14 February 2019

My First Pregnancy Journey : Minum air gula

Assalamualaikum and hi! :)

Harini tadi ada appointment di klinik kesihatan. Ambik darah and minum air gula. Sebelum ni bila baca pengalaman orang lain, saya bayangkan macam ngeri je minum air gula ni hahahahaha.

Tapi ternyata iyaaaaaaaa!

Mungkin bagi saya ianya satu pengalaman ngeri. Mungkin bagi sesetengah orang lain, alaaa beshe beshe jeeee tuuu. Kenapa ngeri bagi saya, sebab masa minum air gula tu separuh cawan tetiba muntah. Haha. Pastu kuatkan semangat habiskan jugak air gula tu sikit demi sikit sebab takut muntah lagi. Lama jugak ambik masa sampai nurse tegur "eh awak baru habis minum rupanya". I hanya mampu sengih haha. Nurse tu baik, lemah lembut and bersopan santun. Cantik pulak tu.

Dah la kena puasa daripada pukul 12 malam semalam sampai ke pagi ni. Memang perut kosong. Kepala pun dah start pening lepas minum air gula tu. So after minum air gula kena tunggu 2 jam. Masa menunggu ya Allah seksanya rasa hahaha. Mabuk, pening, klinik agak panas sikit sebab takde air conditioner and ramai juga ibu ibu mengandung yg check up harini.

Saya tahan je mabuk tu. Saya distract rasa mabuk tu dengan layan animasi nopal jap kat instagram. Nasib ada Mama teman harini and tolong drive. Borak borak dengan Mama sampai 2 jam.

After 2 jam nama saya pun dipanggil untuk ambik darah lagi sekali. Hee. Masa tu rasa lega dah yeeeihhh boleh makan japgi. After settle ambik darah berjalanlah sis keluar ke pintu utama. Haaaa ambik kau masa tu tetiba nak muntah dah tak sempat pergi toilet sauk je plastik kecik dalam beg. Nahhh tu semua air gula tu keluar balik. Haha. Seksanya daku rasakan ketika itu.

Setelkan jap drama muntah muntah ditepi parking. Keluarkan semua baru rasa lega ye tak. Ok dah setel drama tu barulah cuci muka semua, ambik nafas kejap then terus ajak mama beli air buah kat gerai tepi jalan. Nurse pesan minum air dulu baru makan.

Fuhh besar dugaan dalam perjalanan menjadi seorang ibu ni kan? Ish ish moga anak menjadi anak yang soleh/solehah. Seriously sejak mula mengandung sampai sekarang dah 19 weeks, selera makan saya masih lagi tak normal. Kurang makan nasi, tak lalu. Serious tak lalu. Rasa nak muntah balik je tengok nasi berlauk.

I only eat makanan ringan macam pisang goreng, keropok lekor, kuih, roti. Tu je boleh masuk. Nasik ni kadang2 je boleh masuk. Disebabkan itu, nurse suruh datang balik 26hb untuk timbang berat. Mungkin sebab berat tak naik secara normal kot huhuhuhuhuhuhu.

Doakan saya semua.
I am literally dying bila morning sickness menyerang. Hukhuk.

Saya doakan baby ni sihat je and sempurna sifatnya. Aamiin.

Doodle Planner 2019 Giveaway

Assalamualaikum and hi! :)

Another interesting giveaway to join. Jom tekan link gambar dibawah untuk syarat penyertaan.


Saya nak tag rakan blogger untuk join GA ni tapi saya tak tau kenapa tak boleh pulak :( Meh la join ramai ramai!

All the best!

Giveaway Cash Blogger Malaysia

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks rakan Blogger Malaysia!


Bitter

Assalamualaikum and hi :)

Zaman sekarang ni MasyaAllah sistur bukak je lah mana mana media sosial kecuali blog, ramai betul jenis manusia bitter, tak boleh tengok orang lain senang, semua benda dari sekecil kecil zarah pun nak kutuk, leave comment yg menyakitkan hati. Tak cukup dengan itu, screenshot negative comment from other people and share lagi dekat orang lain.

Benda baik pun kena kecam, apetah lagi benda buruk. Orang yg share tips kewangan pun kena kecam, yang berniaga pun kena kecam, yang duduk diam tak buat pun apa kena kecam. Ya Allah I just cant. Cukuplah tu. Bila asyik terbaca benda benda negatif, rasanya hati saya pun jadi kotor dan busuk lama lama nanti.

Mujurlah ada blog. Blogger takde perangai macam ni. Terlalu keras dan negative komen orang. Takde pun nak jatuhkan orang. Baik sis lepak sini je :)

Orang orang sini positif belaka. Blogger hanya cerita tentang diri sendiri, bukan cerita pasal orang. Harap kekal macam ni.


13 February 2019

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

Assalamualaikum and hi! :)

Yeay another giveaway! Ramainya birthday Februari. Actually Bulan Februari pun bulan istimewa buat saya sebab:

1. Birthday suami 6hb
2. Birthday ayah 13hb
3. 6th anniversary (husband and I started dating on 22/2/2013)



Btw, cantik banner Yaya Azura buat ni. Suka tengok. Click banner to join okay! Joinlah hadiah comel comel je.

BIRTHDAY WISHES FOR YAYA AZURA:

Selamat Hari Lahir saya ucapkan pada Yaya Azura. Semoga mendapat keberkatan umur daripada Allah swt, sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta, dikurniakan rezeki melimpah ruah dari segi wealth, ilmu dan juga keluarga/sahabat yang baik.


#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip






Entry Mrs Pip yang saya suka:


Pada bakal ibu pertama untuk saya, memang info info berkaitan berpantang yang saya cari. Bab bab berpantang bukan satu hal yang saya harus pandang enteng. Sebab kalau tak berpantang dengan baik, mesti badan mudah sakit nanti. Saya percaya kalau jaga pantang insyaAllah badan sihat. Sebab nenek, mak dan kakak kakak saya memang jaga pantang and badan still maintain cantik dan sihat walaupun beranak 6, 5 or 2. I want to stay healthy like that :)

Jom join GA by Mrs Pip. Tekan je banner di atas ya!



Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!




ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.


Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html#ixzz5fOqMTUaU

12 February 2019

Thank you blogger The Wonderful Jannah

Assalamualaikum and hi! :)

Wahhh baru je dapat bukak blog harini setelah kemabukan selama 10 hari haha! Banyak comments dari rakan blogger yang baru saya dapat baca. And dapat juga berita dipilih sebagai bloglist The Wonderful Jannah!




Terima kasih saya ucapkan pada The Wonderful Jannah dan tahniah juga pada blogger lain :)