31 December 2019

It's a wrap for 2019!

Assalamualaikum and hi! :)

Wow hari terakhir untuk tahun 2019 guys. Seawal tahun 2019 haritu, saya dah list down semua Goal and Dreams saya. Tapi hahaha gelak la dulu jap.

Tapi banyak sangat yang tak dapat saya capai atas sebab sebab tertentu. Sebab dan hikmah yang lebih besar daripada Allah swt.

But it's okay. Saya akhirnya dah faham erti dan cara sebenar untuk list down Goal and Dreams. Nama baru yang akan saya letak ialah 'New Resolution', dan saya akan tulis New Resolution untuk setiap bulan.

Cara menulis pun akan saya ubah kepada yang lebih spesifik. Taknak dah aim benda big tapi kelaut lepas tu. Lol.

Apa yang saya nak ubah ialah apa yang saya perlu buat dalam sebulan, seminggu dan sehari. Bukan lagi nak capai itu nak capai ini. Cara macam ni akan membuatkan saya lebih bersemangat nak capai goal and dreams if saya boleh achieve buat setiap hari.

So, saya nak lupakan Goal and Dreams 2019 dan saya nak mulakan New Resolution saya mulai esok, 1 Januari 2020!

This blog would be my daily journal. Saya takkan biarkan journal ni bersawang. Hanya disini saya boleh abadikan setiap apa saya buat and one day I will look back and smile :)

Alhamdulillah for 2020!

Lets get started! ❤️


10 December 2019

My First Born Journey : 5 months

Assalamualaikum and hi! :)

Alhamdulillah 24/11 haritu Dini dah menjangkau usia 5 bulan. Lagi sebulan je dah boleh makan dah. Omg!

Orang kata baby kalau nak tukar bulan, memang meragam lain macam. Haritu menangis jugaklah layan si Dini ni semua benda tak kena. I am exhausted giler that time. And being an angry mom also. Pastu bila tengok dia tido, timbul rasa menyesal.

Haritu attend wedding classmate dekat Uni dulu. Kebetulan ibu mertua ada trip sekolah ke Langkawi. So dapatlah pinjam kereta ibu untuk ke wedding tu yg diadakan di Bangi. Haa.. Sempena tahun 2020 yang akan wajibkan penggunaan child carseat, kitorang pun try praktis pakai carseat untuk Dini.


Olooo tertido anak Ummi dalam carseat. Anyway, ni first time pakai and nampaknya Dini bagi kerjasama yang baik. Tak menangis, tak meraung sibuk nak lepas dari carseat. Lepas menyusu dah mamai mamai, terus duduk diam je dalam carseat dan tertido sendiri.

Tapi na-ah jangan puji dulu sebab mungkin masa tu mood dia baik 😂😝 So dia behave. Taktau la mungkin lepas lepas ni taktau la pulak macam mana ragam dia sebab akan semakin banyak akal dan dah pandai berfikir.


So far Dini kalau bawak keluar memang behave, asalkan menyusu pada waktunya and cukup rehat antara waktunya. Kalau tak dia akan mengamuk dan meragam. Dekat wedding haritu so far dia baik je. Tapi mungkin sebab faktor dewan yang berhawa dingin and ada tempat selesa untuk direct feed kan dia so Dini okay je. Mood pun baik.

Dini sekarang dah pandai terlentang balik dari meniarap. Haritu jatuh tilam pulak 😅 Menangis dia tak berlagu. Ciann anak Ummi. Masa tu tengah cuci pinggan, tetiba dengar dia nangis. Hokaloh dh kat lantai perginya.

5 Disember haritu appointment Dini dengan KK. So Dini dah naik berat dari 6kg ke 6.18 kg. Sikit je naik nya. Heran jugak sebab bila dukung dah rasa semakin berat je anak bujang I tu. Nurse kata tak berapa nak cantik sangat lah berat dia. Panjang badan and ukur lilit kepala pun tak naik sangat.

Tapi menyusu bukan main kuat. It’s okay. Kita try sebulan ni tengok macam mana naik berat dia. And yang paling best, 24/12 nanti Dini dah boleh makan 😍 Can’t wait nak try puree recipes yang best best untuk Dini!


23 November 2019

New Edition Bawal Anti Kedut Fareha. Coming soon in December 2019!

Assalamualaikum and hi! 🙂

Nak bagitau ni, tak lama lagi Fareha nak release new design for December Edition tau!



Cantik kan? ❤️ Bawal Anti Kedut Fareha ni memang ramai fans dia. Every time release je mesti cepat je sold out, especially hot design. Kalau nak fast update boleh follow Instagram saya 👉 BAK Syafiqa

Dengar khabar ada 30 design semuanya 🙀 Habislah rambang mata




22 November 2019

Spaghetti Goreng Pedas

Assalamualaikum and hi! :)

Harini takdelah nak share resepi pun. Saje nak bercerita pasal spaghetti ni. Haritu husband tanya, yang saya masak ni apa nama resepi nya.


Actually spaghetti goreng ni inspired dari Olio Aglio. Saya suka masak spaghetti macam ni sebab bagi saya kena dengan tekak melayu. Hihi. Kalau yang original nya tasteless sebenarnya. Bahan dia mudah je. Kalau saya, makan macam ni memang kenyang dah. Tambah pulak pedas pedas cili padi hihi lagi syok makan.

Bahan bahan yang saya guna simple je. Bawang putih, cili padi merah dan hijau, kiub pati ayam, tomato, minyak masak, spaghetti Kimball, sos tiram, sos tomato, sos cili, air sikit dan broccoli. Saya alter resepi asal jadikan dia sedap ikut selera saya.

Sometimes bila dah bosan makan nasik, saya suka masak spaghetti ni. Antara spaghetti lain yang jadi favourite saya ialah spaghetti carbonara or alfredo. Uihh yang tu kalau dapat kat saya, siang malam pun boleh. Sedap betul 😋😋😋

Saya kurang gemar spaghetti merah macam bolognese dan seumpanya tu. Sebab masam dan tak pedas. Kalau saya buat sendiri memang tambah cili api. Cakap pasal bolognese, dah lama tak buat lasagna 😍 Dulu saya suka buat lasagna dengan menggunakan roti sebagai pengganti kepingan lasagna tu. Of course, tambah cili api 😍 Alaahh teringin pulak!


Makan berdua dengan husband. Buat banyak untuk bawak tapau ke rumah mertua 🤗🤗🤗 Agak agak mak mertua saya suka tak? 😝 Both my parent in law tekak melayu, husband saya pun. Kurang sikit western western ni. Saya tekak melayu okay, tekak western pun ya.

Even my Mama pun kurang sikit spaghetti ni. Dia lebih suka mee goreng masakan saya. Tak sabar pulak nak balik kampung next month. Bawak Dini jumpa Opah dia.


21 November 2019

Got My 1st Pin

Assalamualaikum and hi! :)

Haritu saya ada 2 days training kat Prudential Damen, Subang. Topic training saya kalini ialah Advanced Investment-link Goal 2.0. Jadi ejen, tetap ada KPI dan juga kena completekan CPD. Saya suka pergi training. Boleh belajar lebih banyak skill untuk improve service, boleh berkenalan dengan ejen dari agency lain.

Masa saya training, Ayah Dini la yang jagakan Dini. Disebabkan lokasi training kalini jauh dan terletak di kawasan traffic jammed, saya decide untuk stay kat hotel. Haritu kami menginap di Hotel Ammara. Not bad. Dekat je dengan Damen Shopping Mall tu. Dari hotel, saya ke Damen naik Grab je. Mudah sangat dapat Grab kat situ.

Sekarang ni, walaupun takde kereta, nampaknya saya dah makin selesa dengan naik Grab/public transport kemana mana. Actually, nampak je macam mahal tapi bila buat kiraan balik kos mempunyai sebiji kereta adalah lebih mahal untuk golongan baru nak build up hidup berumahtangga macam kami ni.

Even balik kampung pun, kami naik ETS je. Hihi. Memang leceh sikit sebab banyak barang nak bawak tapi takpelah, alah bisa tegal biasa. Yang penting, kita support each other. Bukan merungut tak tentu hala.

Even ke Subang haritu pun, kami naik MRT/LRT je untuk turun ke station LRT terdekat dengan Damen tu. Takpelah bersusah susah dulu. Senang senang kemudian.

Kisahnya pasal 1st pin tu, tak sangka pulak saya qualified untuk dapat Golden Pin ni. Nak dapatkan pin ni, kami yang attend training tu kena dapatkan 1 kes produk Asaslink dalam masa 2 hari. Kebetulan, memang ada client nak sign up takaful masa tu. Alhamdulillah rezeki :)


Since dari awal saya join Prudential ni, banyak je reward pin disediakan untuk ejen. Tak sangka rezeki saya dapat satu ni. Kalau korang perasan, kalau pergi shopping mall ke mana mana ke yg ada booth Prudential ni, kalau nampak ejen pakai blazer and ada pin pin kat blazer dia tu, maknanya dah banyak reward dia dapat.

Ada yang bersusun susun kat blazer. Pin ni as recognition pada ejen sebab dah buat yang terbaik kan. Semua orang nak berjaya dalam karier. Macam tu jugak ejen. Kalau tanya saya kenapa saya jadi ejen, saya suka kerja ni sebab time flexible. Disamping tu dapat kenal lebih ramai orang, dapat tolong orang, dapat polish skills yang lebih luas, create more network among people around us.

Dulu saya pernah berdoa, "Ya Allah, aku mahu hidupku bermanfaat untuk orang lain. Kau berikanlah aku pekerjaan yang flexible, boleh ada masa untuk family, disamping tu boleh tolong orang, boleh jaga anak sendiri, boleh give more to parents, boleh jadikan aku berharta". After few years, pekerjaan ni datang pada saya waktu saya tengah memerlukan kerja yang lebih baik.

Saya sebenarnya tak suka kerja dengan orang haha! Entahlah kenapa perangai ni ada dalam diri. Kadang kadang orang marah saya kau pehal weh tak risau ke bla bla bla. Actually, perkara yang paling mengecewakan saya bila kerja dengan orang is cuti susah approved, gaji takde increment, kebajikan tak terjaga. Ini apabila saya kerja dengan hati ikhlas, dimana saya tak kisah OT masa tu. But masa mintak cuti panjang sikit, tak bagi. Bagi saya tak adil. Saya tak suka perasaan kecewa tu.

So bila jadi ejen, saya tetap kena masuk office jugak ada monitoring. Tapi if nak cuti, takde siapa boleh halang. Tak perlu nak isi borang bagai. Kalau family ada emergency, saya boleh je go anytime. Saya tak suka terikat dan tak bebas.

That's why saya nak kekal dalam kerjaya ni walaupun onak dan duri dia boleh tahan la habis luka parah hati saya rasakan 😝 Well takde kerja yang mudah dalam dunia. Every single of us ada role masing masing, kita saling memerlukan. Yang penting, jangan pandang rendah kat orang tau. Saya ada degree na 😝 Leader leader di agensi kebanyakkannya engineer dan bukan kaleng kaleng.

Saya harap saya dapat buat lebih baik lepas ni. I want to make more friends, dapat stabilkan income saya (wanita perlu ada income sendiri), dapat develop more skills bila berhadapan dengan orang, dapat lebih banyak input tentang ilmu pengurusan harta. I want to make myself looks professional. Amiin.



P/s: Pin dah ada, blazer yang takde haha. Nak beli yang sesuai dengan saiz sekarang. Bila berat nak turun uwuuu



20 November 2019

Baby Carrier Boba 4G


Assalamualaikum and hi! :)

Haritu husband ajak keluar. Kebetulan dia off day dan ada plan nak lunch dengan ex colleague dia. Janji nak berjumpa di MyTown Cheras. Saya pun onz je since dah lama tak keluar jalan jalan. Husband pun asyik bekerja je.

So haritu saya bagi peluang pada husband untuk menikmati me time and catch up bersama ex colleague dia sementara saya bawa Dini jalan jalan dalam mall. Of course banyak benda nak borak sesama diorang dan saya taknak jadi kayu pulak kat situ hahaha!



Saya bawak Dini dalam baby carrier yang diwarisi dari kakak sulung saya. Boba 4G ni memang saya tahu brand baby carrier yang best dan mahal. Dulu tahun 2014 saya pernah bekerja di sebuah butik ibu dan bayi. Dari pengalaman bekerja hampir 6 bulan kat situ yg membuatkan saya banyak tahu pasal persediaan ibu dan bayi. Umur saya masa tu baru 22.

Masa tu harga Boba 4G ni dalam RM400-500. Sekarang saya tak tahu la berapa. Memang Boba 4G ni kuaiiti dia terbaik bagi saya. Menepati ciri ciri baby carrier yang selamat untuk bayi.

Untuk yg dah ada baby kena tahu tau perkara ni. Kaki baby tak boleh tergantung kalau duduk dalam carrier, mesti bentuk M. Baby kena dalam posisi perut ke perut dengan kita, bukan bahagian belakang dia kat perut kita. Kalau dari sisi, badan baby mesti berbentuk C. Gittew.

So pemilihan baby carrier sangat penting. Alhamdulillah dapat merasa pakai baby carrier yg berkualiti mcm ni since kakak pun dah takde plan untuk tambah anak lagi. Hihi.

Saya and husband belum ada kereta. So pergi MRT naik motor je. Memang rasa sangat secure bila bawak baby dalam Boba 4G ni. Even dalam MRT nak turun ke station Cochrane pun, Dini tido lena je dalam carrier sebab dia rasa selesa.

Buckle dia sangat tahan lasak. Kalau tak silap dulu yg saya tahu buckle dia ada warranty. Kain pun jenis kain yang tahan lama dan tebal. Nak kata Dini rimas duduk dalam tu tak jugak, dia rilek je tido atas motor. Saya start pakai Boba 4G ni masa Dini dah 4 bulan. Boba 4G ni mcm tak sesuai sangat utk newborn hingga 3 bulan.

Katanya boleh, tapi saya rasa kalau saya tak pakai kot utk newborn. Takut rimas and tulang baby belum cukup kuat masa tu.


After husband saya dah selesai bersosial, and saya pun dah makan, dah susukan Dini, dah tukar pampers bagai, tibehhhh Mama kirim beli tupperware IKEA pulak. Jadi, menyinggah la kami kejap ke IKEA beli tupperware buat ibunda. Tengah dalam perjalanan nak ke section tupperware tu lalu pulak kat FIKA ni. Sama pulak dengan nama saya hihi. So mintak husband snap jap ootd saya.

FIKA tu maksudnya “mengopi” dalam bahasa Sweden. Sajalah nak seru pembaca yang nak FIKA with Piqa. Kerja saya ialah membantu rakyat Malaysia untuk menyediakan takaful sebagai dana kecemasan dan juga sebagai legacy yang boleh dihibahkan pada pewaris,

Boleh contact saya melalui whatsapp 014-8429745 untuk set appointment ☺️☺️☺️
Jomlah mengopi kat IKEA best gak kan. Ihik.






19 November 2019

Nasi Bamboo Sg Klah

Assalamualaikum and hi! :)

Kalau dulu masa single, drive sorang balik Batu Gajah, Perak, memang selalunya saya akan keluar tol Tanjung Malim dan guna jalan lama. Hihi nak jimat duit tol. Bila guna jalan lama mesti akan lalu restoran yang famous ni iaitu Nasi Bamboo Sg Klah.

Setiap kali lalu mesti nampak banyak kereta parking, sehingga ke tepi tepi jalan utama. Signboard dia bukan main besar. Ramai jugak pengunjung dikalangan riders yang singgah makan kat sini sebab tengok motor besar diorang bersusun je park kat tepi.

Tapi kan sekalipun saya tak pernah singgah. Haha! Kisahnya, awal November haritu join family in-law hantar rombongan meminang. Cousin husband nak bertunang. Rumah bakal pengantin perempuannya terletak di Teluk Intan. Balik dari Teluk Intan, cousin husband bawak singgah makan Nasi Bamboo ni. Dalam hati saya berkata, “wow rezeki 😍”.


Apa yang boleh saya review tentang restoran ni ialah memang patut la ramai yang suka makan kat sini. Ternyata sedap dan menyelerakan! Siapa pernah singgah? Mesti tau kan kesedapan lauk pauk kampung nya.

Nasi tu wangi sangat, dibalut dengan sejenis daun yang berbau harum dan dikukus dalam buluh. That’s why nama dia nasi bamboo.

Lauk pauk macam macam jenis boleh rambang mata weh! Masa tu husband yang ambikkan lauk pauk, saya terus duduk di meja dan layan Dini. Macam yang dapat dilihat dalam gambar tu, yang paling sedap ialah kambing masak kicap kat belah kiri bawah tu. Actually, tak pasti nama resepi tu. Tapi memang sedap. Takde rasa kambing sangat.

Servis pun pantas dan mesra. Ramai tau staff dia. Restoran pun macam macam ada. Aiskrim durian pun ada. Tapi, agak panas sikit sebab open air kan. Tapi cukup berangin.

Makanan macam ni lebih sedap kalau makan beramai ramai. Haritu konvoi 4 kereta, memang syok ☺️

If ada yang nak makan jauh sikit dari KL, try la Nasi Bamboo Sg Klah ni. Waze je, tak susah carik sebab memang tepi jalan je.

P/s: Allah swt selalu mendengar isi hati hambaNya dan selalu memperkenankan doa kita yang mungkin kita pun dah lupa kita pernah minta. Terima kasih, Allah. Allahuakbar. Allah Maha Baik.

18 November 2019

Comeback Giveaway by Farah Farhana

Assalamualaikum and hi! ☺️

Haritu kan konon je nak aktif blogging tapi tengoklah.. Tak update jugak 😂 Well, ada masa terluang ni saya pun jenguk la blog. Nak update takde cerita terbaru nak share. Then, saya usha Reading List. Ramai yang update dan sentiasa ada topik. Bagus betul. Saya blur nak buat apa sejurus membuka blog ni hahaha.

Then, I scroll je Reading List sampai jumpa Giveaway yang menarik ni. Decided to try my luck here!


But how to tag orang eh? Apasal saya buat tak jadi apa?

Anyway, harini nak blogwalking 🤗 Dah lama tak spend time doing all this. I just need some break from everyday normal routine today. Kalau nak join, klik pada banner.

Have a nice day! ❤️


27 October 2019

My First Born Journey : 4 months old

Assalamualaikum and hi! :)

Nampaknya sebulan sekali je update blog setakat ni. Haha. Saya bukan takde masa nak update blog. Banyak je cerita yg nak dikongsi kat sini. Tapi, setiap hari saya disiplinkan diri fokus pada kerja kerja saya.

Tugas sebagai isteri dan ibu
Tugas sebagai ejen takaful
Keep uruskan online business bawal anti kedut & Faraalipbutter
Uruskan kerja kerja rumah

Bila dah ada mood menulis baru dapat nak update blog. Anything menarik yang berlaku dalam sebulan kadang kadang semua saya cerita je dlm 1 entry haha! Padahal tajuk entry is about Dini.

Dini dah masuk usia 4 bulan pada 24 Oktober yg lalu. Macam biasa rutin ke klinik kesihatan utk check up.

Alhamdulillah berat dah naik dari 5.18kg ke 6kg. Growth semua normal. I thought ada cucuk haritu tapi takde pun. Bulan 12 nanti baru ada :)

Apa perkembangan Dini bila dah masuk 4 bulan ni? Dini dah pandai berpusing dan meniarap. Olooo anak Ummi. Alhamdulillah 1 lagi pencapaian yg Dini achieved. Bila dah pandai pusing meniarap ni, sesaat toleh tempat lain tetiba dia dah elok je meniarap. Dah taknak baring. Haha. Kemain lagi ya.

Setakat ni, Dini masih lagi full breastfeed. InsyaAllah Ummi nak cukupkan at least for 6 months. Bila Dini dah pandai makan nanti, senanglah sikit Ummi nak tinggalkan Dini ke pengasuh kalau Ummi keluar kerja :) Tengah mencari orang/tempat yg accept jaga per hour. Memandangkan kerja Ummi time-flexible, jadi takdelah nak ambik per month.

Kalau area rumah saya, akak tu accept per month je. Per hour dia tak pernah dengar 😅😅😅 Takpelah kak. Saya faham.

Takpelah. Benda ni boleh discuss dengan husband. Memang biasanya kalau saya ada appointment takaful dengan client, or ada training di office, Ayah Dini akan minta cuti hari tersebut. Jagakan Dini. Tapi saya kena simpan stok EBM siap siap secukupnya dalam peti utk Dini.

Pelan pelan la carik pengasuh yg accept per hour lepas ni. Lagipun buat masa ni kami takde kereta sendiri. Agak payah bagi saya nak handle Dini utk hantar ke pengasuh pulak. Tahun depan dah wajib kena ada carseat. Kalau naik Grab mano nak pasang carseat nya 😂

Berbalik kepada cerita Dini, Dini rasanya macam dah pandai kenal orang. Kalau bawak dia ke rumah Nyai dia, dia akan nangis kalau orang lain yang dukung. Ambik masa sikit la dia nak get along dengan orang yg jarang jumpa 😂 Haritu kuat betul dia nangis kena acah dengan Atok dia. Terkejut pastu menangis kuat.

Dini dah start nak kunyah semua benda dia pegang. Toys dia, jari dia, tangan dia, rambut Ummi 😅 Jari dia dah semakin kuat pegang barang or berpaut dekat besen masa mandi.

Tu je lah perkembangan Dini setakat ni. Memang saya cerita kat blog je panjang panjang pasal Dini. Dekat fb/ig/twitter saya tak cerita sangat. Malas. Nanti orang suka compare anak dia dengan anak kita. Tulis kat blog pun sebab nak simpan kenangan. Blog pun followers sikit je. Tu pun tak semua baca apa kita post 😜 Haha gurau!

Blog saya kan. Sukati saya nak tulis pasal apa. Bukannya saya buat entry kutuk orang. Ok lepas ni saya akan lebih rajinkan diri cerita pasal benda lain jugak. Share anything yang saya rasa semua perlu tahu, ok!

Oh btw, any one yg nak sign up takaful utk diri sendiri or baby or nak create hibah fund for family ke boleh contact saya tau 🙂 Saya ejen takaful PruBSN. Btw, PruBSN ada produk baru. PruBSN Aspirasi (perlindungan - simpanan - pelaburan)

Nak saya explain whatsapp je 014-8429745 ❤️


30 September 2019

My First Born Journey : 3 months old

Assalamualaikum wbt and hi! :)

Kembali pada rutin bulanan blog ini iaitu update pasal anak. Haha. Alah bukan hari hari I update pasal anak I kat sini or socmed lain. Bukan hari hari I show off anak I. Blog I sukati I la nak update apa kan :) I tak pernah persoalkan apa yang orang update kat blog/socmed orang lain. Kalau I tak suka, I mute/unfollow. Benda boleh settle, kenapa nak kena buat teruk?

Kalau you tak happy dengan life you, kenapa nak kena condemn orang lain yang happy dengan life diorang? Kenapa orang lain nak kena unhappy if you are unhappy? Jaga jaga dengan penyakit hati. Some people secretly want to see us fall.

Okayy back to the topic I want to share today. Update pasal anak.

So, pada 24 September 2019 yang lalu, anak Ummi, Dini Zulqarnain telah mencapai umur 3 bulan. Alhamdulillah. Allah swt telah mengurniakan kesihatan yang baik buat anak Ummi. Berat terkini telah mencapai 5.18kg. Badan pun dah panjang. Alhamdulillah syukur pada Allah swt, growth anak Ummi normal semuanya :)


Dini sekarang dah semangat badannya. Ada baju baju newborn yang dah tak muat. Alhamdulillah Mak Uda Dini banyak sangat kasi baju baju terpakai Zhafran and Afzan (cousin Dini). So Ummi Ayah dah tak perlu beli baju lagi. Jimat duit :)

Dini dah pandai gelak, dah pandai tengok tv. Ummi tak ajar pun. Mungkin baby mudah tertarik dengan bunyi and moving objects. However, memang Ayah Ummi taknak biasakan dengan tv and gadget sejak baby lagi sebab nak Dini membesar dengan menikmati keseronokan menjadi budak kecil yang suka mengembara, the lil explorer. Lihat, sentuh, dengar dan rasa ❤️

Makin lama, makin nampak muka macam siapa. 99% kata sebijik Ayah dia. Mata je mata Ummi haha. Kening ambik kening arwah Atok Dini. Kening tinggi. Yang lain semua ikut Ayah. Cara tido pun ikut Ayah. Tak tahan sejuk ikut Ayah. Anak Ayah sangat!

Btw, bila Ummi pergi kerja, Ayah Dini yg akan jaga. Dini kalau dengan Ayah dia, sangat behave. Jaranglah nak meragam sangat. Nasib baiklah kerja Ummi ni sejenis kerja flexible time. Boleh arrange masa sendiri. Sabtu lepas Ummi ada takaful appointment.


Appointment dengan staff kakak Ummi, Shad. Mommy to be ni. Baru je lagi kandungannya. Moga sihat walafiat selalu. Shad prepare Medical Card Unlimited plan untuk emergency fund dia. Alhamdulillah one life insured under PruBSN takaful.

Sekian saja kisah anak Ummi. Cerita lebih lebih kang ada pulak yang tak suka. Ahah! Apa apa je la labu. Bukan anda yang bayar bil saya tiap bulan :)

Till then,
Wassalam


30 August 2019

My First Born Journey : 2 months old

Assalamualaikum and hi :)

24hb Ogos haritu genaplah usia 2 bulan Dini Zulqarnain. Alhamdulillah done 2nd vaccination di Klinik Kesihatan hari Rabu lepas. Dini nangis sekejap masa kena inject then sambung tido balik. Kuat anak Ummi.

Jumaat lepas pulak appointment saya dengan klinik. Pasang IUCD (alat perancang keluarga yg dimasukkan dalam rahim) tu. Pengalamannya jangan cakaplah. Menggigil jugak tunggu turn ahahahaha. Macam nak masuk OT pulak. Tapi alhamdulillah setelah nurse ajar cara bernafas dengan tenang semasa prosedur dijalankan, semuanya siap dalam masa 15 minit.

Doktor buat pap smear sekali untuk saya. Vaksin HPV saya tak lengkap dos ketiga, sebab saya terlupa tarikh appointment tu huhu. Lepas tu dah nak nikah dah. Hopefully badan saya kekal sihat dan dijauhi penyakit. Aamiin.


Alhamdulillah growth Dini semua normal. Berat dah naik hingga 4.6kg. Masih lagi fully breastfeed. Berisi dah anak Ummi ni. Dalam usia 2 bulan ni, Dini dah pandai senyum and ketawa. Suka berborak dan dah pandai buat drama (menangis beriya bila tak selesa or nakkan sesuatu).

Sempena 2 bulan usia Dini and 2 bulan jugak saya fokus jaga Dini dan memulihkan kesihatan diri selepas operation czer, Ayah Dini bawa kami jalan jalan kejap ❤️ Tak pergi jauh pun. Makan makan di Mykori Dessert Cafe, Hulu Langat je. Baru je buka kat kawasan rumah kami. Comel betul cafe ni.



Cafe bertemakan unicorn. Kegemaran remaja perempuan sekarang kan. Hikhik comel. Kitorang first time makan kat Mykori. Sebelum ni selalu tengok kawan kawan je share gambar. Memang menarik sangat sangat rupa dan warna abc hipstur korea ni.


Saya memang suka benda yang chocolatey ni. Yg perisa lain tu macam tak minat sangat. Memang sedap la yang ada oreo ni. Tak ingat la nama dia panjang haha. Kat tengah tengah dia ada coklat juga. Mini cup for RM12.


Yang ni husband saya pilih. Mango Cheesecake. Sedap jugak. Puri mango dia sedap. Macam minum air mangga susu blended yang kat Bangi tu. Kat tengah tengah dia ada cheesecake rangup. Mini cup for RM16 (kalau tak silap).


This Ham and Cheese ni sedap sangat ya kawan kawan. Tolong order kalau makan kat sini. Cheese dia sedap giler. Lemak lemak masin gitu. Waffle (panggil waffle sebab taktau nama apa) dia rangup rangup gitu. Harga RM7. Dalam gambar dia letak 2 keping. Rupanya 1 keping je. Tak puas sis makan.


First time bawak Dini keluar jalan jalan. Nak keluar pun kena pilih tempat yg tak sibuk sebab newborn baby ni fragile. Belum terlindung dengan vaksin yg lengkap lagi. Tunggulah Dini dah dapat kaki. Baru kita jenjalan ya. Thanks to Ayah Dini for this lil appreciation setelah memberanakkan seorang manusia ke muka bumi. Alhamdulillah ❤️

Okay, selain fokus fully breastfeed Dini sehingga at least sampai umur 6 bulan, fokus Ummi lepas ni ialah:

- turunkan BMI ke 22 (sekarang 26 dah kategori overweight)
- fokus complete kan my CPD hours training (ejen takaful punya KPI)
- fokus to my sales production (cari client baru yg nak apply takaful)
- fokus nak upgrade jadi agent Fareha bawal anti kedut dan juga agent Faraalipbutter (sekarang dropshipper)

Moga semuanya settle before the end of December 2019 ❤️ Aamin.

Till then,
Wassalam


27 July 2019

My First Born Journey : 1 month old

Assalamualaikum and hi! :)

Alhamdulillah harini dah hari ke 34 saga berpantang. Dini Zulqarnain pun dah mencecah usia sebulan 24/7 haritu. Dah dapat 2nd injection for Hepatitis. Nangis sikit je. Dini kan strong boy.

Daripada berat masa lahir 2.51kg, dah naik to 3.4kg. Alhamdulillah membesar dgn baik especially di bahagian pipi tu nampak gayanya haha. Rambut dah dibotakkan masa hari ke 15 dan tali pusat pun tanggal pada hari yang sama.

Dini semakin kuat menyusu and malam dia akan terjaga 2 kali utk menyusu and tukar pampers. Kadang kadang dia tidur lena lepas menyusu tapi kadang kadang dia a lil bit cranky. Nak kita dukung dia baru dia lena dalam pelukan.

Ummi rasa bersyukur sebab segala urusan Ummi dirasakan sangat dipermudahkan oleh Allah sepanjang tempoh berpantang. Tinggal lagi 10 hari je :) Lepas tu Ummi nak mintak Ayah Dini belanja makan mee kolok, laksa sarawak, manok bakar and aiskrim gula apong kat Dayang Sarawak Corner. Hikhik. Will blog about that later ❤️

Ummi rasa bersyukur sangat Allah murahkan rezeki Ayah Dini and permudahkan urusan keluarga kecil kita walaupun ada a lil hiccups along the way. Itsokay. We have each others back. Hopefully we will getting better day by day.

Ummi also rasa bersyukur sebab walaupun dalam tempoh pantang, Ummi masih boleh buat online business Ummi dan dapatkan bakal klien untuk nak sign up takaful bila Ummi dah kuat semula untuk bekerja nanti. Moga Allah mudahkan urusan Ummi dan usaha Ummi untuk tingkatkan taraf ekonomi Ummi and improve myself to be better me.

Having you as my son, is such a big blessing from Allah. Ummi masih tak percaya lagi dah ada anak. Ummi rasa Ummi seolah olah dapat task baru dalam hidup bila Dini dah lahir. Bila lapar, susukan. Bila berak, cebokkan. Bila nangis, pujukkan. Every 'parameter' kena make sure ditahap hijau supaya Dini always feel comfortable haha. Dah macam main The Sims pulak.

Ummi tak sabar nak ambik gambar bertiga masa Raya Haji nanti ❤️ Our first family photo. Masa tu pun dah habis pantang.

Saja Ummi share cerita Dini kat blog Ummi, mana tahu nanti dah besar Dini sempat baca kisah Dini masa kecil.

I love you 3000!

Till then,
Wassalam


7 July 2019

My First Born Journey : Nama Diberi Dini Zulqarnain

Assalamualaikum and hi :)

Pertama sekali, alhamdulillah syukur pada Allah kerana saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara czer pada 24 Jun 2019. Satu pengalaman perit yang takkan saya lupakan :')  Perit tapi manis. Dengan kata lainnya, bittersweet memory.

Dengan ini berakhirlah kisah My First Pregnancy Journey saya. Syukur semuanya selamat ❤️

Nama diberi Dini Zulqarnain yang membawa maksud:

Dini - Agamaku
Zulqarnain - Nama seorang Raja

Berat 2.51kg
24 Jun 2019 / 20 Syawal 1440H
Lahir di Hospital Ampang

Kini, bermulalah kisah My First Born Journey pula lepas ni :)

Saya nak simpan sikit kenangan sepanjang saya dan Dini warded di hospital selama 9 hari.

23 Jun - Saya dijadualkan untuk admit hospital pada tarikh ini sebagai persediaan untuk cesarean operation pada esok harinya. Baby saya songsang masa 36 weeks dalam perut. Jadinya, saya memilih elective czer.

24 Jun - Debar menanti turn untuk saya masuk OT. Saya difahamkan ada 6 operation czer yang dijadualkan pada hari yang sama dan saya adalah orang yang ke 6 akan dibedah. Perasaan masa tu hanya Allah yang tahu. Saya banyakkan berzikir dan berdoa moga saya and baby selamat semuanya ❤️

25 Jun - Hari pertama selepas czer. Peritnya nak bangun dari katil, nak berjalan ke toilet, nak buang air kecil dan besar hanya Allah yang tahu. Saya kuatkan diri demi Dini dan suami.

26 Jun - Dini dimasukkan ke NICU disebabkan kuning dia naik terlalu cepat. Terus duduk bawah lampu biru high intensity. Ummi tak dapat tahan air mata tengok Dini menangis duduk bawah lampu. Masa tu Ummi dan Dini terpisah sekejap. Ummi di wad bersalin, Dini di NICU. Ummi gagahkan diri bangun dan berjalan dari wad 4D ke NICU di level yg sama. Sakit sakit pun Ummi jalan jugak. Ummi rindu Dini.

27 Jun - Kuning Dini dah turun ke paras yang tak bahaya sangat and boleh duduk bawah lampu biru intensity rendah. Ummi and Dini dapat katil di wad 4A (wad paeds). Alhamdulillah Ummi boleh duduk dekat dengan Dini sebab Ummi rasa tak sanggup nak berpisah.

28 Jun - Dini masih duduk bawah lampu biru sehingga kuning dia di paras normal. Masa ni Ummi dah tak nangis and Ummi dah rasa kuat sikit. Luka operation pun nurse kata elok cantik takde terbukak. Nurse pesan Ummi kena banyak bergerak jugak sebab untuk kelancaran darah. Ummi kuatkan diri demi Dini. Masa di wad 4A, memang kami ibu ibu diajar oleh nurse macam mana cara penyusuan baby untuk cepat elokkan kuning baby. Alhamdulillah malam tu Dini dah tak perlu pakai lampu biru.

29 Jun - Doktor pakar kata blood result Dini menunjukkan platelet counting yang menurun. Ini adalah tanda tanda badan Dini sedang melawan jangkitan kuman. Actually doktor dah start antibiotic tu semalam, Ummi baru perasan kaki Dini dah ada pasang branula. Antibiotic ni diberi pada Dini untuk 5 hari.

30 Jun - 2 July
Ummi banyak sangat belajar erti pengorbanan seorang ibu masa duduk wad ni. Sangat mencabar dengan sakit czer yang baru nak pulih. Ummi tak cukup tido, tak cukup rehat. Ummi stress. Ummi nangis kena perli dengan nurse. Ummi nak balik. Ummi nangis depan Ayah Dini mengadu nak balik taknak duduk wad lagi.

Tapi Ummi kuatkan diri. Ummi dapat ramai kawan kat wad 4A ni. Alhamdulillah kitorang sama sama membantu. Sama sama bagi petua or ajarkan sesuatu yang kita tak pandai. Sekaligus, rasa stress Ummi berkurangan sebab jiran katil Ummi jenis yang suka berjenaka.

Kitorang pun bertukar tukar phone number and insyaAllah will keep in touch ❤️ Nanti boleh buat birthday party sama sama sebab birthday anak dekat2 haha.

2 July - Alhamdulillah malam dah boleh discharge after last injection of antibiotic. Ummi pun ada injection jugak untuk 10 hari, 2 kali sehari. Heparin injection, ubat cair darah untuk orang yang bersalin secara czer sahaja. Yang jenis Ummi dapat ni jenis nurse or doktor je boleh inject orang lain tak boleh, cucuk sendiri tak boleh.

Pengalaman ini sangat mematangkan Ummi. Alhamdulillah I manage to control my sadness, my stress and my pain dengan pertolongan suami, mak mertua, adik adik ipar dan jugak kawan kawan satu ward. Sekarang Ummi tengah berpantang and really enjoying my confinement walaupun kadang kadang ada keluar air mata jugak.


Wajah Dini Zulqarnain 2 days old sebelum masuk NICU ❤️

Sekian cerita,
Wassalam



14 June 2019

My First Pregnancy Journey : Baby Breech at 36 weeks

Assalamualaikum and hi! :)

Dah lama kan saya tak share pasal pengalaman mengandung anak pertama saya. Dah lama tak tengok blog jugak. Huhu.

Sedar tak sedar, dah 36 weeks dah baby saya. Kisahnya, 2 hari lepas saya ada appointment dengan klinik kesihatan. Doktor scan, baby saya songsang. Kepala kat atas.

Then, saya bagitau doktor. 18 May lepas ada buat scan kat klinik swasta. Masa tu doktor kata kepala baby kat bawah dah. Huhu. Tapi 2 hari lepas baru dapat tahu baby is in breech position.

Jadi harini saya ke Hospital Ampang untuk further check up dengan pakar. Ada 2 pilihan, 1: Buat ECV and 2: Terus dapatkan tarikh Czer.

Disebabkan ni anak pertama, saya dan suami taktau nak decide apa. Bincang punya bincang. Tanya parents, tanya kakak2 abang2. Tanya kawan2 yg pernah ada pengalaman. Google sikit pengalaman orang lain, akhirnya decide nak czer.

Sebenarnya tak tau nak decide apa. Cuma saya doakan apa yang terbaik untuk saya dan baby. Yang penting, saya nak berpantang dalam keadaan yang tenang jiwa dan emosi, tenang hati dan perasaan, enjoying my confinement period and hapoy for me, my baby and husband.

Saya doakan tubuh badan saya kuat dan sihat, saya doa baby saya keluar dengan selamat and kuat dan sihat tubuh badan dia, saya doa husband saya juga dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang menjaga saya nanti.

Tarikh czer dah pun diberi oleh doktor tadi. Sejujurnya, saya beremosi and menangis sikit bila dapat tahu baby breech. Nervous lain macam. Tak sabar nak jumpa baby ada jugak. Entahlah. Bercampur baur rasa dia.

Siapa ada pengalaman baby breech macam saya? Mine to share your story? Huhu.

Saya mohon doa semua yg membaca post saya kalini. Terima kasih in advance :')


15 May 2019

Tempat tempat menarik di Hong Kong

Assalamualaikum and hi! :) 

Harini kita nak cerita la tentang tempat menarik kat Hong Kong 😍 Ada yang dah pernah sampai Hong Kong? 

TERBANG KE SANA SINI

Best kalau nak pergi bercuti naik kapal terbang je kan? Korang boleh check it out kat Traveloka dan find out pasal cheap Pacific Cathay booking sebab airline ni agak selesa dan rate pun boleh tahan juga dan kita boleh buat comparison sebenarnya. Contohnya kalau korang nak pergi Beijing ke, nak ke Thailand ke atau nak ke Hong Kong ke.

Haa sebut pasal Hong Kong kali ni saya nak cerita sikit pasal Hong Kong. Hong Kong sebenarnya berada di dalam senarai top 20 antara destinasi pelancongan yang mesra Muslim di dunia! Dah penat berjalan dan meneroka 1001 tarikan yang ada di sini, cukup mudah untuk korang mencari restoran yang memiliki sijil halal, bukan itu sahaja, masjid dan surau juga tak sukar untuk ditemui.

Di samping itu, yang menjadikan wilayah ini destinasi percutian yang terkenal bukanlah semata-mata kerana kemajuannya, tapi juga kerana keunikannya yang menggabungkan dua dunia berbeza, moden dan klasik, inilah satu suasana yang sukar ditemui di destinasi lain.

Pada suatu ketika dahulu, sejak zaman penjajahan British dari tahun 1841 ke 1997, Victoria Peak merupakan sebuah kawasan penempatan yang eksklusif, reputasinya sebagai kawasan elit masih kekal sehingga kini  di mana rumah-rumah agam dengan nilai mencecah jutaan dolar berdiri dengan megah.


Victoria Peak yang merupakan kemuncak yang tertinggi di Hong Kong memiliki ketinggian sehingga 1,811 kaki dari paras laut. Dengan ketinggian sebegini, keindahan lanskap yang dapat disaksikan sangat memuaskan pandangan mata, di sinilah korang dapat melihat segala yang terdapat di Hong Kong dalam 360 darjah.

Beroperasi seawal 7 pagi sehinggalah lewat malam pada pukul 12 tengah malam, Peak Tram merupakan sebuah pengangkutan penting yang mula diwujudkan oleh pihak British pada tahun 1888 untuk kemudahan mereka serta yang tinggal di kawasan sekitar.


Namun kini, Peak Tram boleh digunakan oleh orang ramai untuk menuju ke puncak bukit Victoria Peak. Waktu yang diambil untuk sampai ke puncak hanyalah 7 minit  dengan waktu bertolak pada setiap 10 ke 15 minit. Sesudah sampai ke puncak, korang boleh mendapatkan tiket Tram Sky Pass untuk melihat pemandangan Hong Kong dari  Sky Terrace 428 yang merupakan platform pemerhatian yang tertinggi di Hong Kong.



Siapa tak kenal Museum Madam Tussaud? Muzium patung lilin yang realistik ni selalu terdapat di bandar-bandar besar kerana ianya sering menjadi tumpuan para pelancong yang datang dari pelbagai pelusuk dunia.




Wahh nampak real gilerrr Taylor Swift 😍Untuk Museum Madam Tussaud yang terletak di Hong Kong ni, korang boleh bergambar dengan banyak wax figures selebriti terkenal dunia seperti Bruce Lee, Taylor Swift, Jackie Chan dan ramai lagi! Bergantung kepada cara korang posing, lagi power, lagi ‘real’ lah situasi ‘perjumpaan’ korang dengan selebriti atau tokoh terkenal tu. Pastikan bateri kamera atau phone full ya?

Sky 100 adalah sebuah dek pemerhatian yang terletak pada tingkat yang ke-100 struktur tertinggi di Hong Kong, the International Commerce Centre (ICC). Terletak pada ketinggian 393 meter dari paras laut, menjadikan Sky 100 sebagai dek pemerhatian indoor yang tertinggi di bandaraya ni. Dari dek ini, korang sekeluarga dapat menikmati pemandangan sekitar Hong Kong dari segenap pelusuk.




Terfikir berapa lamalah agaknya naik lif untuk sampai ke tingkat 100 tu? Tak lebih 60 saat pun sebenarnya! Sebabnya, mereka menggunakan lif yang berkelajuan tinggi. Tak cukup dengan itu, korang juga boleh menikmati keindahan Hong Kong melalui aplikasi interaktif mobile Sky100 dan Sky-High Tech Zone yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dan juga Virtual Reality (VR).

Sambil-sambil korang berjalan kat Hong Kong tu actually dekat jugak dengan Taipei. Sambung cuti ehee. Korang try la book flights to Taipei. Taipei sekarang ni pun ada banyak tempat yang korang boleh visit dan tempat-tempat tu muslim friendly. Dunia semakin lama semakin best kalau korang dapat pusing-pusing tengok tempat dan budaya orang lain. Akan buatkan pengalaman hidup korang satu benda yang boleh cerita dekat keturunan cucu cicit korang satu hari nanti.

Sekian sahaja cerita saya tentang Hong Kong. Rugi kalau tak pergi especially Sky 100 tu. Bukan selalu dapat nikmati pemandangan indah dari tempat tinggi macam tu. Yang dah pernah sampai Hong Kong dan Taipei tu, apakata share pengalaman korang dekat comment. So that nanti orang lain yang baca post ni boleh ambil info info penting or tips dari korang jugak sebelum nak kesana 😘

Till then,
Wassalam ♥️


13 May 2019

Cornflakes Madu Bumil

Assalamualaikum and hi! :)

Harini gigih saya siapkan Cornflakes Madu untuk raya ni. Memandangkan bulan ni special untuk saya, jadi saya buatlah sikit cornflakes madu untuk family saya, family mertua and birthday client PruBSN saya Jumaat ni ehee.

17 May ni genaplah 2 tahun contracted as Prudential agent. Alhamdulillah thank you Allah atas rezeki yang Engkau beri melalui pekerjaan as ejen ni ♥️ Rezeki dari segi income, ilmu dan circle baru. I really appreciate it.

Untuk yang taktau, bumil tu singkatan untuk ibu hamil haha. Sebab tu nama dia cornflakes madu bumil. Gigih tau saya buat sampai sakit pinggang duduk lama sangat isi cornflakes dalam cup kecik kecik tu.



Buat 2 batch dapatla 5 balang. Moga client saya happy la dapat hadiah birthday ni ihik 🤭 Client saya tu kawan saya kat kolej matrikulasi Perak dulu. Mampu buat ini je. And nak bagi free sampul raya PruBSN nanti.

Saya akan berada di Perak from 17 May until 1 June. Kot la kat sini ada yang orang Perak kan yang nak bertakaful sebelum raya, bolehlah contact saya. Whatsapp je 014-8429745. Mana tau ada lebih cornflakes madu ni nanti kita bagi jugak 😘

Nanti balik kampung saya buat lagi. 5 balang je ni tak cukup lagi 😅


11 May 2019

Jom bertakaful sebelum raya!


Assalamualaikum wbt ♥️ Jom bertakaful sebelum raya with me. Nikmati Syawal in peace of mind tahun ni
___
Tahun ni turn suami dulu, #teamrayajohor saya tahun ni. Makanya, nak spend Ramadhan time with my family in Perak (seperti tarikh diatas). Kebetulan, husband outstation pada tarikh itu. Disebabkan tahun ni bumil 🤰, berada di kampung bersama family tersayang adalah lebih selamat. 
___
Kepada rakan rakan dan kenalan di KL/Selangor dan Perak yang nak bertakaful sebelum raya, ayuh whatsapp saya segera ya ♥️ Ada FREE GIFT sampul raya PruBSN yang cute kita nak kasi
___
#bertakafulsebelumraya #prudential #besttakafuloperator #sayaejentakaful #medikalkad #hibahmelaluitakaful #takafulhayat #takafulawareness #cantiktakkitaedit #ehek


6 May 2019

Super Sunday Training

Assalamualaikum and hi! :)

Saya ni bila dah sihat dah tak morning sickness, selera makan pun dah okay, saya jadi bosan duduk terperuk kat rumah. Haha. Bukan takde benda nak buat. Ada je. Cuma bosan tak keluar rumah bersosial dengan rakan sekerja 

Ahad adalah hari dimana agency saya (SAR Group) akan adakan training mingguan untuk ejen ejen. So saya memang menanti hari Ahad untuk masuk office dan attend training. Dalam training, macam macam diorang ajar. Tajuk semalam ialah Ramadhan Vital Behavior.

Semalam kita ada sharing tentang macam mana nak plan structured day kita sebagai seorang ejen pada bulan Ramadhan. Adakah kita akan kurang bekerja atau lebih giat bekerja. Bulan puasa tak boleh jumpa orang kat kedai makan. Haha. After work orang dah berpusu nak balik nak prepare untuk berbuka. Malam pulak orang nak pergi teraweh. Haa macam mana tuuu.

Boleh diatur je sebenarnya. Saya pun mula mula got no idea. Kita risau akan mengganggu masa orang lain. Tapi actually boleh je diatur. Kita bincang la waktu sesuai dengan bakal client. Banyak yang senior senior agent saya yang share cara mereka. Satu benda baru yang saya belajar semalam.

Pastu habis je training semalam ada pulak akak ejen bawak spaghetti bolognese 😍 Hmmm seronoknya kiteeeee.


Sempena menyambut Ramadhan, semalam Kak Jila saja bawak spaghetti untuk lunch. Hmm sedap. Berselera saya makan. Alhamdulillah tak perlu keluar duit untuk lunch dah. Siap tapau lagi bawak balik. Ehee.

And then semalam dapatlah saya collect buku polisi dan raya gift untuk client client saya 😘


Tahun ni saya nak bagi Raya Gift Sampul Raya PruBSN pada client client saya ❤️ Yang sign up takaful dengan saya sebelum raya ni pun akan dapat free sampul raya ni. Cantik tak? Cantik kan kan.




Jika tuan bijak bistari, corak apa pada sampul raya prubsn tahun ni?

Haa sape dapat teka dengan tepat saya bagi as free gift 😉😉😉

Cepat cepat jawab!


4 May 2019

Sambutan Hangat Bawal Anti Kedut Raya 2019!

Assalamualaikum and hi! :)

Wahh baru je release 2 hari, ramai sangat yang suka dengan bawal anti kedut raya ni. Fareha selalu keluarkan design yang cecantek. Banyak pilihan pulak tu. Raya kalini 34 design. Semalam 1 design dah sold out dah!

Dah la senang bentuk, pastu keluar dari plastik boleh terus je pakai sebab tak nampak renyuk pun. Haha! Ada yang tak sabar tunggu raya dah pakai dah!



Ramai yang ingat tudung ni pendek. Takpun. Tudung ni bidang 45 yang biasa awak awak pakai tuuu. Boleh adjust tutup dada. Tengok depa ni. Dah melaram dengan bawal anti kedut raya haha. Laju ehh!

Kalau ada yang nak tengok lagi design tudung bawal ni, meh ke instagram @darinsophia sekarang! Kalau berkenan, terus whatsapp 014-8429745 tau. Lepas dapat detail payment, terus buat pembayaran sebab kita takleh cop cop. First pay, first serve 😉

Tekan sini untuk direct ke instagram DARINSOPHIA ❤️




3 May 2019

Sudahkah anda memiliki takaful hayat?

Assalamualaikum and hi! :)

Mesti dah ramai yg tahu kan betapa pentingnya ada takaful pada zaman kita ni. Segalanya serba serbi mahal. Selalu kan kita tengok atau terjumpa post orang dalam keadaan susah minta sumbangan untuk bil hospital mereka. Kesian sangat. Kalau banyak duit boleh bantu. Yang mampu kita bagi sikit sikit je.

Kita kalau boleh taknak benda macam ni jadi pada diri kita. Sebab tu sekarang ramai yang dah ada awareness untuk buat akaun takaful seawal mungkin. Ada ibu bapa yang awareness sangat tinggi, mereka dah buatkan akaun takaful untuk baby mereka sejak lahir atau sejak baby masih dalam kandungan.

Budak budak memang fragile. Mudah terkena sakit. Bil pulak kadang kadang tak terjangkau dek akal. Sakitnya pulak bukan yang kita minta. Tapi ujian dalam kehidupan ni kita tak dapat nak jangka. Sebab tu kena prepare awal.

Dengan adanya takaful, kita boleh dapat pampasan atau jika ada kad medikal kita boleh bayar bil hospital, ditanggung sepenuhnya atau sebahagian besarnya oleh syarikat takaful. Kita share risiko bersama orang lain yang ada akaun takaful juga. Dan automatically kita juga sama sama membantu orang lain.


Untuk saya sendiri, saya memang dah ada medical card sejak tahun 2014 bersama Prudential BSN Takaful. Tahun 2017 saya pernah guna medical card saya di KPJ Kajang, warded sebab denggi. Alhamdulillah leganya rasa bila ada medical card masa tu. Memang kita ada pilihan untuk ke hospital kerajaan. Tapi saya lebih pentingkan keselesaan saya sendiri. Terpulang pada keperluan dan kehendak masing masing :)

Tak semestinya kalau nak ambik takaful wajib ada medical card sekali. Kalau just ambik basic sum cover, pampasan sakit kritikal atau pampasan cacat kekal, ini dah cukup membantu anda. Sebab kalau ada yang kita kena bayar sendiri, kita boleh guna pampasan ni. Tak semua kerajaan bagi free kan. Semestinya pernah terbaca di mana mana tentang kos yang kita perlu bayar sendiri di hospital kerajaan?

Jadinya, takaful ni boleh bantu menampung apa yang kita takde. Takkan kita nak guna duit simpanan untuk kos kos ni kan. Rugi je ambik masa bertahun tahun untuk menyimpan, akhirnya habis macam tu je. So bila ada cara yang bijak begini, better kita gunakan :)

Okayy sampai sini saja explanation saya tentang takaful pada semua. Moga bermanfaat ❤️

Syafiqa PruBSN
014-8429745

Till then,
Wassalam


2 May 2019

Bawal Anti Kedut Raya Collection released tomorrow!

Assalamualaikum and hi! :)

Yeayy lagi 15 jam tau nak released bawal anti kedut raya collection ni ♥️ Ada 34 design semuanya yang boleh buat juling mata sebab tak tau nak beli mana satu untuk raya sebab semua cantikkkkkk!





Once dah dapat full catalogue untuk 34 design, kita akan upload semua dekat instagram @darinsophia tauuu! So pada rakan bloggers yang berminat dengan tudung bawal cecantik ni boleh follow instagram kita sekarang!

Ketik sini @darinsophia 💜

Jom ramai ramai pakai bawal anti kedut Raya Collection ni 😘

Till then,
Wassalam


26 April 2019

More teaser Bawal Anti Kedut Raya Collection!

Assalamualaikum and hi! :)

Harini nak share lagi banyak teaser Bawal Anti Kedut for Raya Collection yang akan release sebelum masuknya bulan puasa. Heee.



Bagi yang tak tau lagi, kita terima booking daripada customer sekiranya ada yang tengah tunggu gaji masuk. Booking fee hanya RM25 je, selebihnya boleh bayar masa bawal ni released nanti. Tarikh released HQ tak announce lagi, so tunggu update dari kita 😘

For updates, boleh la follow instagram @darinsophia tauu! Bukan bawal je kita jual. Ada baju raya jugak, blouse and tees. Kot kot ada yang nak window shopping, boleh tekan link ni

Darin Sophia Clothing

Till then
Wassalam