top especially fashion tangan besar besar macam Saloma tu kan. Ehee.


Printed top dan plain palazo ni antara baju yang saya jual di @syeqa.my. Sepasang ni hanya RM60 je. Murah kan? Tapi yang ni dah SOLD OUT.

Jom jom usha baju yang saya jual di IG saya 😙 Don't forget to follow. Terlepas update baju baju baru nanti jangan menyesal 😁

Till then,
Wassalam ❤


2 December 2016

Cuti 2 hari

Assalamualaikum :)

Hai, saya kini berada rumah parents. Saya ambik cuti 2 hari to spend my time with my family 😙😚 Pagi nak ikut pergi hantar adik bongsu register new semester di UiTM Raub dan lepas tu terus balik kampung di Batu Gajah, Perak. Tak sabar rasanya sebab nak jumpa Chigebu gedik saya tuu.

Hari Sabtu pulak Mama nak bawak jenjalan. Tak sure la kemana tapi yang penting nak makan! Haha. Batu Gajah is 30 minutes from Ipoh. Mungkin juga nak pergi Sri Iskandar. So, apa yang menarik di Ipoh dan Sri Islandar, kome?

Adik yang seorang lagi plan nak ke MAHA tapi saya dengan Mama tak ikut. Siapa dah pergi MAHA? Semalam first day kan? Mesti ada banyak makanan 😗


Nak bagitahu, ini first gambar yang saya snap guna phone Samsung Galaxy J2 Prime yang saya baru je beli. Front camera dia bisa membuatkan wajahku flawless. Ini tidak patut sebab tengok cermin muka tak flawless. Jangan mudah terpedaya ya dengan sekeping gambar. 😥

And I'm wearing bracelet by @pulsera.my (instagram) 😉

Till then,
Wassalam 💕


1 December 2016

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

Assalamualaikum :)


Klik banner kalau nak join.

Good luck!

Dugaan phone rosak

Assalamualaikum 😊

Setelah 2 tahun guna phone ASUS Zenfone 4.5, akhirnya dia mati juga. Itupun memang dah selalu sangat hang dan terpadam sendiri baru baru ni 😣

Banyak benda/kerja penting dalam phone tu. Whatsapp/Telegram untuk kerja. Instagram pun guna untuk kerja. Hmmm. Lama dah bersabar dengan karenah dia 😪

Saya ada satu lagi phone yang kecik. Samsung Galaxy Neo Pocket. Phone ni sesuai untuk guna Whatsapp/Telegram je. Bila install apps lain, for sure dia akan crash dan slow. Memang tak boleh la nak buat kerja 😟 Tambah pulak dengan screen dia yang dah tak sensitif. Stresss dibuatnya!

Sekarang memang saya kesempitan. So untuk dapatkan phone baru, saya terpaksa pinjam duit kawan dan family. Memang perlu sangat memandangkan esok nak balik kampung. Huhu.

Mulanya, phone ASUS tu saya tanya kat amoi tu apa yang rosak. Katanya motherboard 😭 Hmm memang rugi la kalau repair. Baik beli baru je.

Bajet saya ada RM500 je. Memang nak beli yang biasa biasa tapi boleh guna untuk kerja kerja kat IG dan WhatsApp. Atas nasihat lelaki kecintaan, dia syorkan ambik SAMSUNG Galaxy J2 Prime tu sebab spec dia better than lain yang harga sama 😊

Thanks to kawan kawan yang tolong aku harini 😓 Rasa sangat terharu bila diorang tolong. Family and lelaki kecintaan pun, thanks! Huuu. ❤

Lots of love 💕
Wassalam.


30 November 2016

Panduan Ringkas Solat Sunat Rawatib

Assalamualaikum 😊

Scrolling my Twitter and I found this picture. Satu gambar ringkas mengenai panduan solat sunat rawatib. Solat sunat ini InsyaAllah akan melengkapkan atau menampung lubang lubang ketidaksempurnaan semasa kita menunaikan solat fardhu.


Dengan adanya gambar ni, lebih mudah untuk kita faham dan ingat kan? Kalau saya diberi teks panjang panduan memang saya takkan ingat. Saya tahu ramai yang macam saya sebab tu saya share dekat sini. 😆

InsyaAllah, sama samalah kita cuba buat sebab solat sunat ni salah satu bentuk sedekah. Seperti yang Nabi Muhammad saw sabda, baginda melihat kaum perempuan yang paling ramai dalam neraka. Baginda menyuruh kaum perempuan perbanyakkan istighfar dan sedekah.

Renung renungkan dan selamat beramal 💜 InsyaAllah 

Till then,
Wassalam ❤


27 November 2016

Pengalaman Menjadi Sebahagian Krew Event

Assalamualaikum 😊

Sejujurnya, saya memang tak suka crowds. Kemungkinan untuk saya ke event besar macam pergi ke pesta yang dibuat secara besar besaran memang enggak akan mungkin deh. Haha ya, seorang introvert memang perangai dia macam ni. Kurang gemar nak pergi tempat ramai orang especially bersesak sesak ni.

So, nak dijadikan cerita last week on 19-20 November 2016, saya ialah sebahagian daripada krew untuk satu event yang tak la sebesar Mode Republik whatsoever, tapi memang ramai yang akan pergi and pada hari kejadian tu memang ramai sangat hahaha.

Organizer event ni ialah boss tempat saya bekerja sekarang. Konsep event ni ialah preloved. Bila preloved kita tau yang barang-barangnya adalah barang terpakai. Ada yang memang pakai sekali dua je contohnya macam dress semua tu kan.

And kalini boss buat Nothing Above RM50. Imagine la, handbag yang berjenama macam Charles & Keith diorang jual dengan harga yang murah je. Blouse/Top RM19. Kasut pun ada harga RM19. Aksesori semua memang jual harga murah. Mana tak madness semua orang. Haha. Nama event pun Preloved Madness Sale.

Krew ada 80+ orang semuanya termasuk saya dan Iffah ( saya dan Iffah staff butik boss). First time terlibat dengan event ni memang penat dia tak boleh blah. Saya dan Iffah yang sekejap ada sekejap takde kat event ni pun rasa penat (sebab kena jaga butik jugak), apatah lagi boss. Kesian kat boss. Alhamdulillah dengan kerja keras dia, everything went well.

Kalau event, of course kena pergi awal balik pun lewat. Bila dah sampai rumah, tak terkata penat dia. Sampai harini pun terasa lagi penat dia. Heeee.

Even sebulan sebelum event dah busy dengan preparation. Kena sediakan price tag sebanyak 100,000 item. Banyak kan? Tu lah dia pengalaman. Bila tengok orang pergi event tu, happy je diorang sebab dapat beli banyak barang dengan harga murah. Yang menariknya lagi, bukan orang orang muda je datang. Makcik makcik pun ada. They spent about RM200 la seorang. Makcik gigih :')

Bila customer happy, crew yang join pun happy sebab barang diorang habis semua terjual. Tak pernah terfikir kan barang preloved pun dapat sambutan yang begitu menggalakkan. Bagus betul idea boss kite ni.

Selepas event pulak, bertungkus lumus asingkan tag ikut code setiap crew sebab nak buat sales report untuk setiap orang. Masing masing pun dah sakit belakang sakit badan sakit sana sini. Haha 😆 

Sampai saya hari hari pun masuk tido awal sebab nak baring tak larat nak duduk 😂 Apapun, bersyukur sangat sebab dah settle. Alhamdulillah.

Bak kata bos, bila dah niat nak tolong orang habiskan stok stok butik yang off seasons, InsyaAllah akan berhasil bila kita usaha atas nama Allah. Bila dah niat nak gembirakan orang yang dapat beli barang berjenama dengan harga mampu milik, insyaAllah akan dipermudahkan.

Konklusinya, event macam ni memang antara yang terbaik lah yang pernah saya jumpa. Sebab dia ada elemen 'charity' disitu. And event ni ada setiap tahun, boleh follow IG @prelovedmadnesssale untuk tengok kegilaan orang yang datang 😆😆😆

Till then,
Wassalam ❤

Tak boleh buka Dashboard Blogger

Assalamualaikum :)

Hmm Blogger dah update features. Saya baru je buka. Tapi, masalahnya saya tak tahu nak ke Dashboard macam mana. You all hadapi masalah yang sama ke dengan saya? Or memang saya sorang yang macam ni?

Dah tekan icon Blogger pun dia still bawak ke Posts. Then, saya tak boleh nak baca update terbaru dari you all.

Frustating. Nak try buka dekat laptop tapi keyboard laptop rosak so tak boleh log in.

Ada sesiapa yang boleh tunjukkan saya cara nak pergi Dashboard Blogger?

Saya bosan. Ingat nak baca penulisan dari Bloggers, tapi tak boleh ke Dashboard pulak.


Muka bosan 👆


14 November 2016

When life get tough..

Assalamualaikum wbt

Hidup ni penuh likunya. Terasa sangat likunya sekarang :) I admit. Start daripada awal tahun 2016 ni, memang banyak benda yang jadi.

Sesungguhnya, rancangan Allah lah yang terbaik. I know, dia tak bagi apa yang kita minta sekarang. Ada hikmahnya.

So, I know I just need to move on think positive, berdoa banyak banyak. Teruskan berusaha. Jangan give up.

And rezeki tu bukan datang dalam bentuk duit je. You must believe in yourself. I must keep walking.

I am not alone. Ada je tangan yang membantu. Yang menceriakan hari hari aku dengan hanya membuatkan aku ketawa. Special thanks to my parents and brothers yang selalu tolong. Special thanks to my boyfriend yang selalu ada :')

Special thanks to my ladyboss and kawan sekerja yang memahami. Housemates yang ceria. Dan semua ni Allah yang bagi and He is always with me :')

Always be positive, smile and move on ❤

Till then,
Wassalam


11 November 2016

Me & my PULSERA story

Assalamualaikum :)

So, I've started my small business which I named it as Pulsera. I sell custom made bracelets yang ada Charms dan Gemstones & Rhinestones beads yang berkilat kilat.


Let me show you bracelets that I've made.

Masa mula mula nak buat haritu ada some items yang tersalah beli. Contohnya macam threads dia. At first, beli threads yang macam fishing lines tu tapi tak sesuai and tak stretchable. Susah pulak nak masuk kat tangan.

Then, cari punya cari terjumpa Toggle Clasp ni. Selalunya, orang gunakan Crab Clasp, tapi Crab Clasp ni susah nak pasang sendiri. So, tak best.

Bila guna Toggle Clasp, bracelet nampak tak kemas sebab simpulan threads are too abvious. I'm giving up! It takes me a week or two to start beading again. XD

Watched some Youtube videos on how to make DIY bracelets, I found that wire threads are the most suitable for Toggle Clasp. Just twist twist hujung wayar and Toggle Clasp tu dah kemas dah rupa dia :)


Lepas tu, wire tu jenis tak berkarat walaupun dah kena air banyak kali! Awesome ❤ Dah boleh bagi kat instafemes for gift review kan ;)

Lepas ni nak beli banyak lagi beads yang colourful biar lebih banyak choices. Sekarang da 2 warna ni je. Ok la untuk permulaan kan.

Bagi yang suka dengan handmade bracelet ni bolehla follow @pulsera.my for updates! 


Adios!
Wassalam

6 October 2016

I am forever His

Assalamualaikum :)

"Jangan terlalu mengharap pada manusia"

Satu ungkapan yang sering kali kita dengar. Juga kesilapan yang sering kita lakukan.

Yes. Do not expect something/someone to make us happy. Happiness comes from within.

Ya. Jangan harapkan balasan daripada orang walaupun kita dah tolong dia macam macam.

Bilamana yang terjadi pada kita tu tak seperti yang kita harapkan kita akan frust. Kecewa. Lalu, menyalahkan orang lain. Kita akan tuding jari kat orang lain. Kan?

"Actions speak louder than words"

Bilamana janji yang ditabur tak semanis perbuatannya, tetap juga kita menuding jari pada manusia.

Sedangkan pengharapan itu hanya layak disandarkan pada Allah swt, Tuhan Yang Satu.

Sedarlah. Semua yang kita ada didunia ni hanyalah pinjaman. Malah, orang yang kita sayang dan menyayangi kita juga adalah pinjaman. Tidak kira baik atau kurang baik pun seseorang itu, ia tetap pinjaman.

Then, expect something good only to Allah swt. Benarlah bahawa doa itu senjata orang Muslim. Everything kita nak, mintaklah padaNya. But, be careful with what you wish. Because, tak semua yang kita suka adalah baik untuk kita. Sesungguhnya, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Tiap hari, mohonlah apa yang terbaik untuk kita. Bukan asyik meminta apa yang kita suka.


Through ups and downs in my life, Allah swt always with me. I am forever His.

Till then,
Wassalam ❤

15 September 2016

Me and my Mary Kay story: Super sensitive skin

Assalamualaikum :)

Back then. I have super sensitive skin, acne breakouts and reddish skin. I have tried many types of product but none of them are suitable for my skin. Until I met Dr Nazirah, she is a veterinary doctor and my Mary Kay consultant!

I am glad I met Dr Nazirah hihi. After analysing my skin type, she suggest to me not to apply any product for a month. She called it as face detox. Cuci muka dengan air je. No facial cleanser, no toner, no moisturizer. Nothing! Mula mula memang rasa tak bersih je muka.

But, Dr Nazirah give me this untuk try seminggu.

Google image

Facial cloth ni kita guna untuk cuci muka. Buang minyak dan kotoran kat muka. Antara kegunaan lain facial cloth ni ialah as make up remover. Dia macam wet tissue tapi tak wet. Dia kering. Masa nak bersihkan muka tu, kena basahkan facial cloth ni dengan air.

Untuk sebulan pertama face detox tu, memang saya tak guna apa apa pun kat muka. Kecuali loose powder Ronasutra je, Even cream apa apa pun takde letak kat muka. Bare face je. Bila dah lepas sebulan, Dr Nazirah analyse balik keadaan kulit saya. Pastu dia kata dah kurang merah and makin clear.

Saya tak sangka pun yang face detox ni berkesan. Tak pakai apa apa pun muka dah semakin ok. So sebenarnya, kulit kite memang sensitif dan tak boleh guna sebarangan produk. I started my face detox since Mac 2016 until May 2016. Bulan 5 haritu even muka dah ok tapi kulit jadi kering. So bila pakai loose powder, dia jadi berkepok kepok gitu. Tak rata bedak kite,

Then, Dr Nazirah bagi kita try sampel Oil Free Hydrating Gel (OFHG) ni :)

Google image
Yang ni memang best gilerrr! Hydrating sangat! Sejak pakai yang ni muka tak kering sangat dah. Always lembab tapi tak berminyak.Nak kata jadi flawless tak la. Tapi bila ade acne breakout, parut tu cepat kering and pudar :) Dah guna sejak May 2016 haritu sampai sekarang.

And tadaaaa...

Bear face dan takde filter

Tak flawless, masih ada bekas bekas parut. Tapiii.. alhamdulillah dah tak merah merah sangat :') Syukur~ Setakat ni guna dua benda tu je, facial cloth & OFHG. Benda lain dah tak berani nak letak kat muka yang sensitif sangat ni.

So, untuk yang ada sensitif skin like me, give it a try BUT consult lah dengan consultant berdaftar Mary Kay dulu :) 

Till then, to be continued jika rajin
Wassalam.



11 September 2016

Salam Aidil Adha 1437H

Assalamualaikum :)

It's been a while since my last post. So, today is Hari Arafah. Dah masuk dah waktu mustajab doa. Doa lah banyak banyak. Mintak kebaikan dari pukul 5 pm hingga 11 pm nanti. InsyaAllah.

Satu satu nya doa yang aku mintak paling banyak. Moga Allah jadikan aku seorang yang lebih tenang. I don't know why I have to be super sensitive and I tend to hurt people around me often.

I pray that I can change to be a better person, orang yang tenang walaupun dugaan seberat mana menimpa. Susahnya nak istiqamah berubah. Jenis kuat cemburu pulak tu.

Nobody likes that. I really need to learn how to control my emotions. I need some distractions so that I would not be too attached to something.

Piqa, please change to be better. Strive to be orang yang tenang.  Always bertenang. :')

Moga Allah membantu saya.

Salam Aidil Adha bagi yang menyambut raya esok :) Harini masih kerja, esok pagi pagi baru gerak balik kampung. Pulut kuning, rendang ayam, rendang tok menanti tu.

Till then,
Wassalam.


24 August 2016

It's been a while

Assalamualaikum :)

It's been a while since my last post. Bukan busy dengan kerja sebab kerja tak busy pun. Hihi. Busy tengok drama korea Oh My Venus je. Of course kena tengok sebab my favourite actor, Seo Ji Sub yang berlakon :) Love sangat!

Tahun ni banyak lessons of life yang aku dapat. Daripada awal tahun lagi dah macam macam jadi. Sekarang pun dah nak habis bulan Ogos. Cepat kan masa berjalan.

Berbanding tahun 2015, tahun ni tak kemana pun. And aku rasa plan nak pergi Kundasang dengan lelaki kecintaan pun mungkin aku terpaksa tangguhkan. Since I have so many other important things that need to be done.

And buat masa ni aku terpaksa ber'puasa' daripada tengok wayang to save money. Eheee. What? That is my hobby. My hobby is watching movie. We are born to be different. If your hobby is to attend seminars on weekend/off day, it's up to you. I don't give it a damn. We are different and we have our own ways to deal with stress :P (If you are reading this, that's good for you. I am not a workaholic like you. I am france type of people). And also, we have different kind of passion. I am not wrong and you are not always right.

I need to save more money, and I need to gain more money from side income. I believe I can do it.

Above all this, I am grateful to have my family, friends and lelaki kecintaan (mereka ialah anugerah Allah yg dipinjamkan) that always be there to support me. My housemate and roommate are so nice to me and I really love my job. I love this new surroundings.

Pagi pagi before pergi kerja, pergi bersenam kat taman sebelah rumah. Dulu mana ada peluang nak bersenam macam ni. I have plenty of time for myself. (Of course I need it, I am still single and I am happy. Kau kawen awal kau diam).



We, are born to be different. We, have different kind of live, We, have different journey. Don't simply judge others ok? I think, you need to improve yourself, too. Tolong audit diri sendiri and berhenti tengok kain orang ya :) I am glad if you read this. You know who you are.

I am in a long distance relationship kind with my lelaki kecintaan. Selalu merajuk dan tak memahami dia. What I learned selepas bergaduh dengan dia, kita tak boleh biarkan hati kita terlalu attached dengan orang yang kita sayang. Kita masing masing nak ada masa sendiri.

All of the jealousy, the overthinking thingy. Argghh. No one can escape from it. But, please endure. It is hard you know, looking at other couple yang selalu berjumpa. Pray for the best. Allah is listening to you.

The conclusion is at the end of your life, you have only yourself. Make sure you have done the best thing in your life before Allah takes you back.

Till then,
Wassalam.


11 August 2016

Dialah Di Hati by Siti Nurhaliza (Syafiqa Sing)

Assalamualaikum :)

Siapa minat kat Dato' Siti macam saya? Angkat tangan sikit! Heee. Pada satu petang haritu, saya habis kerja awal sejam sebab ladyboss suruh hantar parcel ke poslaju. Jalan dah mula jem dalam Bangi. Sementara tunggu traffic light yang banyak di segenap pelusuk Bangi, mulalah mood nak nyanyi tu datang. Siap record!


Terimalah lagu sumbangan saya untuk hari ini. Dialah Di Hati by Siti Nurhaliza berlatarbelakangkan bunyi signal kereta. Hihihi.

Here's the lyrics.

LIRIK DIALAH DI HATI BY SITI NURHALIZA

Bisikan sang bayu
membawa perkhabaran
Dongengan yang sama
dicadang berulang
Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan
Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar
(Chorus)
Kendati selautan segunung
permata di kanan dan kiri
Selagi jantung ku berdegup hingga
tiba saat terhenti
Dialah di hati
Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan
Seumpama naskah yang tebuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar
Kendati selautan segunung
permata di kanan dan kiri
Selagi jantungku berdegup hingga
tiba saat terhenti
Dialah di hati
(*)
Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya Dia
(Ulang * 2x)
Tiada rahsia lagi
Usah bertanya berkeka teki
Cinta yang abadi cintaku
yang suci di hati
Ulang # 2x
Kendati selautan segunung
permata dikanan dan kiri
Selagi jantungku berdegup hingga
tiba saat terhenti
Dialah di hati…
Kendati selautan segunung
permata di kanan dan kiri ku….ooo
Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya Dia
Lagu: Aidit Alfian
Lirik: Habsah Hassan
Till then,
Wassalam


4 August 2016

LiteFM stesen radio pilihan

Assalamualaikum :)

You know how much I love music. Dari kecik memang suka dengar radio, download lagu lagu hits dalam mp4. Dulu masuk sekolah berasrama sampai masuk U, memang tabiat sumbat telinga dengan earphone masa tengah study, buat assignment and masa nak tidur. Sekarang masa tengah menaip pun tengah sumbat telinga dengan earphone.

Music yang aku suka tak kira genre. Music yang aku suka selalunya ikut mood. Especially kalau lirik dia ada kena mengena dengan kata hati kita masa tu. Lagu Linkin Park pun aku layan kalau kena dengan mood masa tu. Eheeee. 

Nevertheless, time kecik kecik dulu memang layan stesen radio popular je. Haha. Sebab masa dulu dulu penyampai radio tak bingit macam sekarang. I feel very uneasy sebab diorang ni suka sangat gelak besar seolah takde malunya. Seolah olah gelak tu diorang letak mic dalam anak tekak diorang. 

I thought stesen radio berbahasa Melayu popular je macam tu, tapi tak. Ada jugak certain English punya radio stesen pun suka bingit bingit. Well, kita on radio purposedly memang nak dengar lagu kan. Bukan iklan and panggilan hangit, bingit, crappy call bagai. Gitu.

Meh nak bagitau kenapa perlu pilih radio LiteFM dan jenis orang yang macam mana yang akan suka radio ni macam saya! :D

Google image


LiteFM has all time relaxing favourite

Bagi jenis orang yang tak suka lagu lagu jerit jerit, haa LiteFM lah pilihan terbaik. Sebab hanya lagu lagu yang jenis slow and relax je dia mainkan. LiteFM memang station radio English dan hanya mainkan lagu English. Tapi lagu English yang lama lama. Contohnya macam lagu lagu Whitney Houston, Lionel Richie, Celine Dion, Richard Marx and banyak lagi relaxing punya lagu. 

Lagu lagu baru ada jugak contohnya lagu lagu Sam Smith, lagu lagu Taylor Swift yang berentak perlahan, Ariana Grande and Lukas Graham. Pokoknya, lagu lagu yang LiteFM putarkan takde yang rancak sangat.

Bagi saya memang relax la bila dengar radio ni :) Tak serabut. Soothing je telinga and hati dengar.

LiteFM suka putarkan lagu lagu fall in love

Bagi jenis orang yang sukakan kepositifan atau yang jenis tak suka dengar lagu pasal kecurangan/putus cinta/kecewa elok sangat lah bertukar kepada LiteFM. Lagu lagu lama ni memang banyaknya jenis lagu fall in love, lagu lagu appreciate one another, lagu hati bunga bunga, lagu lagu yang macam tu la.

Dah sedia tahu kan, bahawasanya kalau kita nak benda baik baik datang pada kita, kata kata kita pun kena baik. Apa yang kita dengar pun kena baik. Kerana kata kata itu seperti doa yang melantun (Keknis, 2015).

Dia samalah macam relationship goal bagai tu. Ramai yang kata orang yang ada relationship goal ni orang yang suka berangan. Tapi apa salahnya, doakan yang baik baik untuk diri sendiri kan :) 

Bak kata Prof Dr Muhaya, bila kita selalu tengok cerita/cerita tentang kisah kisah rumahtangga yang tak bahagia, itulah yang akan datang pada kita. Sedangkan banyak kisah kisah rumahtangga yang harmoni yang boleh kita contohi sebenarnya. Kita pilih apa yang kita nak dengar dan baca. 

Google image
Yang jenis orang macam ni, lets tuned to LiteFM (105.7) or nak dengar online pun boleh kat SINI.

Till then,
Wassalam
:)




25 July 2016

Movie Review: Star Trek Beyond is Beyond Expectation

Assalamualaikum :)

Seorang Piqa bukanlah seorang yang sukakan movie alien alien ni. Tapi yang satu ni tersangatlah beyond expectation. Tak silap langkah la bila pilih movie ni tadi. Daripada semalam tertanya tanya nak tengok movie apa. Lepas tu terdengar sekilas kat radio yang Star Trek Beyond ni dah mencapai box office.



Antara Ghostbusters, Alice Looking Through the Glass lastnya aku pilih Star Trek Beyond. Daripada mula cerita lagi dah babak suspen tak berhenti sampai ending of story. Dalam movie ni takde pun planet Earth ya. Sebab tahun dalam cerita dah 100-200 tahun ke depan. Bumi dah takde agaknya. And then, cerita dia bukan pasal nak menakluk ke apa.

Mula mula cerita je aku ingat dia nak menakluk planet berteknologi tinggi tu. Tapi dah nak ending cerita rupanya alien tu nak balas dendam je. And tak expect pun alien tu sebenarnya bukan alien (rupa asal dia). 

Yang aku kagumkan alien tu guna serangan inispired by lebah kau. Tak pernah terfikir pulak kan. Jadi, memang movie ni beyond beyond beyond expectation. 

I give 4.9 stars!


Kudos to Dr Bones, Captain James T. Kirk & Commander Spock! I like them three.

Star Trek Beyond Cast:

Captain Kirk (Chris Pine) - tak pernah tengok dia
Commander Spock (Zachary Quinto) - tak pernah tengok dia tapi dia macam Snape
Karl Urban (Karl Urban) - watak jahat dalam Hercules
Montgomery Scott (Simon Pegg) - baru je tengok Hot Fuzz haritu kat TV2
Jaylah (Sofia Boutella) - gadis berkaki pisau dalam Kingsman
Krall (Idris Elba) - yang jadi the famous Heimdall dalam Thor
Lieutenant Uhura (Zoe Saldana) - tak pernah tengok

p/s: Patutlah haritu cerita Hot Fuzz lakonan Simon Pegg keluar kat TV2, rupanya dia berlakon cerita Star Trek ni. I cannot brain betul movie Hot Fuzz tu hahaha *ketawa menangis*

Till then, enjoy the movie
Wassalam


24 July 2016

Resepi: Oh My Creamy Butter Prawn

Assalamualaikum :)

Semalam terfikir nak belajar buat butter prawn. Tapi kite suka butter prawn yang creamy tu. Habis je kerja singgah Jaya Grocer then beli daun kari, garlic and susu segar. Bahan lain dah ada kat rumah. Heee.

Google resipi then terus buat. Ada alteration sikit pada resepi asal sebab ada bahan yang takde. Ehee. Takpe, hidup perlu diteruskan. Alhamdulillah menjadi. Rasa sweet and salty tu balance. Cuma kena improve kepekatan kuah dia. :)


RESEPI:

10-15 ekor udang
3 sudu besar butter
2 sudu minyak masak
20 helai daun kari
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blended)
1/2 cawan ikea warna warni (nak tambah boleh je ikut citarasa)
Garam dan gula secukup rasa
9 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)

CARA MASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Guna minyak ni tujuannya untuk elakkan butter hangus. Then, baru cairkan butter dalam minyak masak yang dah panas tu.
  2. Goreng garlic sampai jadi brownish dan naik bau sedap!
  3. Masukkan udang udang biar dia bertukar warna keorenan sikit
  4. Pastu, cepat cepat masukkan susu segar!
  5. Masukkan pula daun kari and cili padi. Ahhh dapnya bau daun kari bila dah masuk tu. Hmmm.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa/
Rasa manis and masin kena balance. Baru sedap! :)


Lelaki kecintaan kata kalau udang tu digoreng separuh masak dulu pun sedap gak. Heeee. And then, dia selalu buat tambah dengan telur masin. Sedap betul bila terbayang. Tapi kan, rasanya kalau masukkan daun kari and cili padi dulu pun ok kan. So that, daun kari tu jadi layu sikit and rasa dia makin sebati dengan kuah. Nanti la kite cubaa lagi :D

Till then,
Wassalam


23 July 2016

Secret Love Song by Little Mix ft. Jason Derulo (Syafiqa Sing)

Assalamualaikum :)

Siapa tengah suka lagu ni? Kita gang! Saje nak try nyanyi. Suara malu malu sebab takut jenjiran dengar pulak. Mengganggu nanti. Nak pergi karok hmmm tengah save duit haha.

So, here it is. 





Nah, nak copy paste lirik dia sekali. Lagu ni best sebab Little Mix nyanyi tu dengan suara yang tersangatlah power. Empat empat pun suara sedap giler kot! Jason Derulo as penyeri lagu. Terbaik punya combination suara. 

Lagu berkisah tentang 2 insan bercinta yang tak patut jatuh cinta. Dari fahaman aku, mungkin perempuan ni dah kawen tapi tak bahagia. Then, terjatuh cinta kat lelaki lain. Why can't I say that I'm in love? Why can't I shout it from the rooftop? Haa percintaan yang disembunyikan untuk menjaga hati orang lain. Namun, in the same time, mereka berharap akan tetap dapat bersama, someday.

Secret Love Song - Little Mix ft. Jason Derulo

When you hold me in the street
And you kiss me on the dance floor
I wish that it could be like that
Why can't it be like that?
'Cause I'm yours

We keep behind closed doors
Every time I see you, I die a little more
Stolen moments that we steal as the curtain falls
It'll never be enough

It's obvious you're meant for me
Every piece of you, it just fits perfectly
Every second, every thought, I'm in so deep
But I'll never show it on my face

But we know this.
We got a love that is homeless

Why can't you hold me in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that it could be like that
Why can't we be like that?
'Cause I'm yours

[Jason Derulo:]
When you're with him, do you call his name
Like you do when you're with me? Does it feel the same?
Would you leave if I was ready to settle down
Or would you play it safe and stay?

Girl, you know this.
We got a love that is hopeless

Why can't you hold me in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that it could be like that
Why can't we be like that?
'Cause I'm yours

And nobody knows I'm in love with someone's baby
I don't wanna hide us away
Tell the world about the love we're making
I'm living for that day
Someday

Why can't I hold you in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that we could be like that
Why can't we be like that?
'Cause I'm yours, I'm yours

Oh, why can't you hold me in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that it could be like that
Why can't it be like that?
'Cause I'm yours

Why can't I say that I'm in love?
I wanna shout it from the rooftop
I wish that it could be like that
Why can't we be like that?
'Cause I'm yours

Why can't we be like that?
Wish we could be like that

Till then,
Wassalam

22 July 2016

Mata tu beli kat mana?

Assalamualaikum :)

Sedang aku dan rakan sekerja hendak berjalan pulang menuju ke kereta memasing, tetiba seorang wanita yang bekerja di kedai cermin mata itu menegurku. Tika itu, wanita itu sedang bersembang bersama sama dengan rakan sekerja yang juga berpakaian serupa dengannya.

Akak tu: Dik, dik. Cantiklah baju awak ni. Awak beli kat mana? Kat butik tu ea?

(Butik itu merujuk kepada butik tempat aku bekerja)

"Eh tak. Saya beli online baju ni", jawabku.

"Oh, takde ea kat butik tu?", tanyanya lagi

"Haah, takde", jawabku sambil tersenyum.

Tetiba....

Abang tu: Mata tu, mata tu beli kat mana?

Mula mula , aku blur. Mata apa? Kataku dalam hati. Lepas 5 saat, aku gelak sendiri. Diorang sekumpulan pun turut gelak.

Amboi.. amboi haha!

Till then,
Wassalam

18 July 2016

Book Review: Qisas (Trilogi Murtad) #BukuFixi

Assalmualaikum

Semalam tido lewat sebab habiskan baca buku ni. Done reading, sad ending :'( 

Qisas, hutang nyawa dibayar nyawa. What goes around comes around. Dunia itu bulat. Dan Allah itu Maha Adil. Tak expect yang Zulaikha akan mati last nya. Sedihnya huhuhuhu (menghayati watak).

Kalau Trilogi Murtad ni dijadikan movie, dalam kepala aku hanya terbayang Kamal Adli jadi watak kembar Adam & Akhil ni. Kamal Adli nampak sesuai jadi watak ni. Tapi description watak Adam Akhil ni tak la macam dia. Tapi bagi aku sesuai la. Hehehehe.


Suspen baca part tembak menembak, part kembar ni terperangkap. Part sedih bila diorang tahu apa diorang buat tu hanyalah kesilapan yang akibatnya datang balik kat diorang. Sedih huhu. I blame Johari on this. Haha.

Hasrul Rizwan is one of my favourite writer of Buku Fixi. Yang sorang lagi, Syaihan Syafiq (Trilogi Bisik). Trilogi diorang memang best! *thumbs up

Jap. Nak pilih next buku untuk dibaca.

Bye.

Wassalam.


15 July 2016

Pengalaman ber"housemate"

Assalamualaikum

Tadi scroll twitter, ternampak iklan budak ni cari housemate. Antara kriteria/info yang ada dalam iklan tu ialah "housemate baik buat hal sendiri". Aku pun macam.. Hmmm. Macam mana tu eh? Define "housemate baik buat hal sendiri" jap. Haha.

Teringat pengalaman dulu masa student lagi. First time duduk rumah sewa masa final year (2012/2013). Aku dengan 3 orang kawan yang sama course. Dalam rumah yang sama ada jugak orang lain macam akak akak Master, junior course berbeza.

Isu yang timbul pada masa tu ialah TEMPAT PARKING. Hahaha. Selalu berebut. Memang boleh muat 1 je kereta dekat porch tu. Aku berskuter. Kawan aku, Zati berkereta. Then, akak akak Master tu sorang satu kereta dia. Junior pun ada kereta, ada motor. Imagine the selutness/kesempitan. Masing masing macam tak nak beralah masa tu. Haha. Aku dengan coursemate selalu nak rebut parking kereta sebab kereta Zati jarang berada di bawah lindungan porch. Balik kelas je mesti dah ada kereta park kat porch tu. Skuter aku pun. Hahaha.

Pastu isu LEPAS MASAK TAK KEMAS DAPUR. Haa yang ni cukup buat mata sakit. Haha. Minyak terpercik kat dinding, sinki kotor, kuali lepas menggoreng tak cuci lepas guna, kesan potong potong bawang kat atas washing machine (guna sebagai meja) and banyak lagi la. Bagi aku, boleh buat mata sakit. Bagi orang lain, tak tahula. It is subjective. Hehe.

Isu TAK BUANG SAMPAH IKUT JADUAL. Haha yang ni memang sangat besar isu dia. Memang la ada jadual. Tapi kan kalau dah kita yang guna dapur time tu pulak memang sampah kita banyak, kenapa nak tunggu orang yang bertugas esok yang buang kan. Macam tak adil la. Agak agak la kalau nak ikut jadual pun. Supposedly, lepas masak especially kalau ada siang ikan/ayam/udang benda benda berbau mengundang lalat ni baik buang cepat cepat before dia berulat.

Ada lagi isu. Isu BORAK BERJEMAAH KETAWA MENGILAI. Ni adik adik junior la. Happy betul kan diorang sampai mengilai ketawa. Memang menganggu konsentrasi masa tu haha. Sebab diorang jenis suara besar. Bila cakap tu sampai ke tingkat atas pun dengar. 

Ni isu masa first time duduk rumah sewa. Yang ni nak cerita rumah sewa kedua pulak.

Rumah sewa kedua ni time internship (2013). Housemate masa tu semua akak akak yang dah bekerja. Bujang ada, yang dah kawen tapi LDR pun ada. Masa masuk rumah petang tu semua takde, aku sorang je dalam bilik kemas dan susun atur barang. Bila dah dekat nak Maghrib barulah semua orang ada. Aku pun duduk rileks je la dalam bilik. Rumah ni apartment. Tak macam yang sebelum ni. Takde isu parking. 

Tapi yang jadi isu nya bila diorang ni kata aku ni TAK BERTEGUR DENGAN DIORANG. What? Aku baru duduk tak sampai sehari kot. Tetiba nak kata aku sombong ni dah kenapa :'(

Akak akak tu jenis SARCASTIC. Very sarcastic. Dari dalam bilik lagi aku dah dengar diorang macam sindir aku ni tak keluar bilik tegur sapa dengan diorang. Aku baru je nak adapt kot :(((( Nasib baiklah internship 2 bulan je. Memang selama dua bulan tu aku tak suka dngan diorang punya perangai hahahaha. Dah la ceridak/pengotor namate. Part kebersihan dapur tu la aku rasa nak ceramah je akak akak ni. Haha.

Nasib baik aku tak berseorangan. Lepas seminggu ada sorang akak ni baik sangat jadi roommate aku. Sampai sekarang masih contact dengan dia. Dengan dia je aku suka. Haha.

Tu cerita rumah sewa kedua. Yg ni nak cerita kisah rumah sewa ketiga pulak. Yakni, rumah sewa sekarang. 

Rumah ni so far ok je. Takde isu isu sangat sebab semuaaa peramah dan baik je. Kadang kadang ajak kite makan sekali tapi aku segan selalunya tak join. Roommate je aku belum jumpa sebab dia tak masuk lagi. Maybe lusa or tulat kot dia masuk. 

Housemate bilik lain baik je. Adik adik internship umur 21-22 tahun. First time masuk masa angkat barang diorang yang tolong. Suka bergurau. Housemate bilik satu lagi ada yg sebaya dengan aku. Bekerja. Pun peramah. Tak sombong. Tak sarkastik. Haha. So far alhamdulillah ok je lah. :)

Jadi, nak define "housemate baik buat hal sendiri" tu macam mana? Haha. Sebab masing masing kena bertanggungjawab dengan rumah sewa. And then, takkan housemate dalam kesusahan kita tak tolong kot. Walaupun housemate tu kita tak suka, takkan sampai hati tak tolong dan buat hal sendiri je.