31 December 2018

Welcoming my favourite month of the year!

Assalamualaikum and hi! 😊

Welcoming my fav month of the year with loving arms ❤️ I usually become very excited on this date in every year because tomorrow is January 1. Heee. It's my birth month!

My only hope for 2019 is definitely the year of less-drama, no excuses. I wish to help a lot of people in 2019 as much as I could. I wish to build strong client database in 2019. I wish I could find my business partner in 2019. I wish I could qualified for free trip this year, bring along my family too ❤️

It's my dream in 2019. I begin to like number 1 & 9.

Me and husband both 1991
Get married on 1 September
Expecting a baby in July 2019

May 2019 become your glorious year too. Let us strive for it ❤️💪

Oh ya. I plan to frequently updating my blog in the year 2019. Making this blog as my online diaries. Making this blog as the place where I could express my story, feeling, job, experience, life, travel, and many more.

Because other social media nowadays are filled with negativity. Too much negativity can ruin our mental health. Be positive always.

Much love ❤️
Happy New Year all!

Wassalam.


26 December 2018

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

Assalamualaikum and hi! :)

Ada segmen baru. Rasa macam nak join dan memeriahkan blog saya ni.



Click banner for join :)



p/s: Dah alang alang singgah sini, kalau sudi, tolong saya klik iklan iklan demi tabung saya ya ;) Nanti saya blogwalking, saya singgah klik iklan korang juga. Notify me at comment below <3 Thank youuuuuu! 


24 December 2018

Hibah Melalui Takaful

Assalamualaikum & hi!


Hibah melalui takaful. Salah satu perancangan kewangan yang ramai diambil oleh golongan 'breadwinner' masa kini ❤️ Betapa mereka sayangkan keluarga, taknak keluarga mengalami kesusahan dan kepayahan dari segi kewangan apabila mereka telah tiada lagi di dunia

Hibah melalui takaful ni juga boleh dipanggil sebagai pengganti gaji ❤️ Dimana kita boleh prepare sumber kewangan yg sama dengan monthly income kita apabila kita ditimpa musibah seperti kecacatan kekal ataupun kanser (satu penyakit tidak kira usia, yg semakin popular masa kini)

Takaful tidak menjadikan kita kaya, tetapi InsyaAllah dapat bantu kita dan keluarga untuk survive at least for 10 years

Let us prepare our #hibahmelaluitakaful today 💕
Siapa lagi nak tolong diri sendiri kalau bukan diri sendiri. Hihi 😊

Syafiqa PruBSN
014-8429745

16 December 2018

Last Call For All : Jom Bertakaful Sebelum Masuk Tahun Baru

Assalamualaikum & hi! :)

Siapa kat sini masih belum ada takaful dan ada plan nak apply sebelum masuk tahun baru? Jom jom jom kita buat sekarang.

Nak tahu Prudential ada buat OFFER One Month Cashback kepada semua yang berminat nak prepare akaun takaful perlindungan diri. Ini bermakna seolah olah anda dapat First Month Free Contribution.

Love sangat!

Seperti yang kita semua tahu, zaman sekarang takaful adalah satu kewajipan yang kita perlu ada kalau ia termasuk dalam perancangan kewangan anda. Nak tahu kenapa?

  1. Bila ditimpa musibah yang tidak diingini contohnya seperti cacat kekal atau sakit kritikal yang menyebabkan kita tidak lagi mampu bekerja, source of money daripada takaful lah yang akan bantu kita survive untuk hidup.
  2. Kalau kita takde source of income yang kita generate dalam akaun takaful kita, ini akan menyebabkan simpanan kita selama ni di dalam Tabung Haji atau ASB contohnya akan terganggu.
  3. Ada juga yang terpaksa bergadai tanah dan harta untuk membayar bil hospital dan juga untuk kelangsungan hidup keluarga.
  4. Takaful bukan saja membantu kita membayar bil hopsital yang tinggi, bahkan juga membantu kita meneruskan kehidupan seandainya ditimpa musibah.
  5. inilah pekerjaan kami sebagai ejen atau perunding takaful, iaitu membantu menyebarkan idea simpanan wang di dalam tabung takaful.
  6. Dah ramai yang pernah menggunakan benefit daripada takaful dan sudah ramai juga yang telah mendapat pampasan daripada takaful apabila ditimpa musibah.
Kalau boleh, kami nak bantu ramai lagi rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu supaya kita sama sama dapat bersedia dengan kemungkinan yang datang. 

"We can't do nothing for things we can't control, but we can prepare early"

Jom kita sediakan akaun takaful seawal mungkin :) Bagi yang belum mampu, jangan risau. Fokus pada tambah income dan kurangkan komitmen yang tidak penting supaya kita dapat maintain lifestyle kita.

Ikhlas daripada saya,
Syafiqa PruBSN
014-8429745


14 December 2018

Kos Hidup Lebih Rendah, Hidup Lebih Tenang

Assalamualaikum & hi! :)

Mungkin ada yang dah tahu, atau mungkin ada yang belum tahu. Currently I'm staying with my mother kat kampung disebabkan morning sickness yang agak teruk. Had to quit my job and rest at home. Had to stay far away from my husband yang sedang bekerja di KL.

Mama saya orang Batu Gajah, Perak. Bila dah pencen, Mama settle down di kampung halaman dia. Sambil menjaga cucu cucu kecilnya (anak kakak sulung saya, sorang 5 tahun, sorang 3 tahun) to kill time. Orang dah biasa bekerja, bila takde kerja jadi bosan.

Memang kalau dibagi pilihan, memang nak je duduk kampung macam ni. Free from kesibukan kota, free from traffic jem, free from hustle here and there. Kita cukup rimas duduk bandar (rumah kat Bangi), semua benda mahal. Haha.

Batu Gajah not bad. 30 minutes from Ipoh. Nak kata kecik, tak kecik sangat. Nak kata besar tak besar sangat. Kalau pergi pasar minggu (orang sini panggil market), masyaAllah harga barang 5 kali lebih murah. Seronok betul. Dapat bezakan kos tu ya Allah bagai langit dan bumi.

Tenangnya rasa bila duduk kampung. Lagi lagi bila Mama decide nak pindah rumah kampung (tak duduk dah di rumah arwah Opah kami). Atas sebab tertentu, terpaksa berpindah. Pada saya, bersyukur sangat sebab lagi selesa duduk rumah kampung sekarang. Very very very comfortable!

By the way, tadi bawak Mama dan anak anak sedara ke Eco Shop (bagi yang tak tau, ni kedai RM2 tauu. Tapi harga barang sekarang dah jadi RM2.10 pulak haha). Saje shopping untuk anak anak sedara untuk isi masa diorang kat rumah. Dengan prinsip tidak menggalakkan anak anak kecil sibuk dengan gadgets dan kartun, saya lebih suka bawa mereka buat aktiviti aktiviti yang mengasah skill dan kreativiti yang boleh meransang perkembangan otak.

Saya belikan colour pencil, set pensil dan pemadam, colouring books, and sedikit buku bacaan sesuai dengan peringkat umur. Sesuatu yang saya suka buat masa saya masih kecil dulu. Macam ni lah cara Mama didik kami adik beradik. Macam tu jugaklah saya nak anak anak sedara dan anak saya nanti membesar. Bukan langsung tak nak bagi gadgets and kartun, tapi ada jadualnya. Ada limitation nya. Bak kata Atok diorang, kena ada disiplin.

Makan pada waktunya, bangun tidur kemas tilam, mandi pada waktunya, pandai mengurus diri. Waktu makan jangan sibuk dengan gadgets, kena ada kesopanan dan pandai buat kerja rumah dan sikit kerja kampung. Dedahkan diorang dengan skills semulajadi.

Nak dijadikan cerita, dah pilih semua barang penuh sebakul tadi termasuklah barang keperluan diri, sampai kat kaunter, total only RM50. Terus cakap kat Mama, 'Oh, RM50 jerrr". Hahahaha murahnyaaaaaa! Geram pulak kita. Kualiti barang takdelah teruk sangat. Not bad!

Kat Bangi ada je Eco Shop, tapi tak lalu la kita nak pergi, sentiasa je ramai orang. Serabut zis. Kat sini tenang betul. Love sangat!

Alhamdulillah :)

By the way, sekarang tengah cuba nak naikkan sales online shop saya. Almaklumlah, dah jobless sekarang kena cari cara generate income sendiri dari rumah. Dah lama buat online business, harapnya kekal sihat dan boleh kembangkan lagi sales sehari hari.

Adalah google sikit cara nak naikkan income through instagram. InsyaAllah cuba ikut. Jomlah tengok kita jual apa, mana tau berkenan tengok baju and tudung saya jual. Jap kasi link kat bawah

Saya jual MyKish Strawberry Lipbalm = syeqa.lippies
Saya jual bawal printed & kurung moden = darinsophia

Kalau sudi, meh singgah. Kalau berkenan, meh la order ;)

Till then,
Nanti kita cerita cerita lagi.




13 December 2018

2018 Mistake

That was my biggest mistake in 2018.
Not going to repeat the same mistake again in 2019.
So sorry need to avoid certain thing.
Sebab tak nak gali lubang untuk tutup lubang lain.

It ruins my kpi.
Ruins my trust.
Ruins my energy.

Tetapi tak semua yang berlaku perlu aku sesali.
Ada banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat pelajari sepanjang tahun 2018.
Ambil yang jernih, buang yang keruh.

From now on, I will do what my heart tells me to do.
I will do what my heart wants me to do.

Tapi tak juga.
Mistake nya haritu ikut sangat kata hati.
Ha ha ha.

If 2018 is the year of ruins ruins, I will make sure my 2019 is awesome.

Tahun 2019, bakal menerima family baru.
Banyak yang perlu dibaiki.
Especially bab kesihatan kewangan.

Oh man, I thought kesihatan kewangan I akan pulih pada tahun 2018.
Tapi tak juga ha ha.
I invest, but biasalah. Investment ada risiko kerugian.

I'll make sure, 2019 I akan lebih berhati hati.
Moga yang baik baik je untuk kita :)

Sometimes, apa yang kita nak bukan baik untuk kita.

12 December 2018

My First Pregnancy Journey : Balik Kampung

Assalamualaikum & Hi :)

Mabuk pregnant masih lagi melanda diri ini. Bila duduk sorang kat rumah rasanya makin teruk je. Nak masak sendiri tak lalu, Nak makan tak lalu. Muntah sana muntah sini. Memang tak mampu nak jaga diri sendiri.

Bangun pagi tak payah cakap la, memang teruk bebenor rasa. Dah takde rupa orang. Diri tak terurus. Makan pun tak jaga. Takde mood rasa haha. Pening 24hrs. Heartburn setiap masa. Waduh. Sebab tu la kan syurga tu ditapak kaki ibu. Ini saya baru rasa dugaan mengandung. Belum lagi melahirkan dan menjaga anak.

Disebabkan saya and husband belum ada rumah sewa sendiri, jadi husband tak dapat nak selalu ada dengan saya. Husband duduk dengan family. Tak jauh pun dari rumah sewa saya. Saya duduk dengan kawan kawan bujang yang lain.

Jadi, haritu bincang dengan husband. Apa kata kalau saya balik kampung duduk dengan Mama saya. Kebetulan, Mama baru pindah rumah kampung. Duduk pulak dengan anak anak sedara je. Ayah kami duduk dengan kakak sulung saya kat Seri Kembangan, warded hospital sebab ada dialysis.

Kebetulan jugak, kereta Mama selalu rosak. Gear la, minyak bocor la. Almaklum, kereta dah usia lebih 10 tahun. Dah patut pencen. Kalau baiki pun, tak lama dia elok. Bolehlah Mama pakai kereta dia yang saya pinjam tu. Lagi lagi dah tak bekerja sekarang ni. Berhenti kerja sebab memang unable to do my work kat office dah.

Banyak yang jadi sepanjang kemabukan ni haha. Mungkin ada hikmahNya. Lepas ni bila dah sihat, dah bersalin, anak dah besar sikit, mungkin boleh sambung kerja balik. InsyaAllah. Kesian kat suami kerja sorang sorang. Duduk kat kotaraya besar, kos tinggi, susah kalau dua dua tak bekerja.

Kita pun ada komitmen sendiri. Takkan nak suami tanggung semua kan. Moga ada hikmahlah semua ni. Moga sentiasa murah rezeki suami saya.

Jadinya, kita PJJ la sekejap dengan husband kita sementara nak pulihkan kesihatan ni. At least kat kampung ada Mama, anak anak sedara yang boleh dilayan. Kalau duduk terperuk sorang kat rumah, rasanya lagi teruk mabuk ni.

Dah 2 hari kat kampung. Suka sangat dengan rumah kampung yang Mama baru sewa ni. Selesa. Ada pagar. Kalau rumah kampung sendiri, rimas duduk. Panjang ceritanya haha. Biarlah rumah pusaka yang tak seberapa tak perlu direbut rebut.

Wahai baby dalam perut, sengaja Umi ceritakan journey pregnancy Umi kat blog. Supaya nanti Umi boleh baca balik. Baby doakan Ayah pun kuat untuk kita. Moga rezeki keluarga kecil kita murah selalu. Duduk kampung, rasa sedikit tenang dan aman. Cuma, jauh dengan Ayah. Takpe, kita kena doakan Ayah sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah.

Haritu pergi scan baby. Doktor bagitau ada ovarian cyst. Tapi tak besar. Kalau lebih 4cm, Umi kena refer ke hospital. Baby doakan ovarian cyst Umi mengecik tau. Biar Baby je membesar. InsyaAllah.



Semoga baik baik je semuanya :)

Till then,
Nanti kita cerita lagi.

p/s: Cerita Seribu Rindu dah start :p


19 November 2018

My First Pregnancy Journey : Morning Sickness

Assalamualaikum and hi.

I am not feeling well today. After few days tahu diri ini pregnant, dengan tak semena morning sickness menyerang saya. Bagi saya, morning sickness ni sangat mengganggu kerja saya. Susah bangun pagi sakit badan, tak lalu makan, rasa nak muntah, tak boleh cium bau makanan, tak larat ni tak larat tu.

Saya tahu dan faham morning sickness ni sangat mencabar untuk ibu mengandung seperti yang saya pernah tengok macam mana kakak kakak dan orang terdekat yang pernah alami. Sebelum ni memang tak faham kenapa morning sickness ni buat orang cepat marah dan takde mood selalu.

Sekarang ni dah faham dah. And dah tahu dah kenapa certain ibu mengandung yang mudah terasa hati bila tengah pregnant. Kalau saya, memang mudah terasa lah bila orang duk kata morning sickness ni jangan dilayan, kena ada mindset, kena tahan and etc.

Kalau saya ni melayan morning sickness, saya tak pergi kerja drive sendiri selama 30-45 minit perjalanan plus traffic jem. Kalau saya ni melayan morning sickness, saya tak paksa diri saya makan masa tengah mual. Kalau saya ni melayan morning sickness, saya tak paksa diri saya buat kerja kat office.

Saya dah pasang mindset supaya morning sickness ni tak lama. Sekejap je. Saya sekarang tengah bertahan.

Don't throw bad words to me. Because some of you are never have ever been in my shoes. I hope one day you will experience it way worser than me. No one understand you, no one care and no one support you.

Today, I am resting at home. Taking my emergency leave sebab dah tak mampu nak tahan lagi. Thanks to those who understand my situation right now.

Writing this just to express my feeling of disappointment. And remain as my bittersweet moment during my pregnancy.

Till then.


9 November 2018

My First Pregnancy Journey: Alhamdulillah

Assalamualaikum and hi :)

Rasa bersyukur tak terhingga bila dapat tahu diri ini mengandung :') Tak sangka akan secepat ni. Sejak seminggu lepas dah mula rasa perubahan pada diri. And baru semalam saya berani untuk pergi dapatkan pregnancy test.

Alhamdulillah result positive. Saya sangat sangat sangat tak sangka seawal ni akan pregnant. Thank you, Allah. Moga baik baik saja kandungan saya ❤️ Saya taknak fikirkan yang buruk buruk. Nak fikir yang baik baik saja. Tapi dalam masa yang sama saya cuba didik diri seawal mungkin untuk hadapi segala kemungkinan yg berlaku dengan baik. InsyaAllah.

Not yet jumpa doktor lagi. InsyaAllah malam ni dengan husband sekali. Husband happy tak terkata and nervous. Kami sama sama nervous.


Nervous betul masa nak tengok result. Alhamdulillah. Disebabkan tak sabar nak tahu kandungan dah berapa minggu, saya install apps pregnancy hihi.


Apps ni minta tarikh period yg paling latest. Jadi dia kirakan automatically dah week yg keberapa. MasyaAllah tak sangka sangat. Patutla seluar bootcut kita tak muat dah nak pakai. Dah jadi team palazo je lah kita. Siap kena shopping lagi palazo sebab lagi selesa kan nak pakai masa pregnant ni.

Moga Allah lindungi saya dan baby sentiasa ❤️ Thank you Allah untuk pengalaman ni.

Nanti saya cerita cerita lagi ya :)

Till then,
Wassalam.


2 November 2018

Dah 2 bulan

Assalamualaikum :)

Dah masuk bulan November. Tak sangka secepat ni tahun 2018 berlalu. 2 bulan je lagi nak habis tahun 2018 ni. I am not really sure kalau awal tahun dulu saya ada set azam baru tak hihihi. Cuma, banyak la yang berlaku dalam tahun ni. Susah senang dia memang mencabar sangat.

Sesuaikan diri kat tempat kerja baru

Sejak 5 September 2018 haritu, saya dah start kerja baru as Administration Officer cum Marketing Assistant kat satu company ni. Alhamdulillah so far bolehlah nak ikut cara company ni.

Walaupun hanya company kecik, tetap ada caruman KWSP dan SOCSO. Ada offer letter yang sangat proper. Agreement yang tak berat sebelah. Ada Human Resource management yang cekap. Tak macam company lain yang saya pernah bekerja yang acah acah famous tapi management hancur.

Satu benda baru yang saya dapat pelajari dan boleh saya apply bila ada company sendiri nanti. Waktu bekerja saya dari 9am hingga 6pm. My off day is on Tuesday. Weekend bekerja. Satu perkara yang tak semua orang sanggup buat. Kalau boleh memang nak cuti weekend kan?

But I have too. Company sekarang offer service. Yang memang perlu buka weekend :) Ini satu pengorbanan yang saya perlu fahamilah. Yang bestnya, gaji memang masuk on time 28hb. Kalau lambat masuk pun akan dibagitahu. Takdelah sampai nak mengemis gaji macam kat company lain before ni. Lunch provided. Memang rasa jimat sangat!

So far dapatlah menyesuaikan diri. Cuma kena improve kecekapan bekerja sebab saya ni kalau mula mula memang slow. Lagi satu selalu salah kira hmm.

Dah 2 bulan berkahwin

Satu lagi perkara yang saya perlu sesuaikan diri ialah dengan family baru. Kadang kadang once a week akan balik rumah mertua tido kat sana. Tak jauh. Masih dalam negeri yang sama. Masib belum dapat duduk serumah dengan husband lagi sebab kami nak kena focus dengan majlis bertandang hujung bulan ni :)

So far masih lagi belum well-blending dengan family baru sebab saya ni pemalu hikhik. Ibu mertua saya bangun aaaaaawal pagi setiap hari prepare breakfast. Saya ni je la 5.30am barulah bangun, tu pun dah siap breakfast huhu. Segan tapi nak buat macam mana. Saya kat rumah orang memang segan nak masak ke apa. Saya lagi prefer tolong mengemas. Haa that is my passion. So kalau off day tu saya tolong la ibu kemas dapur dia hihihi

My husband and I pun masing masing tengah sesuaikan diri. But I find that my husband is sweeter bila dah lepas kawen ni. Sweet yang kadang kadang tak dijangka. Love sangat!

Husband pun kerja weekend that's why saya terima je kerja saya sekarang. Off day pun tak sama hee. Nak buat macam mana kan. Inilah kehidupan. Tapi saya memang okay je off day masa week days. Senang kalau ada urusan bank ke apa ke yang tak bukak masa weekend kan. Nak pergi jalan jalan pun tenang tak ramai orang.

Persistency kerja part time hancur

Haa yang ni buat pening ni. Persistency ni adalah KPI kerja part time saya. Bila persistency below 85% tahun depan kena terminate la I. Omg omg! Saya dah tak reti dah. Bukak Raise serabut dah tengok client punya rekod contribution tak cukup 12 kali tahun lepas. Ada 2 client yang memang dah tak boleh sambung. Takpe I faham.

2 bulan lagi nak habis tahun 2018. I don't know if I could make it. Saya masuk dalam bidang ni as part time sebab nak tambah income tau. Tapi saya rasa tak menambah pun. Menyedut duit saya lagi ada kahkah.

Saya tak nafikan pekerjaan as ejen takaful is very mulia and very flexible. Satu je, jangan cemari kemuliaannya dengan kerakusan kita nak kejar target dan requirement dan reward. Tengok balik niat asal nak tolong orang, bukan nak gunakan orang nak capai dreams.

Saya masih nak job ni tapi kalau kena terminate nanti, saya akan rejoin under someone else je la :)

.....

Conclusion untuk tahun ni. Rasanya tahun ni banyak buat silap. Awal awal tahun lagi dah buat silap. So jangan ulangi lagi kesilapan dulu.

Kerja macam mana pun, simpanan kena mantap lepas ni. Saya berazam nak dalami ilmu kewangan, harta pusaka dan hibah melalui takaful. Supaya nanti dapat jadi bekalan untuk bantu orang lain.

Taknak ulangi kesilapan yang sama :)

.....

Till then,
Nanti saya cerita cerita lagi :)


24 October 2018

Fokus Buat Simpanan

Assalamualaikum :)

Bukan nak kongsi tips ke apa cuma nak keep momentum simpan duit kat blog kita ni je. Saya akui simpanan saya memang dah tahap membimbangkan and saya rasa saya patut ambik tindakan segera. Lebih baik ada kesedaran sekarang daripada tak sedar sedar langsung.

Target pertama yang saya nak achieve adalah dapat simpan sebanyak 3 bulan gaji dalam mana mana bank atau akaun Tabung Haji. Kalau rasa macam 3 bulan tu berat and impossible, boleh try target yang rendah dulu. Contohnya sebulan gaji dulu.

Saya berazam walaupun saya kerja sebagai apapun, walaupun tak suka kerja tu, saya kena bare in mind yang saya saya perlu ada simpanan. Saya bercita cita nak bekerja sendiri. Jadi, simpanan kena wajib ada.

It's okay. Mungkin rasa tak happy sekarang, akan ada masa untuk kita nanti ❤️

Sekadar nukilan di malam hari sebelum tido. Goodnight!

25 September 2018

Majlis Pernikahan Syafiqa x Rasyid 1 September 2018

Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Baru nak jenguk blog sebab lately busy dengan kerja baru: a wife, new job as admin officer and life as a part time takaful agent. Alhamdulillah. So far, everything went well.

Harini adalah off day saya yang betul betul off day. So dapatlah saya update blog. Nak simpan memori majlis pernikahan saya dengan suami saya pada tarikh 20 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 1 September 2018 yang lalu di blog tersayang ni.


Bismillahirrahmanirrahim

Tema warna biru lembut. Kad kawen husband yang buat sendiri. Jemputan untuk majlis nikah tak ramai. Saya utamakan sedara mara Mama di Perak. Majlis pun buat kat kampung Mama: Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, Perak. Nikah jam 10.30am lebih macam tu lah seingat saya. Dah nervous sangat tak dan tengok jam. Haha.


Gambar sebelum dinikahkan. Make up by my second eldest sister, Kak Mira. Heee. Make up simple simple je sebab takut sangat kalau make up artist yang make up kan sebab tak dan nak carik yang sesuai haha. Cukup berpuas hati dengan make up kakak sebab tak tebal dan over sangat sampai mengubah muka.


My husband sebelum dinikahkan. Dinikahkan oleh ayah saya yang berbaju putih :) Alhamdulillah. One of my wishlist, dinikahkan oleh ayah kandung sendiri. Nervous dah tu husband kiteeee.


Hantaran dua dua belah pengantin. Yang kiri (biru) daripada pihak pengantin lelaki. Ibu mertua dan adik adik ipar buat sendiri. Yang belah kanan (pink) daripada pihak pengantin perempuan, kite sewa dulang hantaran dengan By Amalina Yusri (Bangi) je. Heee tak pandai la sis nak gubah sendiri. Sobs. Dulang 5 balas 5. Ya memang lain lah daripada yang biasa. Husband kata, takpe. Haha. Masa bertunang dulu lagi la. Dia bagi 7 kita balas 5. Aigoo asalnya, 3 balas 5. Last minute katanya. Takpe, sis terima <3

Pelamin by Mini Pelamin Perak (IG) & bunga telur by cousin Mama

Flower bouquet

Goodies by my younger brother (Bahulu Fresh Kuala Kangsar)

Alhamdulillah dengan sekali lafaz telah sah menjadi isteri kepada suami saya. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan kami. Let me show you more picture of us :)



We don't hire any official photographer. Gambar semua ihsan daripada family and friend. Thank you sangat sangat yang tolong edit bagi cantik. You guys awesome. Kita tak pandai edit haha.

With Bapak & Mama dan 7 ketoi anak sedara dan juga baby cousin (baju biru)

Family husband, tak cukup sorang adik husband

My family. Tak cukup sorang, abang saya.

Girls only, include adik ipar (2 from left)

Our university friends


My husband and I were classmate in university. Classmate turns into soulmate. Majlis ni tak dapat nak jemput ramai tetamu. InsyaAllah 25 November 2018 nanti akan kami sampaikan jemputan ya :)

Saya tak pandai mengarang ayat appreciation, namun jauh disudut hati amatlah berterima kasih pada semua pihak yang terlibat dengan majlis yang serba sederhana ni. Gambar yang ada ni je lah haha. Outdoor photoshoot bagai takde buat pun. Kihkih.

*puteri lilin mode on*

*********************************************************

Honeymoon kami bertemakan FOOD HUNTING!


Siapa dapat teka kami honeymoon kat mana? <3




14 August 2018

Thank you for the kind words

Assalamualaikum :)

Haritu sedih post entry tengah tengah malam. Harini baru bukak balik blog tengok ada 5 komen dari sahabat bloggers bagi kata kata semangat. Thank you so much! Walaupun tak pernah bersua muka namun sudi juga singgah blog bagi komen komen positif.

Alhamdulillah dah tak sedih. Kembali bersemangat mengharungi cabaran kehidupan seharian. Heee.

Btw, esok bermulanya tugas baru sebagai Admin di HoneyVets Cat Medical Centre. Before ni pernah kerja ditempat sama selama 1 tahun setengah. After 2 years, takdir seakan memanggil manggil saya bekerja semula kat sini. But this time, with different team, different positions.

Nevertheless, I am still a PruBSN takaful agent tau! Heee insyaAllah buat 2 kerja dalam 1 masa :) Moga dapat bahagi masa sebaiknya.

Wish me luck!
❤️

12 August 2018

Counting days: 20 days left

Assalamualaikum

Today I feel sad. I doubting myself whether I could be a good wife or not. I am not a good daughter and sister as well. Am I able to make someone happy? Am I able to make someone feel calm whenever he see me?

Dah berapa kali dah aku sakitkan hati orang? Membuatkan orang lain rasa tak senang dengan kita. Betul kata dia, benda dah lepas. Takde apa yang kita boleh buat utk betulkan keadaan tu semula.

Aku pun tak tau nak buat apa sekarang. 

1 August 2018

JOM KETAHUI KENAPA EJEN MENGGALAKKAN KITA APPLY TAKAFUL SECEPAT MUNGKIN

Semakin lama tempoh polisi kita semakin beruntung sebenarnya

(1)Polisi dah matang, polisi yang sudah melebihi tempoh dua tahun merupakan polisi yang senang digunakan untuk apa2 jenis penyakit ( bukan penyakit sedia ada ), kerana dalam tempoh dua tahun itu adalah tempoh yang boleh dicabar atau disiasat

(2)Tempoh menunggu 4 bulan dah lepas, boleh diguna pakai di mana mana hospital panel kami (Prubsn) seandainya diuji dgn sakit atau apa apa musibah

(3) Polisi “Investment Link”, makin lama sesuatu polisi makin tinggi nilai Cash Value dalam Akaun Takaful. Sedikit sebanyak boleh dijadikan Dana Pendidikan atau simpanan di depan hari

(4) Polisi lama harganya murah dan manfaatnya sgt banyak, jadi hargailah polisi yang sedia ada kerana polisi yang akan datang kita tak tahu harganya berapa dan manfaatnya apa.. Boleh jadi banyak manfaat yang akan dipotong sebab kos perubatan yang tinggi



Jadi pesanan saya kat sini, yang dah ada polisi tu hargailah ianya elok2 sbb kita tak tahu bila yang kita akan menggunakannya.

Copy & paste from Nur Aiza Amira

===============================================

Ask me more about takaful :)
014-8429745
Syafiqa Hatta
PruBSN Takaful


31 July 2018

BILA SUAMI TAK MINAT BERHIBAH?

BILA SUAMI TAK MINAT BERHIBAH?



1. Bencana kewangan buat wanita bermula bila suami gatal kejar Husna, penceraian berlaku, suami meninggal, ketua keluarga kemalangan, masalah kesihatan melanda.

2. Jangan bergantung pada suami sepenuhnya hidup ini. Buat simpanan sendiri. Jika suami tiada kesedaran kewangan,  jangan kongsi berapa simpanan yang kita ada. 

3. Mula belajar beli aset pelaburan seperti emas dan hartanah. Saya adakan kampen 'Gadis Bistari Ada Rumah Sendiri'. Beli sebuah rumah kecil sahaja dan bermula. 

4. Ambil perlindungan diri, jika bencana datang pada diri dan suami ada takaful melindungi. 

5. Jadi Gabenor Kewangan Keluarga, urus kewangan keluarga dengan baik. Wujudkan Tabung Simpanan,  Tabung Pelaburan dan Tabung Perlindungan. 

6. Jangan utamakan tabungan pendidikan anak hingga lupa dana persaraan diri sendiri. 

7. Bab duit jangan beremosi, suami nak pinjam duit suruh buat Pinjaman Peribadi mohon hindari diri. Jangan buat hutang kerana Terlalu Sayang! 

8. Pujuk suami beli aset pelaburan hartanah, jika dia tak berminat himpun duit sendiri dan belilah sebuah rumah kos rendah. 

9. Jangan terlalu lama menyewa, didik suami beli rumah sebelum ada anak pertama. 

10. Hidup ini bukan berserah pada takdir, kita yang harus tadbir dengan baik. 

Suami gaya Shahrizal yang tak boleh buat keputusan ada dimana mana. 

Bersedialah, hidup ini bukan drama. 

Credit to Azizul Azli Ahmad

===========================================

Semoga bermanfaat

Syafiqa Hatta
Ask me more about HIBAH MELALUI TAKAFUL
014-8429745
PruBSN Takaful

30 July 2018

KENAPA PERLU AMBIL MEDICAL CARD UTK BABY SEAWAL USIA 14 HARI?

Assalamualaikum :)

Me with my nephew & niece


● Salah satu penyakit yg sering berlaku pada baby dan kanak-kanak adalah bronchitis, bronchiolitis, dan asthma


● Kalau dah pernah warded atas sebab2 di atas baru nak apply medical card..
√ ️Permohonan approved tapi ada pengecualian asthma
√ Maksudnya boleh warded atas sebab lain tetapi 'tidak cover asthma'.


● Jadi kenapa masih bertangguh lagi utk melindungi anak anda dengan 1 polisi takaful yg merangkumi kad perubatan beserta SIMPANAN PENDIDIKAN!


Kalau seusia masih kecik sediakan Plan Perlindungan Takaful amatlah untung sebab dalam masa mendapat Perlindungan dari segi Takaful Hayat dan Perubatan, dalam masa yang sama simpanan secara tidak langsung agar di depan hari kita dah ada bekal untuk mereka sambung belajar


“I consult you with knowledge and trust”

Copy & paste from Nur Aiza Amira

===================================================

Syafiqa Hatta
014-8429745
PruBSN Takaful

28 July 2018

SAYA DAN TAKAFUL

SAYA & TAKAFUL

My Leader (left) and me

Tugas ejen adalah untuk memastikan semua orang memiliki pelan perlindungan insurans takaful. Sama ada perlindungan hibah, kemalangan atau perubatan.


Peranan ejen takaful adalah sebagai pemudah cara. Selepas membantu client memeterai perjanjian dgn PruBSN Takaful, kerja ejen ialah utk service client tersebut. In case nak masuk hospital,nak claim, nak request kad hilang, monitor payment, itu part of servicing.


Untuk memohon pelan perlindungan ini, anda harus berjumpa dengan ejen yang diyakini dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik.


Barangsiapa meyakini saya akan menjalankan amanah dan tanggungjawab itu dengan baik, boleh pm/whatsapp saya.


Nampak saya serius tak dalam career saya? Kalau ya, kenalkan saya kepada saudara-mara, sahabat handai anda semua. Saya serius nak beri service terbaik untuk mereka.


Your Trusted Fulltime Agent,
Syafiqa Hatta
014-8429745
Prudential Bsn Takaful


Credit Caption : Kak Jazz ❤️

27 July 2018

MEDICAL CARD VS TAKAFUL HAYAT

Assalamualaikum :)

Ramai yang saya jumpa masih lagi Confuse antara 'Medical Card' dan 'Takaful hayat'. Meh sini nak explain sikit pasal perkara ni.



Medical Card V.S Takaful Hayat

Medical card itu bersifat bayar balik (reimbursement) - Bayar balik bil perubatan kepada hospital. Itupun banyak peraturan dan prosedurnya

Takaful hayat pula bersifat pampasan (compensation) - pampasan dapat lump sum dalam nilai yang besar. Tak banyak songeh sangat.

Secara umumnya: - 

Medical card bayar kepada hospital.
Takaful hayat bayar kepada pelanggan. 

Medical card tak berguna dah kalau mati dilanggar lori. Nak rawat apa lagi cheq...

Takaful hayat berguna - dibayar sekaligus (lumpsum) kepada keluarga/penerima hibah.  

Medical card boleh bayar bil potong kaki (amputation) , tapi tak dapat bayar kerusi roda, kaki palsu, peralatan bantuan, kehilangan pendapatan.

Takaful hayat boleh guna wang pampasan untuk bayar peralatan sokongan dan ganti pendapatan. · Kalau manfaat kematian takaful hayat lebih besar dari harga rumah, bank lebih suka pada kita dan tak paksa kita beli insuran loan rumah daripada mereka.

Medical card tak boleh buat begitu. 

Takaful hayat boleh digunakan sebagai fungsi membayar apa-apa hutang peribadi setelah kita pergi supaya roh kita tak sangkut.

Medical card hanya bayar hutang hospital swasta. Hutang peribadi masih sangkut. 

Sayangkan diri Sign Up PELAN PERUBATAN.

Sayangkan Keluarga Sign Up kedua2nya (Pelan Perubatan & Pelan Hayat)

Untuk maklumat lanjut hubungi 

Syafiqa Hatta
014-8429745 ☺️

(Credit Status Muhammad Fauzi)

26 July 2018

RESEPI: Spicy Olio Aglio Tekak Melayu

Assalamualaikum :)

Biasanya kalau order Spicy Olio Aglio kat kedai, saya tak berkenan sangat dengan rasanya yang tasteless, kata spicy tapi tak spicy pun, dan kering.

Jadi, kalau teringin nak makan Spicy Olio Aglio yang menepati citarasa tekak Melayu saya ni, saya masak sendiri kat rumah. Bahan bahan dia senang je :)

Resepi yang saya buat ni resepi yang bolehlah dikatakan campak campak je masa mula mula buat dulu. Lama lama terbitlah satu resepi yang setiap kali buat kena guna bahan yang sama. Yang penting mesti pedas. Barulah sedapppp!

Okay, jom kita start!



BAHAN BAHAN:

1/2 daripada sebungkus spaghetti
4 ulas bawang putih
5 biji cili merah (kalau ni dah cukup pedas bagi saya, nak pedas lagi? Boleh tambah)
1/2 kiub pati ayam
1 biji tomato (potong 8)
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
3 ketul sosej (Boleh jugak tukar kepada isi ayam atau udang atau sotong)
Minyak masak
Brokoli (potong kecil)
Air
Rempah omputeh: Basil/Oregano/Parsley


CARA CARA:

1. Lembutkan spaghetti dalam air panas yang menggelegak. Masukkan 1 sudu minyak masak supaya spaghetti tak melekat antara satu sama lain. Bila spaghetti dah lembut, tuskan airnya dan letak tepi.

2. Tumbuk bawang putih + cili merah tadi sampai lumat.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau. (Tumis sekali dengan oregano kalau nak pakai rempah omputeh yg satu ni ya)

4. Masukkan tomato + sos cili + sos tiram + kiub pati ayam dan tumis sampai tomato hancur menjadi kuah. Tambah sedikit air jika perlu. Tujuan tambah air ni supaya tumisan tak terlalu kering.

5. Bila tomato dah hancur, boleh la masukkan sosej dan brokoli. Gaul mesra.

6. Kemudian, masukkan spaghetti. Gaul sampai spaghetti sebati dengan bahan tumisan. Renjis sikit rempah omputeh (basil/parsley) kalau nak ada sentuhan western sikit.

8. Rasa sikit sedap ke tidak, cukup garam ke tak. Dah cukup rasa, siaplah Spicy Olio Aglio Tekak Melayu kita :)




Cara saya, saya jadikan tomato sebagai perencah tambahan dia. Sebab tu saya goreng sampai hancur. Tujuannya supaya aglio ni tak rasa kering sangat. Macam ala ala basah sikit gitu. Hmm memang sukalah masak macam ni. Lagi lagi harini tak terasa macam nak makan nasi :)

Selamat mencuba!

KENAPA PERLU JUMPA EJEN TAKAFUL?


Paneh benor tak dapat bukak mate


1. Penerangan yang lebih terperinci terus daripada Ejen Terlatih


2. Boleh terus tanya DIRECT kepada Ejen Takaful instead of dengar daripada 3rd party


3. Tiada istilah PELAN TERBAIK! Setiap pelan perlindungan di"DESIGN" mengikut kategori-kategori serta "TARGET MARKET" tertentu


4. Ejen Pushy!! - Diakui memang ada spesis ejen macam ni. Terpulang pada anda. Kalau tak selesa, minta maaf secara baik, stop the conversation and balik je. Jangan hanya seorng ejen yang berpelakuan macam tu, terus cop semua ejen sama.


5. Penerangan melalui wasap hanya intro saja. Jangan hanya membuat perbandingan harga semata-mata. Banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira. Antaranya benefit yang ditawarkan serta keselesaan anda dengan ejen tersebut. Ejen hanya terima komisyen selama 6 tahun (tertakluk kepada pembayaran client). Tapi service yang ditawarkan adalah selagi mana polisi masih inforce


Dengan perkongsian di atas, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami kenapa ejen selalu akan ajak jumpa instead of berhubung melalui telefon semata-mata

Ditulis oleh Nur Aiza Amira (Fb)

========================================

Saya adalah ejen takaful terlatih yang menghadiri setiap training yang agency saya adakan pada setiap minggu. Demi memenuhi dada saya dengan ilmu pengurusan kewangan dan juga harta pusaka. InsyaAllah I will consult you with knowledge and trust.

Syafiqa PruBSN
014-8429745



25 July 2018

BIBIR CANTIK DAN SIHAT DENGAN MYKISH STRAWBERRY LIPBALM

Assalamualaikum :)

Siapa kat sini ada masalah bibir kering?
Keliling bibir hitam?
Bibir pecah pecah?
Bila pakai lipstik favourite, bibir jadi kering mengelupas so finishing tak lawa?

Nak kata post ni REVIEW dari saya, betul juga :) Nak kata saya promote sebab saya jual, ya juga heee. Memang betul, saya mula mula cuba dulu, then start as dropship and then now agent MYKISH for Bandar Baru Bangi.



APA YANG BEST SANGAT TENTANG MYKISH STRAWBERRY LIPBALM NI?

Pada saya, memang MYKISH ni sangat membantu buat bibir saya rasa lembab sentiasa. Sebab before ni bibir kering, pecah pecah. Sometimes pedih sebab kering sangat. Dah try banyak lip moisturizer yang lain tapi still pecah pecah jugak. Tak menyelesaikan masalah pun. So far, try MYKISH ni, inilah lip treatment yang paling berkesan untuk saya :)

Ada lagi kelebihan yang korang patut tahu tentang MYKISH STRAWBERRY LIPBALM

Mengandungi sunflower seed oil, olive fruit oil dan virgin coconut oil

Memelihara kelembapan semulajadi sepanjang hari pada bibir

Kandungan Tocopheryl Acetate (Vitamin E)

Berfungsi sebagai agen pelembab yang merupakan antioksida melindungi bibir daripada sinaran UV dan persekitaran toksin

Menghasilkan dan melembutkan sel sel baru kulit pada bibir agar bibir tampak lebih segar, sihat dan menarik

Fragrance

Perisa strawberry dan mint. Menerbitkan rasa segar dan nyaman selepas disapu.

Bekas berbentuk love. Comel!

Reka bentuk dan keluaran julung kalinya. Boleh dipakai oleh semua peringkat umur!


This is me wearing MYKISH as lipstick and eye shadow. Haa boleh dijadikan eye shadow and blusher jugak tau :) Takdelah muka pucat kalau tak make up. Dia ada effect fresh fresh gitu selepas dicalit. And yes, MYKISH ni ikut warna darah kita. So setiap individu lain warnanya.

One more tips, nak finishing superb bila apply lipmatte kegemaran? Sapu MYKISH dulu. Mesti nampak smooth je lips korang :) Try it!

Founder of MyKish







JOM TENGOK FEEDBACK CUSTOMER PULAK






======================================================

Price: RM45

Okay bagi sesiapa yang nak cuba MYKISH ni whatsapp +60148429745 tauuu! 

Till then,
Wassalam


INSPIRING WORDS





Saya tiada masa untuk berbalah,
Tiada masa untuk membawang, 
Tiada masa untuk cari kesalahan orang,
Tiada masa untuk kecil hati dengan orang, 



Tapi ... Saya perlukan masa, 
Untuk bantu ramai orang, 
Buat baik pada orang, 
Kerja kuat untuk berbuat kebaikan, 
Tingkatkan amalan kebaikan, 
Saya tak tahu berapa lama masa yang saya ada. Untuk saya buat semua itu, begitu juga dengan anda, apa sahaja kebaikan yang 
anda nak buat, segerakan. Kerana kita tak tahu bila setakat umur kita, bila ajal kita.


Dream Big, we’ll get Big....


Positive vibes from 
Al Isra’ Founder 
Hj Othman Shaharum ❤️

24 July 2018

BACA SAMPAI HABIS



SOALAN MANA DULU?
1. Bayar Hutang ke Melabur?
👉Bayar hutang

2. Simpan ke Melabur?
👉Simpan dulu dana kecemasan 3-6 bulan

3. Melabur ke Takaful?
👉Takaful dulu sebab Mati ANYTIME, melabur NO PERFECT TIME

4. Simpan ke Takaful?
👉Simpan sikit, ada lebih, ambil takaful minimum dulu untuk cover hutang

5. Beli ke Sewa rumah?
👉Jika belum ada kemampuan atau kelayakan, sewa dulu, uruskan yang point 1-4

6. Beli Kereta Baru ke Terpakai?
👉Jika ada kenalan yang mekanik kereta, cuba cari kereta yang baru 2 tahun terpakai, dapat jimat susut nilai kereta

7. Belanja ke Simpan dulu?
👉DISIPLINKAN simpan dulu baru belanja, kerana musibah dan mudarat bila2 masa

8. THJ ke ASB?
👉THJ dulu dengan niat menunaikan haji, dan pulangan tahunan disebut sebagai BONUS HAJI, manakala ASB pula adalah dividen atas pelaburan

9. Beli TUNAI ke HUTANG?
👉Jika boleh bertahan untuk menyimpan, belilah MOTOR / GADGET gunakan Dividen/Bonus tahunan ASB/THJ untuk menghargai diri

10. Pinjam ke Minta Sedekah?
👉PINJAM dan pastikan bayar semula atau terus niat untuk membayar semula, minta sedekah kurang baik bersandarkan hadith Bukhari Muslim R.A "Tangan memberi lebih baik dari menerima"

Semoga bermanfaat😊
Credit to Ikha Nur Zaikha ❤️