27 July 2019

My First Born Journey : 1 month old

Assalamualaikum and hi! :)

Alhamdulillah harini dah hari ke 34 saga berpantang. Dini Zulqarnain pun dah mencecah usia sebulan 24/7 haritu. Dah dapat 2nd injection for Hepatitis. Nangis sikit je. Dini kan strong boy.

Daripada berat masa lahir 2.51kg, dah naik to 3.4kg. Alhamdulillah membesar dgn baik especially di bahagian pipi tu nampak gayanya haha. Rambut dah dibotakkan masa hari ke 15 dan tali pusat pun tanggal pada hari yang sama.

Dini semakin kuat menyusu and malam dia akan terjaga 2 kali utk menyusu and tukar pampers. Kadang kadang dia tidur lena lepas menyusu tapi kadang kadang dia a lil bit cranky. Nak kita dukung dia baru dia lena dalam pelukan.

Ummi rasa bersyukur sebab segala urusan Ummi dirasakan sangat dipermudahkan oleh Allah sepanjang tempoh berpantang. Tinggal lagi 10 hari je :) Lepas tu Ummi nak mintak Ayah Dini belanja makan mee kolok, laksa sarawak, manok bakar and aiskrim gula apong kat Dayang Sarawak Corner. Hikhik. Will blog about that later ❤️

Ummi rasa bersyukur sangat Allah murahkan rezeki Ayah Dini and permudahkan urusan keluarga kecil kita walaupun ada a lil hiccups along the way. Itsokay. We have each others back. Hopefully we will getting better day by day.

Ummi also rasa bersyukur sebab walaupun dalam tempoh pantang, Ummi masih boleh buat online business Ummi dan dapatkan bakal klien untuk nak sign up takaful bila Ummi dah kuat semula untuk bekerja nanti. Moga Allah mudahkan urusan Ummi dan usaha Ummi untuk tingkatkan taraf ekonomi Ummi and improve myself to be better me.

Having you as my son, is such a big blessing from Allah. Ummi masih tak percaya lagi dah ada anak. Ummi rasa Ummi seolah olah dapat task baru dalam hidup bila Dini dah lahir. Bila lapar, susukan. Bila berak, cebokkan. Bila nangis, pujukkan. Every 'parameter' kena make sure ditahap hijau supaya Dini always feel comfortable haha. Dah macam main The Sims pulak.

Ummi tak sabar nak ambik gambar bertiga masa Raya Haji nanti ❤️ Our first family photo. Masa tu pun dah habis pantang.

Saja Ummi share cerita Dini kat blog Ummi, mana tahu nanti dah besar Dini sempat baca kisah Dini masa kecil.

I love you 3000!

Till then,
Wassalam


7 July 2019

My First Born Journey : Nama Diberi Dini Zulqarnain

Assalamualaikum and hi :)

Pertama sekali, alhamdulillah syukur pada Allah kerana saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara czer pada 24 Jun 2019. Satu pengalaman perit yang takkan saya lupakan :')  Perit tapi manis. Dengan kata lainnya, bittersweet memory.

Dengan ini berakhirlah kisah My First Pregnancy Journey saya. Syukur semuanya selamat ❤️

Nama diberi Dini Zulqarnain yang membawa maksud:

Dini - Agamaku
Zulqarnain - Nama seorang Raja

Berat 2.51kg
24 Jun 2019 / 20 Syawal 1440H
Lahir di Hospital Ampang

Kini, bermulalah kisah My First Born Journey pula lepas ni :)

Saya nak simpan sikit kenangan sepanjang saya dan Dini warded di hospital selama 9 hari.

23 Jun - Saya dijadualkan untuk admit hospital pada tarikh ini sebagai persediaan untuk cesarean operation pada esok harinya. Baby saya songsang masa 36 weeks dalam perut. Jadinya, saya memilih elective czer.

24 Jun - Debar menanti turn untuk saya masuk OT. Saya difahamkan ada 6 operation czer yang dijadualkan pada hari yang sama dan saya adalah orang yang ke 6 akan dibedah. Perasaan masa tu hanya Allah yang tahu. Saya banyakkan berzikir dan berdoa moga saya and baby selamat semuanya ❤️

25 Jun - Hari pertama selepas czer. Peritnya nak bangun dari katil, nak berjalan ke toilet, nak buang air kecil dan besar hanya Allah yang tahu. Saya kuatkan diri demi Dini dan suami.

26 Jun - Dini dimasukkan ke NICU disebabkan kuning dia naik terlalu cepat. Terus duduk bawah lampu biru high intensity. Ummi tak dapat tahan air mata tengok Dini menangis duduk bawah lampu. Masa tu Ummi dan Dini terpisah sekejap. Ummi di wad bersalin, Dini di NICU. Ummi gagahkan diri bangun dan berjalan dari wad 4D ke NICU di level yg sama. Sakit sakit pun Ummi jalan jugak. Ummi rindu Dini.

27 Jun - Kuning Dini dah turun ke paras yang tak bahaya sangat and boleh duduk bawah lampu biru intensity rendah. Ummi and Dini dapat katil di wad 4A (wad paeds). Alhamdulillah Ummi boleh duduk dekat dengan Dini sebab Ummi rasa tak sanggup nak berpisah.

28 Jun - Dini masih duduk bawah lampu biru sehingga kuning dia di paras normal. Masa ni Ummi dah tak nangis and Ummi dah rasa kuat sikit. Luka operation pun nurse kata elok cantik takde terbukak. Nurse pesan Ummi kena banyak bergerak jugak sebab untuk kelancaran darah. Ummi kuatkan diri demi Dini. Masa di wad 4A, memang kami ibu ibu diajar oleh nurse macam mana cara penyusuan baby untuk cepat elokkan kuning baby. Alhamdulillah malam tu Dini dah tak perlu pakai lampu biru.

29 Jun - Doktor pakar kata blood result Dini menunjukkan platelet counting yang menurun. Ini adalah tanda tanda badan Dini sedang melawan jangkitan kuman. Actually doktor dah start antibiotic tu semalam, Ummi baru perasan kaki Dini dah ada pasang branula. Antibiotic ni diberi pada Dini untuk 5 hari.

30 Jun - 2 July
Ummi banyak sangat belajar erti pengorbanan seorang ibu masa duduk wad ni. Sangat mencabar dengan sakit czer yang baru nak pulih. Ummi tak cukup tido, tak cukup rehat. Ummi stress. Ummi nangis kena perli dengan nurse. Ummi nak balik. Ummi nangis depan Ayah Dini mengadu nak balik taknak duduk wad lagi.

Tapi Ummi kuatkan diri. Ummi dapat ramai kawan kat wad 4A ni. Alhamdulillah kitorang sama sama membantu. Sama sama bagi petua or ajarkan sesuatu yang kita tak pandai. Sekaligus, rasa stress Ummi berkurangan sebab jiran katil Ummi jenis yang suka berjenaka.

Kitorang pun bertukar tukar phone number and insyaAllah will keep in touch ❤️ Nanti boleh buat birthday party sama sama sebab birthday anak dekat2 haha.

2 July - Alhamdulillah malam dah boleh discharge after last injection of antibiotic. Ummi pun ada injection jugak untuk 10 hari, 2 kali sehari. Heparin injection, ubat cair darah untuk orang yang bersalin secara czer sahaja. Yang jenis Ummi dapat ni jenis nurse or doktor je boleh inject orang lain tak boleh, cucuk sendiri tak boleh.

Pengalaman ini sangat mematangkan Ummi. Alhamdulillah I manage to control my sadness, my stress and my pain dengan pertolongan suami, mak mertua, adik adik ipar dan jugak kawan kawan satu ward. Sekarang Ummi tengah berpantang and really enjoying my confinement walaupun kadang kadang ada keluar air mata jugak.


Wajah Dini Zulqarnain 2 days old sebelum masuk NICU ❤️

Sekian cerita,
Wassalam