31 December 2018

Welcoming my favourite month of the year!

Assalamualaikum and hi! 😊

Welcoming my fav month of the year with loving arms ❤️ I usually become very excited on this date in every year because tomorrow is January 1. Heee. It's my birth month!

My only hope for 2019 is definitely the year of less-drama, no excuses. I wish to help a lot of people in 2019 as much as I could. I wish to build strong client database in 2019. I wish I could find my business partner in 2019. I wish I could qualified for free trip this year, bring along my family too ❤️

It's my dream in 2019. I begin to like number 1 & 9.

Me and husband both 1991
Get married on 1 September
Expecting a baby in July 2019

May 2019 become your glorious year too. Let us strive for it ❤️💪

Oh ya. I plan to frequently updating my blog in the year 2019. Making this blog as my online diaries. Making this blog as the place where I could express my story, feeling, job, experience, life, travel, and many more.

Because other social media nowadays are filled with negativity. Too much negativity can ruin our mental health. Be positive always.

Much love ❤️
Happy New Year all!

Wassalam.


26 December 2018

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

Assalamualaikum and hi! :)

Ada segmen baru. Rasa macam nak join dan memeriahkan blog saya ni.



Click banner for join :)



p/s: Dah alang alang singgah sini, kalau sudi, tolong saya klik iklan iklan demi tabung saya ya ;) Nanti saya blogwalking, saya singgah klik iklan korang juga. Notify me at comment below <3 Thank youuuuuu! 


24 December 2018

Hibah Melalui Takaful

Assalamualaikum & hi!


Hibah melalui takaful. Salah satu perancangan kewangan yang ramai diambil oleh golongan 'breadwinner' masa kini ❤️ Betapa mereka sayangkan keluarga, taknak keluarga mengalami kesusahan dan kepayahan dari segi kewangan apabila mereka telah tiada lagi di dunia

Hibah melalui takaful ni juga boleh dipanggil sebagai pengganti gaji ❤️ Dimana kita boleh prepare sumber kewangan yg sama dengan monthly income kita apabila kita ditimpa musibah seperti kecacatan kekal ataupun kanser (satu penyakit tidak kira usia, yg semakin popular masa kini)

Takaful tidak menjadikan kita kaya, tetapi InsyaAllah dapat bantu kita dan keluarga untuk survive at least for 10 years

Let us prepare our #hibahmelaluitakaful today 💕
Siapa lagi nak tolong diri sendiri kalau bukan diri sendiri. Hihi 😊

Syafiqa PruBSN
014-8429745

16 December 2018

Last Call For All : Jom Bertakaful Sebelum Masuk Tahun Baru

Assalamualaikum & hi! :)

Siapa kat sini masih belum ada takaful dan ada plan nak apply sebelum masuk tahun baru? Jom jom jom kita buat sekarang.

Nak tahu Prudential ada buat OFFER One Month Cashback kepada semua yang berminat nak prepare akaun takaful perlindungan diri. Ini bermakna seolah olah anda dapat First Month Free Contribution.

Love sangat!

Seperti yang kita semua tahu, zaman sekarang takaful adalah satu kewajipan yang kita perlu ada kalau ia termasuk dalam perancangan kewangan anda. Nak tahu kenapa?

  1. Bila ditimpa musibah yang tidak diingini contohnya seperti cacat kekal atau sakit kritikal yang menyebabkan kita tidak lagi mampu bekerja, source of money daripada takaful lah yang akan bantu kita survive untuk hidup.
  2. Kalau kita takde source of income yang kita generate dalam akaun takaful kita, ini akan menyebabkan simpanan kita selama ni di dalam Tabung Haji atau ASB contohnya akan terganggu.
  3. Ada juga yang terpaksa bergadai tanah dan harta untuk membayar bil hospital dan juga untuk kelangsungan hidup keluarga.
  4. Takaful bukan saja membantu kita membayar bil hopsital yang tinggi, bahkan juga membantu kita meneruskan kehidupan seandainya ditimpa musibah.
  5. inilah pekerjaan kami sebagai ejen atau perunding takaful, iaitu membantu menyebarkan idea simpanan wang di dalam tabung takaful.
  6. Dah ramai yang pernah menggunakan benefit daripada takaful dan sudah ramai juga yang telah mendapat pampasan daripada takaful apabila ditimpa musibah.
Kalau boleh, kami nak bantu ramai lagi rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu supaya kita sama sama dapat bersedia dengan kemungkinan yang datang. 

"We can't do nothing for things we can't control, but we can prepare early"

Jom kita sediakan akaun takaful seawal mungkin :) Bagi yang belum mampu, jangan risau. Fokus pada tambah income dan kurangkan komitmen yang tidak penting supaya kita dapat maintain lifestyle kita.

Ikhlas daripada saya,
Syafiqa PruBSN
014-8429745


14 December 2018

Kos Hidup Lebih Rendah, Hidup Lebih Tenang

Assalamualaikum & hi! :)

Mungkin ada yang dah tahu, atau mungkin ada yang belum tahu. Currently I'm staying with my mother kat kampung disebabkan morning sickness yang agak teruk. Had to quit my job and rest at home. Had to stay far away from my husband yang sedang bekerja di KL.

Mama saya orang Batu Gajah, Perak. Bila dah pencen, Mama settle down di kampung halaman dia. Sambil menjaga cucu cucu kecilnya (anak kakak sulung saya, sorang 5 tahun, sorang 3 tahun) to kill time. Orang dah biasa bekerja, bila takde kerja jadi bosan.

Memang kalau dibagi pilihan, memang nak je duduk kampung macam ni. Free from kesibukan kota, free from traffic jem, free from hustle here and there. Kita cukup rimas duduk bandar (rumah kat Bangi), semua benda mahal. Haha.

Batu Gajah not bad. 30 minutes from Ipoh. Nak kata kecik, tak kecik sangat. Nak kata besar tak besar sangat. Kalau pergi pasar minggu (orang sini panggil market), masyaAllah harga barang 5 kali lebih murah. Seronok betul. Dapat bezakan kos tu ya Allah bagai langit dan bumi.

Tenangnya rasa bila duduk kampung. Lagi lagi bila Mama decide nak pindah rumah kampung (tak duduk dah di rumah arwah Opah kami). Atas sebab tertentu, terpaksa berpindah. Pada saya, bersyukur sangat sebab lagi selesa duduk rumah kampung sekarang. Very very very comfortable!

By the way, tadi bawak Mama dan anak anak sedara ke Eco Shop (bagi yang tak tau, ni kedai RM2 tauu. Tapi harga barang sekarang dah jadi RM2.10 pulak haha). Saje shopping untuk anak anak sedara untuk isi masa diorang kat rumah. Dengan prinsip tidak menggalakkan anak anak kecil sibuk dengan gadgets dan kartun, saya lebih suka bawa mereka buat aktiviti aktiviti yang mengasah skill dan kreativiti yang boleh meransang perkembangan otak.

Saya belikan colour pencil, set pensil dan pemadam, colouring books, and sedikit buku bacaan sesuai dengan peringkat umur. Sesuatu yang saya suka buat masa saya masih kecil dulu. Macam ni lah cara Mama didik kami adik beradik. Macam tu jugaklah saya nak anak anak sedara dan anak saya nanti membesar. Bukan langsung tak nak bagi gadgets and kartun, tapi ada jadualnya. Ada limitation nya. Bak kata Atok diorang, kena ada disiplin.

Makan pada waktunya, bangun tidur kemas tilam, mandi pada waktunya, pandai mengurus diri. Waktu makan jangan sibuk dengan gadgets, kena ada kesopanan dan pandai buat kerja rumah dan sikit kerja kampung. Dedahkan diorang dengan skills semulajadi.

Nak dijadikan cerita, dah pilih semua barang penuh sebakul tadi termasuklah barang keperluan diri, sampai kat kaunter, total only RM50. Terus cakap kat Mama, 'Oh, RM50 jerrr". Hahahaha murahnyaaaaaa! Geram pulak kita. Kualiti barang takdelah teruk sangat. Not bad!

Kat Bangi ada je Eco Shop, tapi tak lalu la kita nak pergi, sentiasa je ramai orang. Serabut zis. Kat sini tenang betul. Love sangat!

Alhamdulillah :)

By the way, sekarang tengah cuba nak naikkan sales online shop saya. Almaklumlah, dah jobless sekarang kena cari cara generate income sendiri dari rumah. Dah lama buat online business, harapnya kekal sihat dan boleh kembangkan lagi sales sehari hari.

Adalah google sikit cara nak naikkan income through instagram. InsyaAllah cuba ikut. Jomlah tengok kita jual apa, mana tau berkenan tengok baju and tudung saya jual. Jap kasi link kat bawah

Saya jual MyKish Strawberry Lipbalm = syeqa.lippies
Saya jual bawal printed & kurung moden = darinsophia

Kalau sudi, meh singgah. Kalau berkenan, meh la order ;)

Till then,
Nanti kita cerita cerita lagi.




13 December 2018

2018 Mistake

That was my biggest mistake in 2018.
Not going to repeat the same mistake again in 2019.
So sorry need to avoid certain thing.
Sebab tak nak gali lubang untuk tutup lubang lain.

It ruins my kpi.
Ruins my trust.
Ruins my energy.

Tetapi tak semua yang berlaku perlu aku sesali.
Ada banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat pelajari sepanjang tahun 2018.
Ambil yang jernih, buang yang keruh.

From now on, I will do what my heart tells me to do.
I will do what my heart wants me to do.

Tapi tak juga.
Mistake nya haritu ikut sangat kata hati.
Ha ha ha.

If 2018 is the year of ruins ruins, I will make sure my 2019 is awesome.

Tahun 2019, bakal menerima family baru.
Banyak yang perlu dibaiki.
Especially bab kesihatan kewangan.

Oh man, I thought kesihatan kewangan I akan pulih pada tahun 2018.
Tapi tak juga ha ha.
I invest, but biasalah. Investment ada risiko kerugian.

I'll make sure, 2019 I akan lebih berhati hati.
Moga yang baik baik je untuk kita :)

Sometimes, apa yang kita nak bukan baik untuk kita.

12 December 2018

My First Pregnancy Journey : Balik Kampung

Assalamualaikum & Hi :)

Mabuk pregnant masih lagi melanda diri ini. Bila duduk sorang kat rumah rasanya makin teruk je. Nak masak sendiri tak lalu, Nak makan tak lalu. Muntah sana muntah sini. Memang tak mampu nak jaga diri sendiri.

Bangun pagi tak payah cakap la, memang teruk bebenor rasa. Dah takde rupa orang. Diri tak terurus. Makan pun tak jaga. Takde mood rasa haha. Pening 24hrs. Heartburn setiap masa. Waduh. Sebab tu la kan syurga tu ditapak kaki ibu. Ini saya baru rasa dugaan mengandung. Belum lagi melahirkan dan menjaga anak.

Disebabkan saya and husband belum ada rumah sewa sendiri, jadi husband tak dapat nak selalu ada dengan saya. Husband duduk dengan family. Tak jauh pun dari rumah sewa saya. Saya duduk dengan kawan kawan bujang yang lain.

Jadi, haritu bincang dengan husband. Apa kata kalau saya balik kampung duduk dengan Mama saya. Kebetulan, Mama baru pindah rumah kampung. Duduk pulak dengan anak anak sedara je. Ayah kami duduk dengan kakak sulung saya kat Seri Kembangan, warded hospital sebab ada dialysis.

Kebetulan jugak, kereta Mama selalu rosak. Gear la, minyak bocor la. Almaklum, kereta dah usia lebih 10 tahun. Dah patut pencen. Kalau baiki pun, tak lama dia elok. Bolehlah Mama pakai kereta dia yang saya pinjam tu. Lagi lagi dah tak bekerja sekarang ni. Berhenti kerja sebab memang unable to do my work kat office dah.

Banyak yang jadi sepanjang kemabukan ni haha. Mungkin ada hikmahNya. Lepas ni bila dah sihat, dah bersalin, anak dah besar sikit, mungkin boleh sambung kerja balik. InsyaAllah. Kesian kat suami kerja sorang sorang. Duduk kat kotaraya besar, kos tinggi, susah kalau dua dua tak bekerja.

Kita pun ada komitmen sendiri. Takkan nak suami tanggung semua kan. Moga ada hikmahlah semua ni. Moga sentiasa murah rezeki suami saya.

Jadinya, kita PJJ la sekejap dengan husband kita sementara nak pulihkan kesihatan ni. At least kat kampung ada Mama, anak anak sedara yang boleh dilayan. Kalau duduk terperuk sorang kat rumah, rasanya lagi teruk mabuk ni.

Dah 2 hari kat kampung. Suka sangat dengan rumah kampung yang Mama baru sewa ni. Selesa. Ada pagar. Kalau rumah kampung sendiri, rimas duduk. Panjang ceritanya haha. Biarlah rumah pusaka yang tak seberapa tak perlu direbut rebut.

Wahai baby dalam perut, sengaja Umi ceritakan journey pregnancy Umi kat blog. Supaya nanti Umi boleh baca balik. Baby doakan Ayah pun kuat untuk kita. Moga rezeki keluarga kecil kita murah selalu. Duduk kampung, rasa sedikit tenang dan aman. Cuma, jauh dengan Ayah. Takpe, kita kena doakan Ayah sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah.

Haritu pergi scan baby. Doktor bagitau ada ovarian cyst. Tapi tak besar. Kalau lebih 4cm, Umi kena refer ke hospital. Baby doakan ovarian cyst Umi mengecik tau. Biar Baby je membesar. InsyaAllah.



Semoga baik baik je semuanya :)

Till then,
Nanti kita cerita lagi.

p/s: Cerita Seribu Rindu dah start :p