30 March 2016

Kulit mengelupas

Assalamualaikum

Hai. Dah beberapa hari aku menghadap masalah kulit mengelupas. Rasa tegang tiap kali cuci muka. Tak tau apa yang silapnya. Maybe sebab cream yang aku baru beli tu tak sesuai dengan muka kot. Baru seminggu lebih je guna. Sekarang dah berhenti guna sebab kulit makin mengelupas and pedih.

Sebelum ni my regime skin care is only these:

Scrub: St Ives Apricot Scrubs
Cleanser: Bio Essence Bird's Nest + Peptide
Toner: Bio Essence Miracle Bio Water Spray
Sunscreen: Bio Essence Miracle Bio Water Sunscreen

So far, guna 4 benda kat atas ni tak jadi masalah mengelupas pun. Tapi sejak tukar cleanser and beli repair cream dia jadi mengelupas.

Cleanser: Bio Essence Bird's Nest
Cream: Bio Essence SNAIL Smooth & Repair Cream

Beli pun sebab muka banyak parut. Nak elokkan sikit kulit ni. Tapi lain jadinya. 

Apa nak buat?

Kenala berhenti guna. Cleanser pun aku tak guna sebab pedih masa mencuci. Aku cuci muka dengan air biasa je. Let see the result in a week.

Hopefully things get better :)

Wassalam.

28 March 2016

Batman Vs Superman

Assalamualaikum :)

I am a movie lover. To be specific, sangat suka tengok actions movie. Batman Vs Superman memang movie yang aku nantikan sejak akhir tahun lepas.

Movie dia best, tak tipu. Haha. Sebelum tengok movie, selalu jugak aku tengok orang tweet pasal cerita ni. Ada yang kata best sangat sampai tengok 2 kali. Ada yang kata dia tertido dalam wayang sebab cerita dia banyak bercakap.

Tapi bagi aku actions dia memang semua best. Part terkejut memang banyak. Banyak menimbulkan tanda tanya especially si Lex Luthor. Tak faham kenapa dia berdendam dengan Batman & Superman tu.

Memang akan ada sambungan. Of course, diorang kan memang suka buat movie untuk buat movie. Pandai ek diorang buat cerita yang buat kita tertunggu tunggu sambungan dia. :)


Kemunculan Wonder Woman menimbulkan lagi tanda tanya. Kenapa dia tiba tiba ada kat situ. :) Cerita ni pengajaran dia jangan berdendam melampau sangat. Nanti terkorban orang yang kita sayang. 

So, korang pergilah tengok. Duration lebih kurang 2 jam setengah. 

Good night, everyone!

Wassalam


Doa untuk Ankara, Brussels & Lahore

Assalamualaikum

Did you hear about suicide bombing in these three cities? Three suicide bombing in March 2016 :( Tak boleh ke kita hidup dalam dunia yang aman damai? Kenapa nak bomb sana sini bunuh orang? Apa yang dikejar dalam dunia ni? Sampai bila pun boleh hidup dalam dunia ni?

Apa yang nak ditunjuk pada dunia? Kenapa mesti bunuh orang? Tak takut Allah ke? Bila bila masa Allah boleh tarik semua ni :((

Moga anak anak kecil, orang tua dan wanita wanita dilindungi Allah :'(

Lets pray for negara negara yang terbabit dengan this bad incident termasuk Syira, Afghanistan bagai. Sana sini orang bombing eh. Luluh hati tengok orang awam cedera sana sini.

Selalu beringat, hidup jangan lalai sangat. Bila bila Allah akan tarik nyawa. Doakanlah semua orang.

Wassalam.


25 March 2016

Limnophile

Assalamualaikum :)

Hai, do you guys love lakes? If yes, then you are a Limnophile ♥♥♥

Si Tompok Cafe, Bangi Sentral

Assalamualaikum :)

Hai, dekat Bangi dah ada cat cafe. Heee. Maka, on 29th February haritu aku request dekat kawan nak pergi situ. Nak jugak merasa pergi cat cafe ni macam mana. Hihi.

Alamat:

No.3-43-03, Jln Medan Pusat Bandar 8A,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Landmark:

Bersebelahan bangunan Mee Tarik dan berdepan dengan Jovian Mandagie


RM10/hour FREE Teh O Ais

Bolehlah korang minum minum sambil bermesra dengan kucing kucing dalam cafe ni. Masa pergi dengan kawan tu kami tak makan. Jadi kurang tahu tentang menu yang ada. Sebabnya kawan, dia nak makan kat Mee Tarik bangunan sebelah.

Bangi Sentral memang padat dengan kereta kereta. Susah sikit nak dapat parking. Bangi Sentral memang jadi tempat tumpuan memandangkan banyak butik butik berjenama yang terkenal di media sosial macam Instagram dan Facebook. Hebat mereka ni. Dari online based, dapat buka butik. Memandangkan orang Bangi ni memang suka membeli, memang tak risau dengan income even sewa kedai kat sini tinggi.

Hipster cafe pun banyak kat Bangi Sentral. You might want to try Jigar Cafe. Western food dia sedap. Mee rebus dia pun boleh tahan sedap. Ada banyak hipster cafe kat sini. Pilih je mana mana.



Si Tompok Cafe berhawa dingin, dilengkapi dengan dua air filter berjenama Coway which is very good for air circulation memandangkan kucing ni haiwan berbulu. Nanti bulu dia masuk dalam makanan pulak. Cafe nya luas. Pemandangan kat luar pun boleh tahan nice. 

Kucing kucingnya kucing berbaka. Jenis jenis bulu panjang, British Shorthair & Munchkin. 

Aku bukanlah jenis suka makan dikelilingi kucing. Aku suka kucing tapi tak suka makan atas meja, kucing baring sebelah pinggan. I don't like that. Tapi kalau masuk cat cafe untuk main dengan kucing, aku suka! Haha.

Rasa macam nak pergi semua cat cafe yang ada kat Malaysia ni. Kau tunggu je aku datang. InsyaAllah

Wassalam.

24 March 2016

Satisfied!

Assalamualaikum :)

Hobi aku ialah suka menjual sesuatu. Rasa sangat berpuas hati bila dapat jual barang.

I am a dropshipper & also vendor kepada butik kawan sekolah aku kat Kuching. My IG shop is @bajubajucantik & vendor tu nama dia @blackboxboutique.

Dropshipping, even komisen RM5/helai aku puas hati sangat kalau dapat jual. Untuk vendor butik, kalau ada orang beli baju yang aku hantar ke sana, aku rasa happy giler!

Harini, kawan aku update ada 3 sleeveless dress yang terjual. Happynya :')

Dengan semangatnya aku order lagi stok dress untuk hantar ke Kuching. Yay! :D

Am so happy and feel lively. So exaggerating haha. But yeah, I love it!

Thanks pada yang membeli dan support :)))

Honey Cat Parlour

Assalamualaikum :)

I am excited to have our own cat parlour. Maybe some of you doesn't familiar with this word. 

Parlour means 

1. a sitting room in a private house
2. a shop or business providing specified goods or services.
"an ice cream parlor"

Thus, our cat parlour means a private room which you may experience your good, easy time with cats. We will not serving foods and beverages as we are not cat cafe. Sesetengah orang salah anggap bahawa kita perlu/boleh bawa kucing kita bermain kat tempat ni. Tetapi, Honey Cat Parlour tak berkonsep begitu.

Kami ada kucing kucing istimewa untuk dibawa bermain bersama. Korang hanya perlu datang bawa diri and of course duit lah. Hee. So, kat sini nanti kami (me & my sister) nak buat slots dimana korang boleh buat aktiviti dengan kucing contohnya macam grooming sikat bulu, bagi treats, or just baca buku, do assignment & study group dengan member ke.

Ataupun ada sesetengah orang suka sangat dengan kucing tapi tak mampu or tak boleh bela. Bolehla datang bawa diri, bawa anak anak or bawa kawan kawan datang sini main dengan kucing. Kami faham kalau ada antara jenis manusia yang sangat appreciate privacy, sebab tu kami buat slot. Boleh booking sejam dua. You got plenty of time main dengan kucing dengan selesa.

Kucing kucing kami pun kucing biasa je. Heeee yang umur dalam lingkungan 5 hingga 8 tahun. Yang masih sihat, alhamdulillah. Yang selama ini berbakti jadi 'Blood Donor' pada kucing sakit yang memerlukan. Bila dah tua, kami nak pencenkan diorang dari jadi blood donor. So, here they are. Kami nak diorang happykan korang. Heeee!

*****************************************************

Setiap apa yang kita nak buat, mesti ada ujian dan cabarannya. Tempatnya tak siap lagi.


Alhamdulillah, baru sikit je barang dapat dibeli. Kami takde bajet yang besar, so kena tunggu duit ada dulu baru boleh tambah lagi sikit sikit.

Eh? Kenapa ada katil? Haa sebab tu la nama nya pun private room. Memang saja nak bagi korang chillax dalam bilik ni dengan kucing. Best tak?

Tinggal nak meng'kucing'kan bilik ni je lagi. Wants to buy a lot of cat stickers and merchandise to catify this room :D

Doakan segalanya lancar ya!

Ni alamat kami:

No 3, Jalan 3/56, Seksyen 3,
Bandar Baru Bangi, Selangor.

Contact
+60179694817

Adios!


Logophile

Assalamualaikum :)

Logophile, lover of words.

I am a logophile :D

Kalau ada twitter, korang follow account @selfamused. Diorang suka share modern vocab.

Sirimiri

Assalamualaikum :)

Hai. Nak share satu vocab ni.

Suka sangat vocab moden macam ni.


Just so you know, I love being in sirimiri day ;)

Good night!

23 March 2016

Sale representative tingtong

Assalamualaikum :)

Hai. Kisah bermula apabila aku nak order pets merchandise from one of pet supplies company ni. Well, my sister said hanya mereka yang memegang dan mempelopori industri tersebut.

Sebelum ni pun dah pernah order dengan diorang. Beli cage 5-tiers and drinking fountain untuk cat hotel. Ni kira second time la nak order.

Syarat order pulak minimum RM 500. Baru ada delivery ke tempat kita. Ok, my sister and me pun berpakatlah nak cukupkan 500. Order form pun dihantar pada sales representative yang baru. Yang sebelum ni orang lain. Order form bukan setakat taip kat whatsapp gitu gitu je. Memang buat proper, send ke email.

Selesai. Katanya next week, barang sampai. After one week, barang pun sampai. I am surprised, dalam banyak banyak barang yg bernilai RM 500 tu lebih kurang RM 200 je yg sampai.

Aku tahu, tugas driver lori hanya deliver barang. Jadi aku terus call je sales representative tu dan tanya kenapa barang barang yg takde tu takde.

Guess what dia jawab, "Baru pagi tadi tahu barang tu takde". Ya Allah, bengang saya tak terkata. Kenapa tak cakap awal awal yang barang tu takde. Dah la nak kena cukupkan RM 500 minimum order, senang senang dia kata barang tu takde.

Then, sepanjang minggu lepas memang takde update apa apa pun pasal stok takde. Haih.

Begini ke cara berurusan dengan retailer? Lepas aku call, baru dia explain dekat whatsapp. Haa baru nak bagitau kan. Hmmm.

Lepas seminggu kejadian tu, aku whatsapp semula sales representative tu. Nak tanya bila akan sampai stok tu. Takde double tick. Dah kena block la kite ni. Hmmm.

Masa first time order dengan diorang, sales representative dia akan call kalau stok barang takde, then dia bagi kita masa untuk pilih barang lain. Dah setel semua, baru proceed. Yg baru ni lain pulak ya cara dia. Alasan kata bos je yang tahu pasal stok. Eh eh. Bos tak bagitahu awal awal ke memang kerja sambil lewa je?

Memang ting tong punya orang.

Tak sihat, Allegiant & dress bunga bunga

Assalamualaikum :)

Happy Wednesday


Dua tiga hari lepas tak berapa sihat. Dua hari tak pergi kerja. Muntah muntah, diarrhea teruk and sakit perut memulas. Sakit sangat sangat.

Alhamdulillah dah sihat. Boleh pergi tengok Allegiant. Memang takkan lepas untuk tengok kat wayang sebab lagi berbaloi. Allegiant means faithfull flower.

Haa sedondon lah dengan dress yang aku pakai tu. Sleeveless dress beli dari IG lilydaisy.co. Usha la mana berkenan. Disebabkan comel sangat. Aku beli borong and hantar kat butik vendor kawan aku kat Kuching. IG dia blackboxboutique.

Aku tak jual online. Nak beli online pergi kat Lily Daisy ya. Kain dia sejuk selesa. Dipadankan dengan cardigan dari IG shop aku bajubajucantik.

Have a good day, everyone!