24 June 2016

Menerima itu rahsia untuk bahagia - Ustazah Fatimah Syarha

Assalamualaikum :)





A good write up from Ustazah Fatimah Syarha. This is nice! You should read it too HERE!

Till then,
Wassalam


Giveaway Diagnosis Apokalips By stnrsyfh

Assalamualaikum :)

Dah lama tak join Giveaway. Nak nak pulak hadiah dia buku Diagnosis ni. Sebelum ni tak sempat nak beli.




SAYA NAK DIAGNOSIS APOKALIPS, SEMOGA DIAGNOSIS APOKALIPS MENJADI MILIK SAYA

**************************

Click picture to join!

Till then,
Wassalam

23 June 2016

From bynurulsyafiqajenn.blogspot to syafiqahatta.blogspot

Assalamualaikum :)



A little update about my blog. I have changed the url from bynurulsyafiqajenn.blogspot to syafiqahatta.blogspot. Shorter and easier to read. Hihi.

Till then,
Wassalam.

22 June 2016

Green tea is good for me

Assalamualaikum :)

Kalau korang google KEBAIKAN TEH HIJAU ni memang banyak dah yang cerita. Aku sejak umur 16 tahun dulu lagi dah cuba minum teh hijau. Ramai yang tak suka sebab pahit dan kelat. Teh hijau bukan macam teh O biasa tu. Cara minum teh hijau ni tak perlu letak gula. Rendam uncang teh dengan air panas tunggu suam then minum. Emmm dappp.



Walaupun begitu, bukanlah tiap hari aku minum teh hijau ni sejak umur 16 tahun. On off. Kalau aku beli, aku minum. Dah habis, tak beli maka tak minum. Time dulu dulu teh hijau tak femes lagi. Sekarang ni orang sibuk minum sebab nak kurus kihkih.

Well, teh hijau bukan sahaja boleh mengkuruskan anda. Bahkan, banyak lagi benefits dia. Orang Cina je yang rajin consume teh hijau ni. Kalau pergi Muslim Chinese Restaurant, mesti dalam menu dia ada Chinese Tea tak pun Green Tea. Sebab memang elok minum tea lepas makan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi seperti butter prawn. Hehehe.



Setiap individu berlainan effect dia. Jangan marah pada green tea jika tak kawal cara pemakanan dan tak bersenam. Memang tak kurus lah kau. Apapun, yang penting, sihat. Bukan kurus semata mata ya, dear friends.

Jadi, kebaikan green tea apa yang berkesan pada tubuh badan saya?

1. Lawas! I love how it makes me detoxifying early in the morning.
2. Jerawat senang kecut
3. What is more relaxing than a book and a cup of green tea?
4. Digestive system (dari tenggorokan ke anus) rasa macam clear gitu
5. Stick out belly mengempis
6. Selain tengok wayang, beli buku, jenjalan tanpa arah tuju, minum green tea is one of my way to release stress dan melupakan masalah

Since awal tahun haritu, aku mula berazam untuk berdisplin minum green tea tiap tiap hari. Dah masuk 25 ni kan, memang terasa metabolism tu dah rendah. Hahaha. One of the benefits of drinking green tea is it can increase your metabolism. Maka, minumlah.

Tapi ingat, minumlah green tea yang plain. Jangan pulak pergi minum green tea ice blended tu hari hari. Memang tak jadilah diet kau. By the way, korang suka tak Kit Kat Green Tea tu? Sedapla. Aiskrim kit kat green tea tu pun sedap. Bagi aku la. Ramai yang tak suka.



Nevertheless, you can read more about green tea HERE :)

Masa bulan Ramadhan ni, aku minum green tea time suhoor (mesti ke eja macam tu?). Emm dapp. Segar terasa. Masa ifthor (sekali lagi mesti ke eja begitu?) pula, aku minum je air apa aku nak. Makan apa yang aku nak. But in a controlled amount.

So, apa cerita korang dengan green tea? Mine to share it with me? 

Till then,
Wassalam 


21 June 2016

Ramadhan 15, 1437H

Assalamualaikum :)

Sejak Ramadhan tahun lepas lagi kite nampak orang share gambar berbuka berjemaah kat dataran Perbadanan Putrajaya tu. Sweetnya duk makan atas tikar beramai ramai macam tu. Hihi. Tahun ni pun nampak member sekolah share gambar kat IG & Facebook. Terasa teringin pulak nak merasa.

Lepas tu, viral pulak pau berbentuk mushroom kat Bazar Ramadhan Putrajaya. Lagi lah buat hati teringin nak jejak kaki ke situ. 

Dengan gigih ajak kawan yang kerja kat Putrajaya tu berbuka sama. Pick up dia kat rumah then terus shoot ke bazar. Bazar ni terletak berdepan dengan bangunan Perbadanan Putrajaya tu. Seberang jalan je. Sampai sampai bazar terus cari gerai pau mushroom. Jap nak bagi pantun tiga kerat sempena Ramadhan

Pergi bazar nak beli pau mushroom,
Pau habis
Hahaha

Gitu. Takpelah takde rezeki haritu :) Punya panjang barisan dia. Kreatif sangat akak akak pau tu buat pau hipster sampai viral. Tahniah!

 

Macam ni lah rupa pau mushroom. Pinjam gambar eh, Putery Memory ;)

Takpe, tepung pelita sedap tak hancur walau plastik dia aku bawak tunggang terbalik dalam beg tu menggantikan pau cendawan ni tadi. Dapp tepung pelita dia. Kenapa entah buat dessert sedap sangat macam ni :')


Food truck pun ada kat sini. Berdepan je dengan dataran ni. Macam macam makanan yang ada korang pilih je apa nak. Solat Maghrib? Don't worry, boleh jalan kaki je ke Masjid Besi belakang tu. Cantik sangat mesejid ni. Pastu boleh terus Isyak berjemaah and tarawih.


Thanks to Ween yang sudi teman aku yang keseorangan hahaha. Terimalah muka pendek kami.


Masing masing tangan pendek, monopod pun takde. Tak dapat hasil gambar wajah runcing. Kahkah. By the way, cantikkan building belakang tu. Bak kata Ween, bangunan Alladin.

Till then,
Wassalam.

14 June 2016

Ramadhan 8, 1437H

Assalamualaikum :)

Hai. How is your Ramadhan going so far? Good? Hihi meanwhile, during off day ada je projek belajar masak yang aku buat. 

Tajuk nya kalini adalah ikan keli masak lemak cili padi.

So masa off day lepas, gigih ke Aeon Anggun tengok wayang. Haa macam takde kena mengena. Saje nak cakap aku tengok Warcraft. Best cerita tu. Ending dia not easily expected. Tak rugi tengok. Hihi.

After wayang, baru beli bahan bahan buat Keli Masak Lemak Cili Padi ni. Resepi google je kat internet banyak giler pilih je mana nak ikut. 


Seperti biasa keli digoreng dulu. Petua mama kite, nak hilangkan hanyir ikan keli ni senang je. Siang dulu buang isi perut ikan keli dengan insang dia sekali. Then, ambik limau purut hiris bulat then perah perah isi limau tu atas ikan keli yang dah dibersihkan tu. Lumur lumurkan dengan kulit dia sekali then campur air sikit. Rendam je dengan perahan limau purut tu sekejap before gaul dengan garam dan kunyit kemudian digoreng.

Hilang bau hanyir darah keli ni. Masa menyiang tu aku tahankan je. Dengan slimy mucous tu kan. Kihkih. Masa menyiang tu sempat lagi aku observe anatomy ikan keli ni. Struktur insang ikan keli berbeza dengan ikan lain. This explain why ikan keli boleh tahan bernyawa dekat darat berbanding ikan lain.

picture from google
Insang ikan keli ni macam alveoli manusia kan? Struktur paru paru manusia yang berfungsi menyerap udara daripada persekitaran dan membantu membekalkan oksigen dan elemen lain ke dalam tubuh badan melalui salur darah. 

Rupa bentuk insang macam ni la yang membolehkan nyawa diorang panjang di atas darat berbanding ikan lain. Kalau ikan lain, insang tu hanya boleh menyerap oksigen dan lain lain melalui air. Gitu.


Pung pang pung pang. Siap dah keli masak lemak cili padi kite. Lelaki kecintaan tanya, kenapa warna dia oren? Haha jawapannya sebab tak cukup santan. Tersalah tengok resepi sepatutnya santan 500ml, kite beli 220ml je. Hmmmm.

Dalam resepi tu guna kunyit hidup sepanjang satu inci ditumbuk. Sebab tu warna dia lebih oren kot. Biasa kan kuning kalau guna serbuk kunyit heee. Takpe, do better next time. This is my first attempt actually. :)


Dan kailan ikan masin request by Bapak kite. Kailan comel siap ada bunga bunga lagi. Tapi kailan ni pahit sikit. Makan kat kedai tak pahit pun. Kat tesco dia tulis kailan muda. Ke sebab tak rendam dengan air garam dulu macam dalam resepi? Hahah. Sebab dah nak pukul 7 masa tu pastu kite tak Asar lagi. Malas lalu skip step itu. Kahkah.

Starting this Friday, kite kerja sampai malam. Makin busy la kite. Hmmm. It's okay. I'll do my best for my part. :) Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna.

Till then, 
Wassalam

7 June 2016

Ramadhan 2, 1437H

Assalamualaikum :)

So, puasa tahun ni berazam untuk tak makan secara berlebihan masa berbuka. Dalam 2 hari ni, berjaya jugakla aku mengawal nafsu makan. Kehkeh.

Semalam datang kerajinan nak bake cupcake. Since oven purple aku tu pun under utilised. Apa kata bake cupcake. Eheee. Tepung mix Nona je aku beli. Sponge cake perisa chocolate. Just tinggal nak beli telur 5 bijik and marjerin Buttercup seketoi. Tak lupa sedikit choc chip putih dan choc rice biar cake ang seperti ada choc cair meleleh di dalam nya.

Ramadhan 1

I thought choc chip putih tu duk cantik la atas cupcake tu bila dah masak, sangkaanku meleset rupanya dia tenggelam ke dasar cupcake bila dah keluar oven. Jadilah cupcake takde hiasan. Sekotak instant flour tu boleh buat dalam 15 bijik cupcake saiz besar. 

Aku sempat makan 2 bijik je. Yang banyak makan si anak anak sedara aku. Bagus. Tak sia sia hasil usaha Mateh ni. 

Masuk kerja harini busy benar. Biasalah nak raya, butik busy pack baju baju yang customer order untuk rayalah apa lagi. Eheee. Sakan raya korang eh. Sib baik aku dah ada baju. Tak kuasa shopping lewat lewat.

Oklah, till then.
Wassalam.

5 June 2016

Salam Ramadhan

Assalamualaikum :)

Antara petanda akhir zaman adalah masa yang berlalu terasa sangat cepat. Namun, tak perlu kita fikir tentang tu sangat. Kita bertuah sebab dapat sampai lagi ke bulan Ramadhan tahun 1437 Hijrah ni. Masih lagi Allah swt nak bagi peluang untuk kita perbaiki diri sebelum ajal sampai.

Today marks my end of first week for my new journey (job). Bersyukurnya dapat kerja dekat butik baju. Owner butik tu sebaya dengan aku, 25. Kagum dengan dia sebab dalam usia yang muda dah ada bisnes sebesar ni. Butik baru buka sebulan. Before this dah memang established melalui online la. Baju baju pun memang lawa lawa buat mata juling. Hihi.

Tadi masa kerja teringat ingat pulak dengan bisnes cat parlour cat hotel kite yang tak jadi tu. Rasa down sangat. Before this dah move on dah sampai berat naik. Eheee. Takpela. Cepat cepat move on kan hati biar tak terus down. Doa dalam hati moga Allah swt kurniakan sesuatu yang jauh lebih baik sebagai ganti. Move on cepat cepat.

Dalam kesempatan ni, nak ucapkan selamat berpuasa pada bloggers and visitors of this blog. Yang girls, beruntungla kalau dapat puasa full. Hihi.



Walaupun haritu hati berkata nak lupakan je passion dalam berbisnes tapi kite tetap takleh duduk diam tanpa berbuat apa apa yang extraordinary sikit. Haha. Susah nak let go passion yang satu ni. Still nak buat jugak. So, my new name for my IG shop is like above, SYEQA.MY.

Rugi korang tak tengok raya collection cantik cantik je boleh buat mata korang juling 360 darjah. Yang tak beli lagi baju raya tu, cepat cepat follow IG kite, @syeqa.my. Tapi kite update di luar waktu kerja je

Sebab kite dah join dropship baru. So, ada pelbagai collections baju yang ada. Believe me, I am your trusted dropshipper. Eheee. Usha la sidebar SYEQA.MY kat sebelah kanan blog ni. Sneak peak katanya

Till then,
Wassalam