27 March 2019

My First Pregnancy Journey : Baby's Checkup Today

Assalamualaikum and hi there :)

Alhamdulillah done checkup baby for today. Cek darah, cek urine, cek hb, cek baby's heartbeat, timbang berat dan etc. And today saya dapat 2nd injection for kancing gigi. Alhamdulillah everything is okay. Tak sabar rasa nak buat detail scan baby nak tengok muka dia, sifatnya sempurna atau tidak, pertumbuhan dia ok ke tak. Umi is hwaiting for that moment.

Ada 2 urusan yang telah saya setelkan harini.
1) Baby's checkup
2) Posto for my MyKish Strawberry Lipbalm customer



Alhamdulillah Umi tak rasa mabuk sangat harini. Cuma penat je. Haha. Biasalah tu ibu mengandung mesti cepat penat. Sedang helok berbaring melepaskan kepenatan tadi sambil menaip entry post ini.

Oh btw, semalam ada 1 proposal takaful client saya telah pun diluluskan oleh PruBSN. Alhamdulillah akhirnya. Another life insured under PruBSN yeay.

Client saya ambil pelan Takafulink yang bakal dimansuhkan pada 31 Mac 2019 ini. Lepas ni dah takde dah pelan lengkap 5 dalam 1 ni tauu. But fret not, PruBSN ada released 1 pelan baru yang not bad dan hebat, iaitu PruBSN Anugerah Plus.

Jika dulu kita ada 36 je perlindungan sakit kritikal, sekarang PruBSN tambah menjadi 43 perlindungan sakit kritikal. Dah la medical card NO LIFETIME LIMIT. Ditambah lagi dengan pilihan untuk create INCOME PROTECTION dalam pelan baru ni.

Mungkin ada yang nak tahu lebih lanjut tentang pelan baru ni, boleh whatsapp je saya di 014-8429745 ya :)

Saja update lagi blog harini sebab bulan Mac baru ada 1 je post haha. Heyy mana pergi azam tahun 2019 yang kata nak update blog regularly ni.

Till then,
Wassalam.

Saya yg menaip,

Syafiqa Hatta
- PruBSN Wealth Planner
- MYKISH Strawberry Lipbalm authorized agent
- Owner of Darin Sophia clothing (Dropshipper)

======================


More on IG @darinsophia 

=================



26 March 2019

My First Pregnancy Journey : Dah balik semula ke KL

Assalamualaikum and hi :)

Alhamdulillah saya dah dekat 2 minggu dah balik KL semula duduk dengan suami. Ehee. Syukur sangat rasa. Kesihatan pun makin baik. Morning sickness dah tak seteruk dulu masa mula mula.

Sejak saya baca tips kurangkan alahan iaitu makan buah tembikai, saya terus cuba. Sejak tu saya suka sangat sangat makan tembikai. Husband potong siap siap letak dalam fridge. Ya Allah nikmat rasanya makan tembikai sejuk sejuk.

Saya alah dengan vitamin yg KK bagi. Asal makan je saya mabuk and mual. Entah la kenapa. Ada tak yang macam saya? KK bagi ubat bagus bagus, zincofer la obimin la tapi serious kalau saya makan saya akan rasa mual.

That's why la masa mengandung saya suka sangat makan buah buahan. Moga vitamin dalam buah buahan dapat baby saya serap sepenuhnya. Dah la minum susu ibu pun saya tak suka haha. Mual rasa dia. Banyak pe'el betul saya ni.

Tapi saya suka sangat minum fresh milk makan dengan Cornflakes. Yg tu saya tak mual.

Btw, saya kan dah berhenti kerja sejak mabuk teruk haritu. Ada jugak yang kesian kat saya nanti saya takde duit sendiri la apa la. Takyah risau :) Saya bukannya takde monthly income langsung. Kadang kadang terasa jugak hati bila orang pandang kita slack kan haha. Tapi takpe. Saya tahu siapa diri saya.

Actually, saya ada je income sendiri. Saya tak masuk office pun income saya masuk 2 kali tiap bulan. Saya kan bekerja sebagai ejen takaful, jadi adalah komisyen :) Dengan komisyen saya, dapatlah saya bayar komitmen saya sendiri tanpa guna duit suami. Suami saya dah ada bagi nafkah duit belanja, sediakan tempat tinggal, barang dapur and etc.

Lagi satu, saya ada buat online bisnes lipbalm and bisnes tudung/baju kat instagram. Komisyen saya cukup untuk bayar komitmen and belanja sikit sikit cuma simpanan tak dapat buat daripada komisyen. Jadi, saya create bisnes untuk jadikan profit tu simpanan saya. Boleh saya tambah duit dalam tabung haji. Tu kan pelaburan. Nanti ada rezeki lebih saya tambah pelaburan lain :)

Haa gituuu. Ini cara saya. Setiap wanita ada perjuangan dan impian sendiri kan. Setiap wanita ada karier impian, disamping nak balance kan life menjaga keluarga dan karier. Anda juga pasti ada impian jugak kan. Tak kisah dalam bidang apa yang kita ceburi sekarang :)

Macam saya, saya nak ada kewangan yang kukuh (income masuk walaupun saya tiada ditempat kerja), kalau boleh nak jaga anak sendiri, dalam masa yang sama saya nak ada karier yang hebat (businesswoman), achieve financial freedom dan nak travel ke semua tempat tercantik dunia.

============================


Seorang wanita hebat ialah wanita yang turut memperkasakan wanita lain, bukan menjatuhkan. Betul tak? 

============================

Saya balik KL sebab saya dah agak bosan duduk terperap dalam rumah haha. Lagipun dah sihat kan. Saya boleh pergi training untuk enhance kan lagi ilmu saya dalam bidang takaful. Nanti boleh share lagi banyak ilmu tu pada klien klien saya. Semakin saya belajar, semakin banyak pulak yg saya tak tahu. Terutama dalam bidang hak kita sebagai isteri, pengurusan harta, ilmu faraid, business continuity plan, MLTT dan hibah melalui takaful. 

Semakin saya belajar, semakin tertarik nak tahu lagi banyak tentang semua ni. Lepas ni saya nak pulangkan semula kereta mama saya yang saya pinjam masa kat KL ni. Mama lebih memerlukan kereta tu untuk ulang alik hospital hantar ayah saya (kereta auto kan tekan je minyak dan brek takyah klac klac). Kami suami isteri baru nak simpan duit beli kereta sendiri. Mujurlah sekarang Grab ada kan. Nak kemana mana naik je Grab and public transport. 

Takpe. Bersusah susah dahulu, bersenang kemudian. Nanti bila anak saya dah besar, saya wasiatkan blog saya ni untuk dia simpan sebagai harta pusaka turun temurun hahaha. Biar keturunan saya tahu life is not easy and we need to strive hard to survive. Hidup jangan meminta. Selagi ada kudrat selagi tu boleh bekerja tanpa harap duit orang lain. Dan jangan lupa Allah swt yang melimpahkan rezeki. 

Till then, 
Wassalam

:)